-->

Type something and hit enter

Pages


On
Karangan SPM Keruntuhan Rumah Tangga

Keruntuhan rumah tangga adalah disebabkan oleh konflik yang berlaku antara suami dan isteri. Selain itu, hal ini berlaku disebabkan oleh pasangan suami isteri yang tidak mempercayai antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara suami dan juga isteri. Hal tersebut menjadi punca keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja iaitu anak-anak mereka. Persoalannya, apakah factor yang menyebabkan berlakunya perkara tersebut? Bagi menjawab persoalan diatas, saya akan membicangkan sebab-sebab berlakunya perkara tersebut.

            Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa punca keruntuhan akhlak mereka adalah disebabkan anak-anak kekurangan kasih saying. Hal ini demikian kerana apabila ibu bapa mereka bercerai, ibu bapa akan membawa haluan masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak rasa terabai dan sunyi. Selain itu, anak-anak juga akan mencari alternative lain dengan mendapatkan kasih saying daripada kekasi mereka. Mereka mungkin akan bergaul tanpa menjaga batas pergaulan mereka malah kekasih yang diharapkan mungkin boleh merosakkan masa depan mereka. Seperti pepatah “harapkan pagar, pagar makan padi”.

            Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa penceraian antara suami dan isteri boleh merosakkan emosi anak-anak mereka kerana anak-anak akan berasa terpinngir. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa yang tidak meluangkan masa bersama-sama anak mereka. Seterusnya, anak-anak akan berasa tertekan dengan masalah yang berlaku dan tertekan akan kekurangan yang dirasai. Hal ini menyebabkan anak-anak kurang keyakinan diri apabila berbual dengan rakan-rakan mengenai ibu bapa. Selain itu, anak-anak akan berasa murung dan hal ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikan mereka. Oleh itu, ibu bapa berperanan untuk mengawal ego masing-masing agar anak-anak tidak terjebak dengan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa mereka.

            Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata  bahawa penceraiaan suami isteri memberikan beban dan tekanan kepada anak-anak kerana pengurusan diri mereka terabai. Hal ini kerana ibu bapa sibuk dengan hal masing-masing sehingga pengurusan keperluan anak-anak mereka terabai. Di samping itu, rumah mereka juga menjadi tidak terurus kerana tiada masa untuk menguruskan rumah dan keperluan anak-anak. Hal ini menyebabkan anak-anak terpaksa menguruskan diri sendiri dan adik-beradik yang lain pada usian muda. Oleh itu, ibu bapa perlulah rasional agar tidak mengabaikan pengurusan keperluan anak-anak.

            Sudah terang lagi bersuluh bahawa penceraian antara suami dan isteri berlaku disebabkan oleh pergaduhan. Pergaduhan antara suami isteri memberi contoh yang tidak baik. Hal ini akan menyeebabkan anak-anak terikut setiap perkara yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Hal ini akan memberikan impak kepada anak-anak mereka kerana apabila mereka sudah dewasa, kemungkinan besar mereka akan mengulangi setiap perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa “kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengelakkan pergaduhan dihadapan anak-anak agar anak-anak tidak terkena tempias pergaduhan itu.

            Tidak dapat dinafikan lagi bahawa keruntuhan rumah tangga boleh menyebabkan ibu bapa itu sendiri bergaduh mengenai hal dan hak penjagaan anak-anak. Hal ini boleh menyebabkan anak-anak berada dalam dilema kerana mereka tidak tahu sama ada mahu tinggal bersama ibu ataupun bapa. Seterusnya hal ini juga boleh menyebabkan anak-anak tidak focus dalam pelajaran mereka kerana pelajaran mereka akan terjejas disebabkan oleh konflik yang berlaku anatara ibu dan dapa mereka. Hal ini akan menyebabkan pelajaran anak-anak merosot kerana mereka terlalu memikirkan masa depan mereka setelah ibu dan bapa mererka sudah berpisah kelak. Selain itu anak-anak juga akan merasa bersalah dan tidak tahu membuat keputusan sama ada untuk memilih tinggal bersama ibu atau bapa, ia seolah-olah “diluah mati mak ditelan mati bapa”. Sebagai contoh jika mereka memilih untuk tinggal bersama bapa, bagaimana pula dengan perasaan bapa mereka, hal ini akan menyebabkan anak-anak ini keliru untuk membuat keputusan.

            Konklusinya, sebagai remaja kita perlulah mengawal emosi dan perasaan kita jika berada ataupun mengalami situasi keruntuhan rumah tangga. Selain itu, kita haruslah sentiasa berfikir positif dan secara rasional. Seterusnya, sebagai ibu bapa kita mestilah bijak dalam mengawal situasi ketika berlakunya masalah antara suami dan isteri. Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengelakkan pertelingkahan antara suami dan isteri dihadapan anak-anak agak ianya tidak memberi impak yang besar terhadap anak-anak. Oleh itu, kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain agar tidak berlakunya perselisihan faham yang boleh menyebabkan pergaduhan seterusnya penceraiaan.
Back to Top