Karangan SPM - Faedah Koperasi Sekolah
Koperasi sekolah boleh didefinisikan sebagai pusat atau tempat yang memberikan perkhidmatan kepada warga di sekolah terutamanya berkaitan keperluan alat tulis. Penubuhan koperasi merupakan signifikan di sesebuah sekolah yang berfungsi untuk memudahkan urusan pelajar-pelajar menjalani pembelajaran di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak faedah koperasi sekolah bukan hanya kepada murid-murid malah kepada kakitangan di sesebuah sekolah juga.
Antara faedah koperasi sekolah ialah warga sekolah dapat memperoleh harga murah berbanding dengan tempat-tempat yang lain. Hal ini kerana koperasi sekolah yang ditubuhkan kebanyakkannya adalah bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan dan lahir dari keluarga yang miskin dan sederhana. Oleh itu, koperasi sekolah telah membantu pelajar untuk menjimatkan duit melalui perbelanjaan mereka di koperasi sekolah, dengan itu pelajar dapat menyimpan duit selebihnya sebagai tabungan mereka. Sebagai contoh, mereka akan membawa pulang baki duit yang lebih banyak sekiranya mereka berbelanja di koperasi sekolah berbanding berbelanja di kedai-kedai di luar sana. Demikian, pelajar akan menyukai amalan menabung karna mereka akan menyedari bahawa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Dengan itu, jelaslah bahawa dengan berbelanja di koperasi sekolah pelajar dan warga sekolah yang lain akan memperoleh harga yang murah dan menguntungkan diri mereka.
Selain itu, warga sekolah khususnya kepada pelajar, mereka akan mendapat ilmu perniagaan apabila berurusan dengan koperasi sekolah. Hal ini kerana, mereka dapat mengatur perbelanjaan mereka terlebih dahulu semasa hendak membeli barangan di koperasi berbanding sekiranya mereka membelli barangan di luar. Sebagai contoh, apabila membeli barangan di koperasi pelajar akan menilai harga barangan terlebih dahulu supaya tidak melebihi nilai wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka tetapi hal ini tidak akan berlaku sekiranya mereka berbelanja di kedai-kedai di luar sana bersama ibu bapa mereka kerana segala kos perbelanjaan akan dijelaskan oleh ibu bapa mereka. Faedah koperasi tersebut membolehkan pelajar mengaplikasikan perkara tersebut di dalam pelajaran juga terutamanya dalam subjek matematik, akaun mahupun ekonomoi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa koperasi sekolah banyak memberi faedah kepada warga sekolah dalam mendapatkan ilmu perniagaan.
Di samping itu, koperasi sekolah juga memberi faedah dalam memudahkan warga sekolah bagi mendapatrkan barangan dan perkhidmatan. Demikian kerana, koperasi sekolah tidak perlu membazirkan petrol ibu bapa pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain. Sebagai contoh, pelajar yang datang ke sekolah dengan dihantar ibu bapa mereka tidak perlu bersusah payah menyuruh ibu bapa mereka ke kedai lain kerana keperluan yang dikehendaki sudah tersedia di koperasi sekolah. Justeru, pelajar dapat menjimatkan masa dan dapat datang awal ke sekolah sekiranya tidak singgah di mana-mana kedai bertujuan membeli barangan yang sudah ada di koperasi sekolah. Hal ini jelaslah bahawa koperasi sekolah berfaedah dalam memudahkan warga sekolah mendapatkan barangan dan perkhidmatan serta menjimatkan masa mereka kerana masa itu emas.
Konklusinya, faedah-faedah koperasi sekolah akan dapat dirasai sekiranya warga sekolah iaitu pelajar, guru dan kakitangan sekolah yang lain berurusan dengan koperasi sekolah. Oleh itu kakitangan sekolah diseru agar memberi sambutan dan sokongan kepada koperasi sekolah yang ditubuhkan agar sama-sama mendapat manfaat daripadanya, tambahan pula dapat menyumbangkan kepada pembangunan sekolah kita sendiri untuk menjadi sekolah yang maju.