Karangan SPM - Kepentingan Rumah Terbuka
Dalam era globalisasi ini, kita dapat melihat keakraban antara ahli keluarga, jiran, mahupun diantara kaum semakin renggang dalam kalangan masyarakat kita kini. Hal ini berlaku disebabkan oleh kesibukan masyarakat dalam berusaha mencari nafkah untuk menyara kehidupan masing-masing untuk meneruskan hidup di ear yang serba moden dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Contohnya masyarakat kita akan bekerja lebih daripada kebiasaannya bagi memperoleh kehidupan yang selea. Peribahasa ada mengatakan bahawa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Namun demikian, hubungan antara masyarakat kini perlulah dieratkan lagi dengan mengadakan majlis seperti rumah terbuka yang akan memberi banyak kepentingan dan faedah kepada kita.
Antara kepentingan rumah terbuka termasuklah dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum di makaysia. Hal ini kerana, rumah terbuka dapat mengembalikan keakraban antara keluarga, jiran mahupun antara kaum kerana semua anggota ini dapat berkumpul dan beramah mesra seperti saling mengenali antara jiran tertangga, berbual dan membincangkan sesuatu perkara. Hal ini dapat menjadikan masyarakat kita masyarakat yang saling berkerjasama. Bak kata perpatah,yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul supaya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Hal ini jelaslah bahawa dengan mengadakan rumah terbuka ia dapat memupik semangat perpaduan antara kaum.
Selain itu, mengadakan rumah terbuka juga penting dalam mempelajari adat dan budaya kaum lain. Dengan adanya rumah terbuka kita dapat berbincang tentang pelbagai perkara termasuklah hal demikian. Hal ini menjadikan kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan luas serta dipandang tinggi oleh kaum lain kerana kita bijak menghormati adat resam dan budayamereka. Contohnya, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang agak sensitif bagi budaya lain. Kesannya kita dapat melahirkan masyarakat yang menilai persefahaman yang tinggi mahupun berlainan bangsa untuk menjadi seperti aur dan tebing.
Akhir sekali, hubungan silaturahim juga dapat dieratkan sekiranya rumah terbuka diadakan di Negara kita. Hal ini kerana masyarakat akan saling membantu sekiranya sesuatu jamuan mahupun rumah terbuka akan diadakan. Sebagai contoh yang dapat kita lihat ialah penduduk terutamanya disekitar kawasan kampung akan saling membantu dengan menghulurkan tangan bagi meringan beban jirannya. Demikian jelaslah bahawa dengan mengadakan rumah terbuka hubungan silaturahim antara masyarakat di Malaysia dapat dieratkan.
Konklusinya, dengan mengadakan rumah terbuka di Malaysia banyak kepentingan yang boleh kita perolehi. Dengan itu, kita perlulah mengelakkan budaya atau amalan rumah terbuka ini agar segala kepentingan dan kebaikannya dapat sama-sama kita rasai. Oleh itu, disarankan agar kerjasama semua pihak sentiasa diberikan untuk mengekalkan kepentingan kita bersama.