-->

Type something and hit enter

Pages


On

 Contoh Karangan UPSR / PT3 - Faedah-Faedah Bersenam - PT3 2018

  Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita.Aktiviti senaman dijalankan di sekolah dan melibatkan semua murid sekolah.Kita mesti memahami faedah bersenam untuk kekal sihat.

  Antara faedah-faedah bersenam ialah kita dapat mencergaskan tubuh badan kita.Kita akan berasa lebih cergas dan sihat semasa kita bersenam.Kita juga boleh mengeluarkan peluh apabila kita berjoging atau berjalan kaki.Bersenam juga dapat melawan penyakit-penyakit yang berbahaya seperti obesity dan sakit jantung.

  Selain itu,bersenam juga dapat mengisi masa lapang kita.Kita tidak akan terlibat dalam gejala social apabila kita bersenam kerana kita dapat membezakan aktiviti yang sihat dengan aktiviti yang tidak sihat.Bersenam juga dapat mematangkan minda dan tubuh kita.Jika kita bersenam,kita sedang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

  Seterusnya,bersenam juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan keluarga.Kita boleh mengajak keluarga untuk bersenam dengan kita di taman rakyat.Semasa kita bersenam,kita boleh berbincang dengan keluarga tentang hal-hal rumah.Dengan ini kita dapat menjalin kemesraan dan kebahagiaan dengan keluarga.

  Selain daripada itu,bersenam dapat juga mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kita.Kita dapat memberikan focus sepenuhnya pada senaman dan tidak memikirkan stress di sekolah,tempat kerja atau rumah untuk membina pemikiran yang tenang.Dengan bersenam kita juga dapat mengubati masalah psikologi.

  Akhir sekali,bersenam juga merupakan terapi minda.Kita dapat menghirup udara yang segar semasa kita melakukan senaman di luar rumah contohnya di taman permainan dan taman rekreasi.Kita juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk bersenam di dalam gim yang banyak dibuka di sekitar bandar.Bersenam dapat menjadikan rakyat Malaysia cergas dan cerdas.

  Kesimpulannya,rakyat Malaysia mesti bersenam kerana banyak faedah yang dapat diperoleh daripada bersenam.Bersenam juga dapat menguntungkan banyak pihak contohnya kita mendapat tubuh badan yang sihat dan pihak gim mendapat pendapatan.Kita perlu mula bersenam dari sekarang untuk menjaga kesihatan kita.’Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna’.
Back to Top