Tajuk: Surat Kiriman Rasmi
Soalan:
Kamu telah menghilangkan buku cerita yang kamu pinjam daripada perpustakaan sekolah.
Tulis sepucuk surat kepada guru Pusat Sumber Sekolah kamu untuk menyatakan tentang kehilangan buku itu.
Tulis surat kamu selengkapnya.
Nur Liza Binti Fahami,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan.
___________________________________________________
Guru Pusat Sumber Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan. 21 SEPTEMBER 2017
Tuan,
Kehilangan Buku Cerita Badai Semalam
Merujuk kepada perkara di atas, saya Nur Liza binti Fahami merupakan seorang murid daripada kelas 6 Nilam .
2. Pada 13 September yang lalu, saya telah meminjam sebuah novel yang berjudul Badai Semalam. Buku tersebut sepatutnya saya pulangkan semula seminggu kemudian iaitu pada 20 September 2017. Walau bagaimanapun saya gagal berbuat demikian kerana buku tersebut telah hilang.
3. Saya telah meminjamkan buku tersebut kepada seorang kawan yang sangat berminat dengan cerita novel tersebut. Malangnya buku tersebut telah hilang kerana dia tertinggal di dalam bas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
4. kami telah berusaha mencari novel tersebut namun gagal. Saya berjanji akan mengganti novel tersebut . Saya juga akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Saya memohon maaf atas kecuaian saya menjaga buku tersebut.
Sekian, terima kasih
Yang benar
NURLIZA
(NUR LIZA BINTI FAHAMI)