Karangan Cerita / pengalaman
Kamu dan sekeluarga telah menghadiri satu majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu.
Ceritakan pengalaman kamu sepanjang kenduri perkahwinan itu.
Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga telah menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu saya di kampung. Kami bertolak ke sana sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Pada awal pagi hari majlis perkahwinan itu berlangsung, saya melihat saudara-mara sibuk bergotong –royong membuat pelbagai persiapan. Kaum lelaki dan wanita sibuk memasak makanan dan lauk-pauk yang akan dihidangkan kepada para jemputan dan rombongan pengantin lelaki. Sesetengah yang lain pula sibuk menghias bilik pengantin.
Apabila lauk-pauk dan makanan siap dimasak, saya membantu saudara-mara menghidangkan makanan dan minuman di atas meja. Menjelang Waktu tengah hari, ramai tetamu dan jemputan tiba untuk menikmati hidangan. Suasana ketika itu sangat sibuk. Ayah dan Pak Long tidak menang tangan melayan para tetamu yang datang bersalaman dan mengucapkan tahniah.
Kira-kira pada pukul 3.00 petang, rombongan pengantin lelaki tiba. Ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang dan pertunjukan seni silat. Kemudian ,kedua-dua pengantin disandingkan di atas pelamin. Suasana ketika itu sungguh meriah. Saya dan adik-adik tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pengantin
Menjelang senja, majlis persandingan pun tamat. Saya dan saudara-mara yang lain membantu mengemas meja, pinggan mangkuk dan peralatan yang digunakan. Kami bekerjasama agar segala-galanya dapat dikemas dan dibersihkan sebelum malam menjelang.
Kami sekeluarga bertolak pulang menjelang waktu malam. Walaupun letih, saya berasa seronok kerana dapat menyaksikan satu majlis perkahwinan yang sangat meriah.