-->

Type something and hit enter

Pages


On
Karangan SPM Amalan Gaya Hidup Sihat

Dewasa ini, amalan gaya hidup sihat saban hari kian dilupakan. Namun begitu kerajaan juga telah mermperkenalkan gaya hidup sihat dengan mengadakan kempen bagi melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup. Contohnya, pelbagai kaedah kempen yang ditunjukkan kerajaan seperti menyiarkan di kaca televisyen mengenai pelbagai aktiviti seperti larian amal, berbasikal beramai-ramai dan banyak lagi. Oleh itu, saya sentiasa menyahut seruan yang diberikan kerajaan demi menjadi individu yang sihat. Hal ini kerana ada pepatah mengatakan otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat. Oleh itu, saya sentiasa melakukan amaalan gaya hidup sihat yang wajar untuk memastikan kesihatan diri saya sentiasa terjaga.

Antara amalan wajar yang sentiasa dititikberatkan saya adalah dari segi amalan pemakanan yang seimbang. Hal ini kerana makanan yang kita makan setiap hari memainkan peranan yang penting dalam menentukan keadaan kesihatan badan diri saya serta individu yang lain. Hal ini kerana makanan yang mengandungi gula, garam dan sodium glutamen yang tinggi amat merbahaya kepada kesihatan kerana sumber-sumber ini dapat mengubah keadaan hormon di dalam badan seseorang, malah dapat merosakkan fungsi tubuh. Sebagai contoh adalah apabila kita terlalu banyak mengambil makanan yang mengandung kandungan gula yang tinggi dan berlebihan akan menyebabkan penyakit seperti kencing manis dan diabetes mudah dijangkiti. Penyakit ini juga boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan anggota badan seperti kaki manupun tanngan. Kesan sampingan lain yang akan dihadapi oleh individu itu ialah penderitaan di dalam hidaupnya kerana tidak sempurna seperti biasanya. Oleh itu, kita perlulah sentiasa menitikberatkan segala apa yang kita makan bagi mencegah diri daripada terjadinya penyakit yang tidak di ingini. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik daripada merawat. Dengan itu, jelaslah bahawa dengan mengamalkan pemakanan seimbang dapat kita cegah daripada penyakit merbahaya.

Sehubungan dengan itu, saya juga sentiasa melakukan senaman ataupun riadah untuk mengekalkan tahap kesihatan yang memuaskan. Saya sentiasa melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan melakukan aktiviti seperti berjogging dan bermain futsal bersama rakan-rakan. Kesannya badan saya akan mengeluarkan peluh yang mengandungi toksik dan bahan kumuhan yang tidak diperlukn oleh tubuh dan hal ini membolehkan saya menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa dan sempurna. Untuk mencapai kehidupan sihat tidaklah sukar cuma memerlukan sedikit usaha kerana di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Oleh itu, jelaslah bahawa bersenam dan beriadah dapat menyihatkan tubuh badan kita.

Seterusnya, menjaga kebersihan tempat tinggal turut penting kepada saya, hal ini kerana majoritinya masyarakat kita hari ini memandang enteng terhadap kebersihan tempat tinggal. Namun hanya mementingkan kebersihan diri dan makanan semata-mata. Keadaan kebersihan tempat tinggal di kawasan kejiranan mestilah sentiasa dibersihkan supaya tidak menjadi habitat kepada agen-agen perosak seperti nyamuk, tikus, lipas dan lalat. Sebagai contoh, tayar-tayar yang terbiar dan plastik-plastik yang bertaburan perlulah dibersihkan supaya nyamuk aedes tidak dapat membiak. Kesannya kita dapat mencegah daripada terkena serangan denggi yang amat berbaya. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu jelaslah bahawa dengan menjaga kebersihan kita semua dapat mencegah daripada terkena pelbagai penyakit merbahaya yang semestinya dikhwatiri ramai.

Di samping itu, tidur yang cukup juga sering saya amalkan kerana tidur yang cukup amat penting dalam memastikan pertumbuhan seseorang individu agar sentiasa terjamin. Saya sentiasa mengamalkan tidur 8 jam sehari kerana tidur yang cukup juga dapat menjamin pemikiran yang positif dalam diri setiap individu. Contohnya, sekiranya seseorang individu tidur dengan cukup dia akan merasa selesa dan tenang dalam apa jua keadaan sekalipun mahupun pelbagai masalah mendatang individu tersebut tetap dapat berhadapan dengan masalah tersebut dengan baik dan waras.

Akhir sekali, saya sentiasa memastikan tahap kesihatan saya sentiasa berada pada tahap yang memuaskan dengan membuat pemeriksaa kesihatan secara berkala. Dengan menggunakan alatan dan mesin yang canggih di hospital tahap kesihatan saya sentiasa dapat diperiksa dan dipantau dengan begitu mudah. Contohnya, saya dapat menentukan kadar gula dalam darah. Kesannya saya dapat menstabilkan semula kesihatan saya sekiranya ia mula terjejas. Hal ini kerana sekiranya keadaan kesihatan saya telah merosot saya dapat menstabilkannya kembali. Oleh itu jelaslah bahawa pentingnya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala yang sekurang-kurangnya perlu dilakukan pada setiap bulan.

Konklusinya, amalan-amalan gaya hidup sihat yang selalu saya amalkan mestilah juga diamalkan oleh orang ramai bagi memastikan keadaan kesihatan bersama sentiasa terjamin. Contohnya, sekiranya masyarakat di negara kita sentiasa mengamalkan amalan gaya hidup sihat, negara kita dapat melahirkan masyarakat yang produktif dan sentiasa positif. Oleh itu, ternyata bahawa amalan gaya hidup sihat juga penting dalam masyarakat yang sihat.
Back to Top