-->

Type something and hit enter

Pages


On
CONTOH KARANGAN PUNCA BERLAKU GEJALA MAT REMPIT

IBU BAPA TIDAK MEMBERI PERHATIAN SECUKUPNYA KEPADA ANAK
Sebab pertama ialah sikap ibu bapa yang tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada  anak-anak. Ibu bapa begitu sibuk dengan kerja terutama mereka yang tinggal di bandar memerlukan wang yang banyak untuk menampung kos hidup yang tinggi. Hal ini menyebabkan anak tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya. Terdapat juga ibu bapa yang membelikan motosikal untuk memudahkan anak-anak berulang alik ke sekolah. Namun demikian, sebabkan kurang pemantauan kemudahan motosikal ini telah disalahgunakan oleh anak-anak untuk aktiviti merempit.

PENGARUH RAKAN SEBAYA
Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong kepada aktiviti merempit. Ya, anak-anak yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa akan menghilangkan kebosanan dengan berjumpa rakan­-rakan di tempat-tempat tertentu. Malang sekali sekiranya rakan yang dipilih itu mempunyai sikap negatif seperti suka merempit dan berlumba haram. Akhirnya anak-anak ini akan turut berada di lokasi merempit dan seterusnya menyertai lumba haram yang diadakan. Sewajarnya ibu bapa mengetahui siapa rakan-rakan anak mereka dan memberikan nasihat yang sewajarnya kepada mereka jika mereka terlibat dalam aktiviti merempit ini.
Back to Top