CONTOH KARANGAN KEBURUKAN MEREMPIT
Budaya mat rempit yang semakin berluasa kini telah mendatangkan beberapa kesan buruk sama ada dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.
# Menyusahkan Diri
Keburukan gejala mat rempit yang pertama ialah menyusahkan diri sendiri. Hal ini kerana, budaya merempit adalah salah di sisi undang-undang jalan raya. Jika mat rempit ditangkap oleh pihak polis, dia boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang. Tempat-tempat yang lazimnya menjadi tumpuan mat rempit ialah di jalan raya tertentu yang dikatakan mencabar untuk aktiviti merempit dan dilakukan pada hujung minggu. Gejala ini juga boleh menyusahkan dan memalukan ibu bapa jika mat rempit didapati bersalah dan ditahan oleh pihak polis.
# Mengganggu Masyarakat
Mat rempit juga boleh mengganggu kehidupan masyarakat. Masyarakat berasa tidak selamat lagi apabila berada di jalan raya kerana takut bertembung dengan aktiviti merempit. Suasana sekeliling juga menjadi bising kerana bunyi motosikal mat rempit yang kuat akibat diubahsuai dan boleh mengganggu kehidupan masyarakat. Dalam sesetengah kes, terdapat mat rempit membuli pengguna jalan raya yang dikatakan cuba menghalang aktiviti merempit mereka. Kes mat rempit membelasah pemandu kereta adalah salah satu contoh bahawa aktiviti mat rempit semakin menjadi‑menjadi dan mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.
# Menyebabkan Kemalangan Jalan Raya
Aktiviti mat rempit juga telah mengakibatkan pertambahan dalam bilangan kemalangan jalan raya di seluruh negara. Kemalangan jalan raya ini akan menyebabkan kerosakan harta benda, kenderaan dan kehilangan nyawa. Keadaan ini pastinya akan menambahkan beban pihak hospital dan klinik yang sememangnya penuh dengan pesakit. Dalam sesetengah kes, kecederaan parah dan kehilangan nyawa berlaku akibat pertembungan beberapa buah motosikal.
# Menyusahkan Pasukan Polis
Aktiviti mat rempit juga telah menambahkan beban pasukan polis. Hampir setiap minggu pihak polis terpaksa mengadakan operasi membanteras kegiatan mat rempit. Pihak polis juga terpsksi berkorban masa dan berjaga malam untuk menangkap mat rempit yang merempit. Terdapat juga 11 kalangan anggota polis yang cedera dilanggar oleh mat rempit dalam operasi pencegahan yang dijalankan. Sesungguhnya, keadaan ini amat membimbangkan kerana gejala ini boleh menambahkan masalah kepada pasukan keselamatan dan negara.
# Memburukkan Imej Negara
Kegiatan mat rempit juga boleh menjejaskan imej golongan remaja dan imej negara. Kegiatan mat rempit yang berleluasa ini jelas menunjukkan bahawa golongan remaja di negara kita menghadapi masalah sosial yang agak serius. Kegiatan ini pasti mengganggu usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan. Para pelancong mungkin berasa tidak selamat ketika berada di jalan raya kerana mereka bimbang akan bertembung dengan kegiatan mat rempit. Apabila pelancong berasa tidak selamat lagi berada di negara kita, mereka mungkin tidak akan datang lagi melancong ke Malaysia dan keadaan ini amatlah merugikan rakyat dan negara kita.