SOALAN
Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu persoalan kasih
sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah)
JAWAPAN
Berdasarkan dua buah novel
yang telah saya pelajari, iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib dan novel Tirani karya Beb Sabariah, terdapat persoalan
kasih sayang.
Dalam novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa, persoalan kasih sayang yang dipamerkan ialah
bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya. Misalnya, Pak Saidi
sanggup menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana sekolah itu
mengajarkan banyak mata pelajaran kepada para pelajarnya. Oleh itu, Pak
Samad sanggup berbasikal pada awal pagi untuk menghantar Adnan ke
sekolah. Walaupun tindakan Pak Samad ditentang oleh penduduk kampung, dia tetap menghantar anaknya ke sekolah Inggeris untuk memastikan anaknya mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Dalam novel Tirani pula, persoalan kasih sayang yang dipaparkan ialah
kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya. Contohnya, apabila
Raidah iaitu ibu Waheeda dimaklumkan bahawa Waheeda akan menjalani sesi
pembedahan mata dan hidungnya di Silicon Medical Centre (SMC), dia
membuat keputusan untuk pergi ke Singapura untuk menemani anaknya pada
hari pembedahan itu. Selain itu, Waheeda membesarkan anak kandungnya,
Izzati tanpa bantuan seorang suami kerana suaminya, Zahid telah
menceraikannya dengan talak satu.