Contoh Karangan SPM
Soalan:
Terdapat pelbagai nilai murni dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Jelaskan faedah- faedah yang diperoleh daripada aktiviti yang telah anda sertai.
Karangan contoh:
Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Mereka menyertai aktiviti kokurikulum dengan sambalewa bagaikan melepaskan batok di tangga. Hal ini amat membimbangkan kerana usaha untuk melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang tidak dapat dicapai melalui bidang kurikulum sahaja tanpa penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Pelbagai nilai murni dapat dipupuk dalam diri pelajar seperti saya melalui aktiviti kokurikulum. Falsafah Pendidikan Negara menegaskan sebanyak 16 nilai murni masyarakat Malaysia terdapat dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya, apakah faedah-faedah yang saya peroleh daripada aktiviti kokurikulum yang telah saya sertai?
Salah satu faedah aktiviti kokurikulum ialah nilai kepemimpinan dapat ditanam dalam diri saya walaupun saya belum cukup keras ubun-ubunnya. Hal ini penting suaya negara kita tidak ketandusan pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan kerana generasi muda pada hari ini merupakan bakal pemimpin negara. Melalui kegiatan kokurikulum, pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur tersebut dan pengalaman dalam memimpin ini dapat menjadikan mereka sebagai pemimpin yang berwibawa dan dihormati kelak. Di sekolah, saya telah dilantik sebagai pengerusi bagi Persatuan Bahasa Melayu. Sepanjang saya menjadi pengerusi bagi persatuan ini, saya dapat mempeelajari cara untuk menjadi seorang pemimpin. Saya berpeluang untuk merancang pelbagai aktiviti yang menarik bersama dengan pasukan saya dan guru-guru penasihat saya untuk menjayakan persatuan ini. Bukan itu sahaja, saya turut dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam persatuan saya. Dengan memperoleh pengalaman-pengalaman ini, saya akan menjadi lebih bijak dalam menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka. Tegasnya, nilai kepemimpinan dapat dipupuk dalam diri saya melalui aktiviti kokurikulum yang saya ceburi.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara kaum dalam jiwa saya. Perpaduan amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur terutamanya dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Nilai perpaduan dapat dipupuk apabila saya bersatu dengan rakan yang berbangsa lain dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, saya dan rakan saya yang berbangsa Cina dan India mewakili pasukan kami untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola jaring. Dalam perlawanan bola jaring, kami akan bersatu dan bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mencapai kejayaan pasukan. Secara tidak langsung, hubungan saya dengan rakan seperjuangan yang berlainan kaum akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kami akan saling menghormati walaupun warna kulit, agama dan bangsa kami berlainan. Dengan ini, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan humanis dapat dilahirkan. Saya juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka walaupun berlainan agama atau kaum. Ringkasnya, penglibatan saya dalam kegiatan kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri saya.
Menyingkap dari perspektif yang lain, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai berdikari dalam diri saya. Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak sendiri, berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa segolongan pelajar pada hari ini tidak mempunyai sikap berdikari atau kendiri kerana kehidupannya dilingkari dengan kemewahan dan sering dimanjakan oleh ibu bapa mereka. Segala urusan kehidupan mereka seperti mencuci pakaian, pinggan mangkuk dan mengemas bilik sendiri pun dilakukan oleh pembantu rumah mereka. Dalam aktiviti kokurikulum, nilai berdikari boleh ditanam melalui penyertaan dalam pasukan beruniform. Saya telah menyertai pasukan beruniform Pandu Puteri di sekolah saya. Lazimnya, pasukan beruniform ini akan menganjurkan pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi. Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Sebagai contoh, saya perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri. Lantaran daripada itu, saya eperti burung dalam sangkaryang hanya disuap nasi tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari. Izharlah bahawa Lebih-lebih lagi, anggota pasukan beruniform lebih berdikari berbanding dengan pelajar lain. Izharlah bahawa nilai berdikari dapat dipupuk melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang saya sertai.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum saya juga dapat membentuk disiplin diri saya. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Disiplin juga dapat membentuk sikap tanggungjawab seseorang pelajar. Sikap melepaskan batok di tangga dapat dihapuskan apabila seseorang pelajar diberi kepercayaan dan amanah untuk menyandang sesuatu jawatan yang penting dalam unit beruniform, kelab dan permainan. Peraturan yang ditetapkan dalam unit beruniform bertujuan untuk membentuk disiplin diri dan melatih mereka supaya berperibadi tinggi dan luhur. Sebagai contohnya, saya akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Contoh yang lain, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, saya mesti menepati masa. Jika terlewat, saya akan rugi kerana masa itu emas. Saya juga tidak akan terlibat dalam masalah kebejatan sosial seperti melepak, menagih dadah dan vandalisme kerana memounyai disiplin diri yang tinggi. Pendek kata, pembentukan disiplin diri yang tinggi dapat saya capai melalui penyertaan aktiviti kokurikulum.
Berdasarkan cambahan minda yang telah dinyatakan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya dalam aspek pemupukan pelbagai nilai murni. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa generasi muda sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut kerana mereka merupakan jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata cogan kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, para pelajar perlulah memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Namun begitu, kita seharusnya mengharapkan usaha generasi yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang semata-mata. Jadi, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah menggembleng tenaga untuk memastikan para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan ini, usaha untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat menjadi kenyataan dan bukannya sekadar omongan kosong. Benarlah kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.”