Peperanan bioteknologi dalam konteks pembangunan negara .
Pengenalan
Bioteknologi memajukan industri pengeluaran makanan
Pengenalan
- • Bioteknologi secara am adalah merujuk kepada penggunaan teknologi proses biologi untuk mengatasi pelbagai masalah kehidupan manusia .
- • Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu pengubahan ciri genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi memenuhi matlamat tertentu , kultur tisu dan pengklonan sel-sel .
Bioteknologi memajukan industri pengeluaran makanan
- • Hasil bioteknologi baru membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan .
- • Produk baru misalnya perasa , pemanis dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob (bakteria) yang diubah suai secara genetik .
- • Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan bahan semula jadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan .
- • Penggunaan ramuan kimia dalam industri makanan setakat ini terbukti amat memudaratkan kesihatan manusia .
- • Mikrob seperti bakteria baru hasil kaedah bioteknologi dapat mempercepat proses pereputan membantu penguraian najlis haiwan ternakan dan manusia dengan sempurna .
- • Kaedah ini telah digunakan oleh syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd untuk menguruskan air kumbahan penduduk Malaysia dalam tangki-tangki septik di seluruh negara dengan sempurna .
- • Mikrob biotek tertentu boleh digunakan untuk merawat najlis haiwan ternakan , sisa keluaran kelapa sawit , koko malah hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja organik .
- • Pengaplikasian teknologi pengklonan dan kultur tisu akan dapat menghasilkan sel-sel neuron untuk mengantikan sel saraf otak rosak dalam pesakit Parkinson .
- • Sel dan tisu kulit mungkin dapat dikultur untuk menggantikan kulit yang terbakar teruk kepada mangsa kebakaran .
- • Teknologi pengklonan pula membolehkan saintis menghasilkan klon manusia (atau organ tertentu) dan haiwan untuk mengatasi masalah kerosakan organ seperti sakit jantung dan kegagalan ginjal .
- • “Bovine Growth Hormone” ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk merangsang ketumbuhan dalam anak lembu dan penghasilan susu pada lembu dewasa .
- • Kini , hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara kejuruteraan genetik .
- • Lembu-lembu yang memakan hormon ini setiap hari telah terbukti dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus .
- • Di Malaysia , kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit , pisang , bunga orkid dan tanaman lain .
- • Penggunaan baka kapas tebal kepada ulat perosak kapas atau kapas Bt di ladang-ladang kapas Amerika telah mengurangkan penggunaan racun perosak .
- • Tanaman Bt ialah tanaman yang telah disuntik dengan gen bacillus thuringlensis (Bt) sejenis bakteria tanah sehingga dapat mengeluarkan bahan racun serangga sendiri mejauhkan serangga .
- • Ini menjimatkan kos racun makhluk perosak dan meningkatkan keluaran kapas di Amerika .
- • Tanaman Bt lain termasuklah kentang , jagung , tomato , epal dan tembakau .
- • Bidang bioteknologi ini amat berguna dalam pelbagai aspek pembangunan negara .
- • Usaha penyelidikan dan pembangunan patut dipergiatkan untuk meningkatkan lagi potensi bidang bioteknologi demi kebaikan umat manusia .