Contoh Karangan UPSR
Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Menabung Menjamin Masa Depan ".
Wang atau duit digunakan untuk membeli serta mendapatkan barang- barang keperluan harian, makanan, minuman dan lain-lain. Menabung merupakan satu amalan yang baik demi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Terdapat pelbagai cara yang boleh menggalakkan kita menabung. Antaranya ialah membawa makanan ke sekolah, mengadakan pertandingan menyimpan wang, membeli tabung simpanan yang tidak boleh dibuka supaya kita tidak boleh mengeluarkan wang sehinggalah tabung itu penuh.
Amalan menabung melatih kita supaya tidak menghabiskan semua wang saku dalam satu masa. Kita haruslah berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan sahaja.
Jika kita menabung wang setiap hari, kita tidak perlu membebankan ibu bapa untuk menampung yuran pelajaran apabila dewasa nanti. Kita juga boleh membeli sesuatu yang dihajati dengan wang simpanan sendiri.
Kita haruslah memupuk sikap menabung sejak di sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.