Contoh Karangan Laporan UPSR
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang membuat minuman ringan. Selaku setiausaha persatuan, tulis laporan tentang lawatan itu.
LAPORAN LAWATAN KE KILANG MINUMAN RINGAN
Pada 30 Januari 2010, Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan lawatan ke Kilang Minuman J&J. Kilang tersebut terletak di Jalan Krokop, Miri. Seramai 36 orang murid telah menyertai rombongan ini. Kami diiringi oleh empat orang guru.
Kami berkumpul di dewan besar sekolah pada pukul 7.00 pagi dan bertolak pada pukul 7.30 pagi. Tepat pukul 8.30 pagi, kami tiba di destinasi. Kami disambut oleh pengurus kilang, Encik Joshua Ting.
Pengurus kilang, Encik Ting memberi penerangan mengenai operasi kilang itu. Setelah itu, kami dibawa melawat ke sekitar kilang. Kami berpeluang menyaksikan cara-cara minuman ringan diproses. Selepas itu, kami dijamu dengan minuman dan makanan di bilik rehat.
Sebelum pulang ke sekolah, pengurus kilang telah menghadiahkan beberapa kotak minuman ringan kepada kami sebagai tanda mata.
Kami berasa amat seronok kerana dapat melawat ke kilang itu. Banyak pengalaman yang berguna telah kami peroleh daripada lawatan ini. Kami tiba di sekolah pada pukul 12.30 tengah hari.
Disediakan oleh, 3 FEBRUARI 2010.
Ken Lim S W
(KEN LIM SHENG WANG) Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia, SJK Chung Hua Krokop, Miri.