CONTOH KARANGAN SPM
Sempena Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah, sekolah anda telah menganjurkan pertandingan syarahan yang bertajuk “Kebersihan dan Keceriaan Kunci Kecemerlangan”.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
Soalan karangan ini jika sekali baca seperti mudah untuk dihasilkan tetapi jika diteliti secara mendalam sebenarnya karangan ini agak sukar untuk pelajar kerana fokus isi karangan ini bertumpu kepada bagaimana kebersihan dan keceriaan merupakan kunci kepada kecemerlangan pelajar atau sekolah. Seyogia, pelajar perlu menimbang semula keputusan akhir sebelum memilih karangan ini dengan membandingkan karangan berfokus diri, berfokus keluarga/masyarakat, berfokus negara, berfokus antarabangsa, dan berfokus sastera.
Apabila dirujuk daripada pembahagian soalan, tajuk karangan nombor 3 di atas berfokus kepada fokus negara. Oleh sebab itu, tahap kesukaran karangan ini agak tinggi walaupun sekali baca seolah-olah karangan tersebut mudah. Fikir-fikirlah semasa proses memilih karangan sebelum anda terlambat dan terjebak dengan kesilapan memilih karangan kerana objektif pelajar untuk menghasilkan karangan bertaraf A+.
Tambahan pula karangan ini berformat syarahan dan melibatkan pertandingan, justeru pelajar perlu memastikan bahagian pengenalan perlu ada kata-kata aluan kepada tetamu kehormat.....mengikut susunan pangkat...perlu ada hakim....dan seterusnya kehadiran tetamu yang hadir semasa pertandingan jika sekolah, selain pengetua....rakan-rakan pelajar.
Jika pelajar perhalusi tajuk karangan, objektif kecemerlangan hasil daripada unsur kebersihan dan keceriaan adalah umum, justeru kecemerlangan yang diperoleh bukan sahaja menjurus kepada kecemerlangan pelajar atau sekolah sahaja, kecemerlangan yang disasarkan juga boleh meliputi kecemerlangan dalam memimpin sama ada memimpin keluarga, memimpin organisasi dan sebagainya. Oleh sebab skop perbincangan karangan ini agak luas dan memerlukan pelajar bijak semasa memilih isi agar tepat dengan kehendak skema pemarkahan karangan.
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, barisan hakim yang berpaksikan keadilan, penjaga masa yang cakna dengan masa dan jam randiknya, guru-guru, dan rakan sekalian. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berada di atas pentas pada pagi ini untuk menyampaikan syarahan bertajuk “ Kebersihan dan Keceriaan Kunci Kecemerlangan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum layar saya bentangkan, sebelum bahtera saya layarkan, izinkan saya menghuraikan beberapa kata kunci yang terkandung dalam tajuk syarahan yang akan saya sampaikan, kebersihan merujuk keadaan bersih untuk persekitaran kita, keceriaan merujuk perihal keadaan atau sifat ceria yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan, dan kata kunci bermaksud sesuatu yang menjadi, atau formula untuk mencapai sesuatu tujuan, sementara kecemerlangan pula bermaksud kegemilangan berdasarkan sesuatu peristiwa. Secara literalnya, tajuk karangan pada hari ini boleh kebersihan dan kecerian merupakan prakarsa yang penting untuk mewujudkan kecemerlangan sesebuah institusi dan perbincangan saya mengkhusus kepada kecemerlangan sekolah.
Hadirin sekalian.
Berdasarkan Mutiara Kata Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Begitulah peri pentingnya kebersihan dan kecerian dalam kehidupan manusia terutama sekolah sebagai institusi penting sebagai penjana kecemerlangan pelajar. Hal ini kerana hanya dengan kebersihan dan keceriaan akan mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif dalam kalangan pelajar dan seterusnya mereka akan berminat untuk menghadiri kelas dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan setiap hari persekolahan. Oleh sebab itu, atas kesedaran pentingnya kebersihan dan keceriaan, pihak pentadbiran sekolah mengadakan pertandingan kelas terbersih dan terceria pada setiap minggu sebagai usaha untuk membudayakan amalan mulia tersebut dalam kalangan pelajar. Apabila dua unsur penting ini menjadi budaya, suasana kelas akan menjadi kondusif, pelajar akan sayang akan kelas mereka apabila mereka sentiasa berusaha menjaga kebersihan dan menceriakan kelas mereka secara kerjasama. Imtihanya, pelajar akan sentiasa akur menjalankan tugasan berdasarkan tugasan kumpulan sebagaimana tercatat dalam jadual mingguan seperti menyapu kelas, membersihkan papan hitam, membuang sampah dan sebagainya. Sementera itu pula, usaha menceriakan kelas dijalankan bagaikan aur dengan tebing, dan mereka akan berusaha memastikan hiasan di dalam kelas mereka dijalankan sepanjang masa, contohnya mengecat kelas, menukar tirai dan menghias dinding kelas dengan gambar, dan ada yang membawa bunga-bunga hidup untuk menghias kawasan kelas mereka kerana usaha itu tangga kejayaan dan yang ringan sama dijinjing dan yang berat sama dipikul sudah pasti segala yangdidambakan akan menjadi kenyataan. Apabila suasana kelas bersih dan ceria, pembelajaran akan menjadi menarik dan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan akan dapat dihasilkan, dan sudah pasti kecemerlangan pembejaran akan dapat dicapai. Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh, kebersihan dan keceriaan kelas merupakan penyumbang utama untuk kecemerlangan pelajar dan sekolah.
Hadirin sekalian,
Bahkan juga, unsur kebersihan dan keceriaan kelas terlaksana sudah pasti usaha untuk menceriakan sekolah juga akan mudah dilaksanakan oleh pentadbir sekolah. Soal kewangan sebenar tidak akan menjadi masalah sekiranya usaha sekolah untuk membudayakan kebersihan dan keceriaan sekolah dilaksanakan secara berterusan kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Apabila asas kebersihan dan keceriaan telah diaplikasikan oleh warga sekolah mata dan telinga masyarakat sentiasa menjadi saksi dan masyarakat terutamanya ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bahkan juga wakil rakyat sendiri akan membantu untuk membantu sekolah menceriakan sekolah. Denyut nadi menceriakan sekolah bermula dari akar umbi iaitu pelajar, guru-guru, dan pentadbir sekolah Apabila suasana sekolah kondusif untuk pelajar, sudah pasti budaya hadir sekolah bersinar di hati dan minda pelajar, dan segala program kecemerlangan sekolah akan mudah dijalankan dan impak program akan maksima. Situasi ini akan menjana kecemerlangan pelajar dan sekolah. Program kecemerlangan sekolah juga bukan sahaja dijalankan pada waktu persekolahan, malah juga diadakan pada waktu cuti dan secara tidak langsung penglibatan guru untuk menjalankan program kecemerlangan juga mudah dijelmakan. Jelaslah, bahawa suasana kebersihan dan keceriaan sekolah menyuburkan lagi suasana program kecemerlangan yang dianjurkan oleh pentadbir sekolah. Malahan juga, apabila kebersihan dan keceriaan sekolah jika diketahui umum, situasi berkenaan akan menjadi buah mulut masyarakat dan sesiapa sahaja yang mengunjungi sekolah berkenaan. Tidak mustahil, jika diadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan di peringkat daerah, sudah pasti untuk mendapat tempat sebagai johan tidak akan menjadi masalah. Apabila sekolah berkenaan menjadi wakil daerah, kemungkinan besar akan ada budjet yang akan disumbangkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah untuk memastikan sekolah berkenaan akan mendapat tempat dalam pertandingan di peringkat negeri. Suasana berkenaan bagaikan bulan jatuh ke riba, dan warga sekolah akan mendapat durian runtuh atas hasil usaha yang mereka jalankan. Konklusinya, dengan kebersihan dan keceriaan sekolah, warga sekolah akan mendapat pelbagai impak samada kecemerlangan mahupun kerjasama masyarakat luar untuk tujuan mengaplikasikan usaha bermanfaat tersebut.
Tuan puan sekalian,
Seyogia, budaya kebersihan dan keceriaan yang diterap di sekolah amat besar ertinya kepada seorang pelajar kerana apabila budaya tersebut telah sebati dalam diri mereka, mereka akan mengaplikasinya di rumah. Oleh sebab itu, ibu bapa akan berasa teruja apabila anak-anak mereka mampu membantu mereka menjaga kebersihan dan keceriaan rumah. Tambahan pula, sebagai seorang abang atau kakak. adik-adik akan mengikuti budaya bersih dan ceria yang ditonjolkan oleh orang yang lebih tua daripada mereka kerana abang dan kakak merupakan suri teladan dalam kehidupan mereka. Sudah pasti suasana ini akan menanam semangat kerjasama dan akan mempermudah ibu bapa untuk melahirkan rumahtangga yang bahagia kerana rumahku syurgaku. Malahan, apabila dewasa dan telah mempunyai tanggungjawab sebagai nahkoda dalam kehidupan berumahtangga mereka pula akan menurunkan budaya berkenaan kepada anak-anak mereka. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya, kerana untuk mendidik seseorang perlu bermula ketika umur mereka muda lagi. Hal ini kerana, ibu bapalah yang bertanggungjawap mencorak kehidupan anak-anak mereka kerana anak-anak ibarat kain putih yang bersih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencoraknya. Sebagai contoh, ibu bapa perlu cakna akan signifikannya budaya kebersihan dalam kehidupan anak-anaknya seperti menjaga kebersihan diri dengan menyuci tangan selepas makan, membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan, menyuci pinggan dan cawan yang digunakan selepas makan dan sentiasa menjaga kebersihan pakaian mereka di mana sahaja, samada di rumah atau sekolah. Bahkan juga, ibu bapa perlu memastikan anak-anak sentiasa menjaga keceriaan rumah, bilik tidur dan malahan susun atur kasut mereka tersusun kerana susun atur kasut mengambarkan disiplin penghuni rumah berkenaan. Namun, usaha berkenaan tidak akan beerti sekiranya ibu bapa sendiri tidak menunjukkan budaya bersih dan ceria kerana ibu bapa merupakan "role model" kepada anak anak dan elakkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus kerana bapa borek anak rintik. Tegasnya, kebersihan dan keceriaan yang diterapkan di sekolah amat besar ertinya kepada seorang pelajar kerana apabila budaya tersebut telah sebati dalam diri mereka, mereka akan mengaplikasi budaya bersih dan ceria setiap masa terutama samada di rumah atau untuk kecemerlangan hidup berumahtangga apabila mereka dewasa kelak.
Semoga anda berjaya menghasilkan karangan yang bermutu dan cemerlang.