Kerangka Karangan - Kebaikan Menyertai Sukan Lasak |
Contoh Soalan:
Pada zaman yang serba mencabar ini, banyak rakyat Malaysia yang suka menyertai aktiviti sukan lasak. Bincangkan kebaikan menyertai sukan ini.
Pendahuluan
- Sukan lasak bukan sesuatu yang baru di Malaysia - semakin digemari - contoh: mendaki gunung, payung terjun, go-kart, terjun bungee dan 'paintball' - aktiviti sukan seperti ini banyak manfaatnya
Isi-isi
- meningkatkan ketahanan dalam diri - tidak semua orang berani mencuba sukan lasak - perlu kekuatan dari dalam diri
- melatih diri untuk sentiasa bersedia menghadapi cabaran - tidak membataskan diri apabila berdepan dengan masalah
- menguatkan aspek fizikal dan mental - badan cergas, minda cerdas - jadi seorang yang lebih aktif
- terdapat sesetengah aktiviti sukan lasak yang dilakukan secara berpasukan - memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan dapat melatih teknik komunikasi sesama ahli kumpulan
- berpeluang mengharumkan nama negara jika mewakili negara menyertai pertandingan sukan lasak yang diadakan
Penutup
- Sukan lasak semakin popular terutama sekali dalam kalangan remaja - banyak manfaat - para pelajar harus digalakkkan untuk mencuba aktiviti sukan lasak