-->

Type something and hit enter

Pages


On
Contoh Karangan PT3

Cara-cara Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Masyarakat

          Dalam abad ke 21 ini, amalan membaca telah semakin diabaikan disebabkan perkembangan teknologi terutamanya penciptaan komputer dan telefon. "Membaca Jambatan Ilmu",menunjukkan bahawa membaca membolehkan kita memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Namun,menurut kajian,rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Selain itu, amalan membaca dapat mempercepat usaha kerajaan untuk merealisasikan wawasan 2020 melalui pembentukan rakyat yang berilmu pengetahuan.Oleh hal yang demikian, banyak modus operandi perlu dilakukan bagimemupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.          
      
Bak kata pepatah"Bagaiman acuan,begitulah kuihnya".Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan untuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.Menurut Confucious, "keluarga merupakan unit asas pembentukan masyarakat". Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak seperti membaca buku bersama bersama dengan anak. Ibu bapa juga boleh membeli bahan bacaan untuk anak supaya dapat meningkatkan minat anak tentang pembacaan. Oleh hal tang demikian, amalan akan dicontohi oleh orang lain apabila dilihat oleh orang lain. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan membaca.     
   
Jika ditelurusi, peranan kerajaan dalam memupuk amalan membac juga tidak boleh disishkan. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen yang berkenaan seperti"Mari Membaca Malaysia" dan "Bangsa Membaca Bangsa" kerana dapat memupuk amalan membaca. Justerunya,pameran buku juga perlu dianjurkan oleh pihak penganjur. Hal ini kerana ,menganjurkan pameran buku merupakan salah satu cara untuk menarik minat masyarakat malaysia. Bagi golongan miskin, kerajaan boleh memberi buku yang percuma supaya golongan miskin juga boleh mendapat pengetahuan yang banyak. Izharnya, pihak kerajaan haruslah melakukan banyak usaha supaya amaln ini dapat dipupuk dalam diri masyarakat sebelum nasi menjadi bubur.     
   
Selain itu,pihak sekolah juga menggalas tanggungjawab yang besar untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Guru sebagai insan yang penting bagi pelajar perlu mengajar pelajar supaya mengamalkan amalan membaca. Selain itu, pihak sekolah perlu menganjurkan program "NILAM" supaya dapat menggalakan pelajar. Pihak sekolah mengadakan pertandingan membaca dan memberi hadiah atau wang tunai. Pada mulanya, mungkin pelajar menyertai pertandingan untuk mendapatkan hadiah tetapi lama-kelamaan mereka  akan menimbulkan minat tentang amalan membaca. Oleh hal yang demikian,     usaha-usaha untuk menggalakan amalan membaca yang lebih sistematik dan teratur dapat membentuk pelajar yang suka membaca dan menjadi insan yang cemerlang pada masa depan.    
    
Tambahan pula, syarikat penerbitan buku, majalah dan surat khabar turut mempunyai tanggungjawab yang besar. Sebagai contoh, syarikat penerbitan seperti New Straits Time dan Berita harian dapatmembuat tajaandi sekolah agar menjadi bahan bacaan. Media massa berperanan dalam memupuk amalan membaca. penerbit stesen televisyen perlu mengadakan satu program berkenaan amalan membaca supaya rakyat yang cetik ilmu dapat menyedari kepentingan amalan membaca. Drama tentang amaln membaca juga boleh disiarkan.Hal ini kerana, masyarakat generasi ini lebihtertarik dengan dunia hiburan. Ringkasnya, sebagai pihak media yang prihatin,usaha-usaha perlu dilakukan supaya dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia agar Malaysia terus maju seiring dengan arus globalisasi.  
     
 Kesimpulannya, amlan membaca merupakan amalan yang baik dan perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat supaya dapat melahirkan cendekiawan dan membantu negara kita menjadi negara yang maju. Oleh itu,diri sendiri khususnya golongan pelajar harus sedar tentang kepentingan amalan membaca kerana dapat membawa perubahan kepada masyarakat dan menjadi bakal peneraju negara kita.
Back to Top