Masyarakat pada zaman alaf milenium ini amat mudah untuk mendapat maklumat melalui internet. Berdasarkan pernyataan berkenaan huraikan kebaikan internet dalam kalangan masyarakat kini.
Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujankerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah dalam kalangan rakyat di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam sepuluh negara yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan internet juga telah sampai di segenap desa apatah lagi selepas wujudnya teknologi ‘3G’ dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung jari.
Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama dalam memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet bermanfaat untuk mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini kerana dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam rangkaian internet oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti surat khabar. Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin komputer. Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai keesahannya. Sebagai contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan News Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini berlaku di dunia kerana dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana dalam media mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan. Contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru, pada zaman milineum ini bergantung kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya mereka malas berbuat demikian mereka boleh diibarat seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan kemudahan internet.
Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci penggunaan jalur lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal di bandar sangat sibuk dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari pejabat. Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu, masyarakat di bandar sering mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat milenium mereka perlu sedar akan kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta dalam meringankan bebanan dan masa. Bak kata pepatah, masa itu emas, sekiranya kita tidak memotongnya masa akan memotong kita. Oelh sebab itu satu cara untuk menyelesaikan masal pembayaran bil dalam kehidupan seharian adalah dengan penggunaan internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan berbual bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan secara ‘online’ di internet kepada para pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun lain dan menyimpan wang secara ‘online’, begitu juga dengan pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan internet di rumah melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan urusan perbankan di rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa kita.
Di samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi. Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web mereka untuk memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di internet bukan sahaja melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini amat memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan belajar di luar negara seperti di Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan internet hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat dengan menggunakan internet. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi ‘yahoo mesengger’ untuk berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi melepaskan kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses kemudahan internet dan ini mempermudah komunikasi antara masyarakat berlaku dengan mudah. Tuntasnya, penggunaan internet amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk mereka berkomunikasi jarak jauh.
Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan dengan memperkenal pelbagai kemudahan seperti Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memudahkan ibu bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada untuk mengetahui keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu bapa akan mudah mendapat keputusan peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah susulan bertemu dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka dengan lebuh lanjut. Selain itu program pengajaran dan pembelajaran secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui capaian internet. Sistem berkenaan yang dikenali sebagai Frog Vle merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sudah pasti pembelajaran secara berterusan akan memantapkan lagi prestasi pelajaran dan anak-anak akan lebih tertarik belajar secara interaktif. Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang diguna pakai sekarang. Tegasnya, Kementerian Pelajaran Malaysia kini berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara ke araf pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan negara maju di dunia.
Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang bertanggungjawab, berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru, terbukti internet banyak memberikan kebaikan kepada peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan internet kerana melalui penggunaan internet segala maklumat berada di hujung jari anda. Apa yang pasti, internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada pengguna jika digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik masyarakat menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus setanding dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun demi mencapai wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga tidak ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan internet di rumah memberi pelbagai faedah kepada kita.