-->

Type something and hit enter

Pages


On
CONTOH KARANGAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA VANDALISME DIKALANGAN REMAJA

Perbuatan vandalisme di kalangan remaja boleh diatasi dengan tindakan yang diambil oleh ibu bapa. Kita sedia maklum bahawa masa anak-anak banyak dihabiskan ketika bersama keluarga. Dalam pergaulan seharlan, ibu bapa mesti menasihati anak-anak mereka, agar mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Antara nilai murni tersebut lalah sikap bertanggungjawab dan menghargai kemudahan awam yang dibina oleh kerajaan. Ibu bapa perlu juga mendorong anak-anak untuk membuat pengaduan kepada plhak berkuasa sekiranya ternampak pihak yang melakukan vandalisme.        

Masyarakat juga boleh memainkan peranan penting dalam menangani masalah vandalisme dikalangan remaja. Sikap masyarakat memang dapat mempengaruhi pelakuan ahli dalam masyarakat tersebut. Oleh itu, sewajarnya ahli masyarakat yang lebih dewasa menunjukkan contoh teladan yang baik ketika menggunakan kemudahan awam. Masyarakat juga harus menegur jika ada di kalangan generasi muda yang cuba melakukan vandalisme. Namun demikian, teguran ini hendaklah dilakukan secara berhikmah agar tidak mendatangkan perselisihan faham dan pergaduhan.

Di samping itu, media massa juga boleh memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah vandalisme. Hal ini kerana, media massa memang mudah mempengaruhi masyarakat dalam melakukan sesuatu perkara. Media massa juga boleh membantu pihak-pihak yang ingin mengadakan kempen menangani vandalisme. Dalam pada itu, media massa boleh memberi kesedaran kepada  remaja tentang masalah yang bakal dihadapi oleh masyarakat jika kemudahan awam dirosakkan. Program  memberi kesedaran melalui media massa sewajarnya dipelbagaikan supaya ingatan dan kesedaran tentang keburukan vandalisme ini berpanjangan.

Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan dalam menangani masalah vandalisme ini. Contohnya, Kementerian Pelajaran boleh melaksanakan program-program yang dapat memberi besedaran kepada pelajar-pelajar agar menjauhi perbuatan vandalisme. Kementerian Pelajaran juga boleh memasukkan eleman membenci vandalisme dalam kurikulum sekolah. Selain itu, guru-guru juga mestilah menasihati pelajar-pelajar supaya tidak melakukan vandalisme semasa perhimpunan rasmi sekolah. Sesungguhnya, Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah mampu untuk membantu menangani permasalahan vandalisme jika program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Pihak kerajaan juga berupaya untuk mengatasi perbuatan vandalisme di kalangan remaja. Sebagai pihak yang paling berautoriti dalam negara, pihak kerajaan boleh menggubal undang-undang bagi menangani permasalahan vandalisme. Pihak kerajaan juga boleh menambah bilangan kakitangan penguatkuasa untuk membuat pemantauan dan menangkap pihak yang melakukan wandalisme. Tempat-tempat yang memerlukan pegawai penguatkuasa ialah di tempat-tempat awam yang selalu dirosakkan. Pihak kerajaan juga mesti menghukum pihak yang melakukan vandalisme supaya orang lain juga mendapat pengajaran.
Back to Top