-->

Type something and hit enter

Pages


On
Langkah-langkah Menangani Penyakit  Berjangkit.



Pengenalan
1. Penyakit berjangkit semakin berbahaya.
– H1N1, SAR dan pelbagai lagi
– sukar untuk dirawat akibat ketiadaan penawar
– bergerak dengan pantas dalam menyerang manusia di dunia ini

Isi-isi
1. Mengetatkan pintu masuk utama
– memantau dan mengawasi pelancong dari luar
– kuaratin pelancong yang disyaki membawa pelbagai jenis virus dan menghidap penyakit

2. Amalan gaya hidup sihat
– tidak merokok dan minum minuman keras
– menjana aktiviti rekreasi yang menyihatkan tubuh badan
– sentiasa mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran

3. Gaya pemakanan yang sihat
– amalan pemakanan buah-buahan agar terhindar daripada jangkitan penyakit
– dedahkan kepada masyarakat melalui media masa cetak mahupun elektronik
– makan makanan yang berkhasiat supaya mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi

4. Penyelidikan penyakit dengan berterusan
– memperoleh penawar bagi penyakit yang menyerang
– masyarakat dapat dilindungi sebelum sesuatu penyakit yang serius menyerang
– virus yang menyerang dapat dikekang agar tidak meluas

5. Menerima suntikan vaksin oleh masyarakat
– menerima suntikan kesihatan sejak dilahirkan
– lali dengan pelbagai jangkitan yang wujud
– penyakit berjangkit dapat dibendung

Penutup
1. Media massa mengambil langkah yang utama
– menyebarkan cara untuk menangani secara berterusan
– masyarakat bertindak dengan bijak dalam menangani fenomena ini.
– mencegah jauh lebih baik daripada merawat
Back to Top