-->

Type something and hit enter

Pages


On

Panduan Mengarang UPSR / PPSR

Tiga soalan karangan dikemukan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sama ada Soalan 1, 2 atau 3. Bagi menghasilkan karangan yang baik, anda perlu merancang karangan anda terlebih dahulu. Berikut cadangan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dan selepas menulis karangan.



    Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan

Baca soalan dengan teliti, fahami kehendak atau arahannya. Bagi sesetengah soalan, ayat pertama atau ayat kedua adalah maklumat

situasi, manakala kehendak atau arahan soalan adalah ayat terakhir Hindari sikap terlalu gopoh.



Sebagai contoh, perhatikan soalan berikut:

Sekolah kamu menganjurkan kejohanan olahraga. Tuliskan sebuah karangan yang menggambarkan suasana di kejohanan tersebut.

Ayat pertama maklumat atau situasi, manakala ayat kedua kehendak soalan. Amati kehendak soalan dan jawab apa yang ditanya. Perkara lain yang berkaitan dengan situasi dan kehendak soalan juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan sebuah karangan yang lebih menarik.Perkara-perkara yang tiada kaitan elakkan sama sekali.

    Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan

Rangka karangan hendaklah dibuat berdasarkan tiga bahagian Iaitu:

a.  Pengenalan / pendahuluan

b.  Isi ( memadai tiga isi ) beserta huraian dan contoh

c.  Penutup



    Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka atau isi-isi penting karangan

– Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

–  Perenggan pertama pendahuluan, perenggan kedua, ketiga dan keempat isi dan perenggan akhir penutup.

–  Setiap isi hendaklah disertakan dengan huraian dan contoh.



    Semakan

–  Pastikan struktur ayat, ejaan, tanda baca dan kosa kata yang digunakan betul dan tepat.

–  Pastikan setiap isi disertakan huraian dan contoh.
Back to Top