TEMA SASARAN SPM - PERANAN IBU BAPA / KELUARGA

FOKUS :DIMENSI KELUARGA TAJUK :PERANAN IBU BAPA/AHLI KELUARGA
Orang Acheh berniaga papan,
Papan diguna sebagai hiasan,
Remaja gigih menjadi harapan,
Memimpin negara menuju wawasan.
Pantun di atas menegaskan bahawa golongan muda merupakan bakal tampuk kepimpinan yang bersoleh, berketerampilan dan versatil untuk menampilkan imej negara yang sihat serta melonjakkan maruah gelanggang keramat suci ini ke mercu kegemilangan. Alangkah remaja menggalas obligasi yang eksplisit, signifikan dan vital dalam menjadikan negara Malaysia lebih tersohor. Memetik kata-kata mantan Presiden Indonesia Soekarno "Jika aku diberi seratus orang tua, aku hanya dapat menggoyangkan perahu yang tertangkup, jika aku diberi sepuluh orang remaja, aku dapat menggoncangkan dunia dunia". Hal ini telah memerihalkan, mencerminkan dan menjelaskan bahawa golongan alaf langit dapat menyumbangkan tenaga dalam pembangunan negara dan mampu meredah onak di rimba perburuan. Remaja sering kali dikaitkan dengan istilah-istilah seperti " tiang seri negara", "pelapis bangsa", "penggerak wawasan" dan "penggerak harapan bangsa". Walaupun gelaran sebegini diberikan, pemuda tetap bertanggungjawab menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju. ,Dalam kerancakan penduduk jagatraya menari bersama bayang-bayang pemodenan, kalbu masyarakat kontemporari digoda dan didominasi oleh nafsu-nafsi ketamakan telah memanfaatkan kebanyakan masa atas kerjaya dan bergelut dengan kerja atau masalah di pejabat sehingga tidak menyenggangkan masa untuk menitikberatkan ( tema ). Mereka telah menganggap kerjaya sebagai kayu ukur untuk menilai status mereka. Menurut Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan ibu bapa merupakan arkitek pembangunan sahsiah anak-anak.Lantaran itu,ibu bapa penting untuk mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap"Rumahku syurgaku". Persoalan yang perlu dirungkai secara holistik dan mendalam lagi terperinci maka persoalan yang terus menimbulkan tanda soal dalam cepu fikiran saya ialah apakah..?
Suri Teladan
Pemikir tersohor dan tokoh ilmuan yang disegani di negara kita,Profesor Diraja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka.(PW), ibu bapa yang mengemudi, menakhodai dan mentadbir mahligai kebahagian seyogianya menjadi entiti mithali,karakter dan ikon yang syumul lagi menyeluruh kepada anak anak. Hal ini bersangkut paut dengan Ustazah Siti Nur Bahiyah pernah mengatakan ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak. Justeru, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yang terpuji kepada anak-anak. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda anak-anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih yang suci lagi kudus, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan masa kelak anak-anak sama ada seindah warna pelangi atau semalap gelap. Jika merah, ia merah, jika biru, ia biru dan jika kuning, ia kuning. Hasil acuan yang cerah atau gelap bergantung kepada ibu bapa. Marilah kita ambil contoh, ...akhlak ibu bapa yang mahmudah dan mazmumah akan diteladani dan perilaku yang negatif akan diciplak habis-habisan oleh anak-anak yang baru berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang.Senario ini bertepatan dengan peribahasa melayu bagaimana acuan,begitulah kuihnya dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.Dalam konteks ini ibu bapa perlu menjunjung amanah dan memerah keringat untuk ................................. Misalnya,ibu bapa hendaklah ...........................................( contoh ).Dengan ini,ibu bapa menjadi jurutera dan pembentuk jiwa dan raga kepada anak-anak untuk.........................Ibu bapa perlu mendampingi anak-anak untuk mendidik........... . Ibu bapa tidak seharusnya bersikap seperti ketam menyuruh anak berjalan dengan betul tetapi sendirinya berjalan mengiring.Secara ringkasnya,............................. dalam kalangan anak-anak dapat ............. jika ibu bapa menjadi suri teladan yang sempurna.
kasih sayang
Kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa yang tercinta dapat melahirkan remaja yang berketerampilan seterusnya menjadi anak bangsa yang mampu menjulang imej nusa tercinta kita di pentas dunia.Ibu bapa yang mengemudi institusi keluarga seyogianya mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.Memetik kata-kata Dr Hassan Ali,mantan Pengarah Akademik Keluarga Bahagia Malaysia,beliau menegaskan bahawa kesejahteraan hidup bermula di rumah.Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini,masyarakat yang terlalu obses mengejar kebendaan kurang memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka.
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian
Setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta Kasih dan sayang.
Lagu sedamai Taman Firdaus dendangan saujana di atas jelas memanifestasikan keinginan insan yang bergelar anak untuk dibelai dan dikasihi agar.........................................................................
Izharlah bahawa ibu bapa perlu memberi perhatian dan belaian kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh kepada anak-anak.Hukum-hakama Arab pernah mengatakan anak-anak yang kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk ialah yatim.Lantaran itu,ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang mesra dengan anak-anak agar mereka tidak mengalami masalah ketandusan kasih sayang. Sebagai contoh,ibu bapa harus......................................................
Selain mengeratkan ukhuwah sesama ahli keluarga,anak-anak dapat merehatkan minda.Jadi kasih sayang menjadi penawar dalam ..........................................................................
DIDIKAN AGAMA
Didikan agama dan moral ialah hiasan diri terakhir kita sebelum kembali ke pangkuan ilahi yang akan mengadili kita di rumah keadilan.Ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama yang syumul kepada anak-anak sejak kecil lagi.Rasullulah pernah bersabda anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah,kedua-dua orang tuanya yang menjadikan mereka majusi,Nasrani dan Yahudi.Didikan agamamerupakan perisai yang ampuh untuk.....................
Lantaran itu,ibu bapa seharusnya membibitkan dan mengindoktrinasikan ajaran agama seteguh Tembok besar china kepada anak-anak mereka yang acapkali tersasar laluan sehingga dihanyut oleh arus hedonisme yang bercanggahan dengan ajaran agama Islam.Ibu bapa sewajarnya menanam nilai-nilai murni dan ajaran agama di dalam kalbu anak-anak yang dianalogikanberumur setahun jagung dan darah setampuk pinang.Sebagai misalan,Rasullulah S.A.W pernah bersabda "suruh dan perintahlah anakmu menunaikan solat sejak umur tujuh tahun. Ungkapan keramat tersebut telah memanifestasikan bahawa bersolat merupakan amalan yang mampu menghalang anak-anak daripada............... Amalan bersolat menguatkan keimanan dan kekentalan jiwa anak-anak untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri.Imam al-Ghazali pernah mengatakan jika hendak melihat masa depan negara,lihatlah remaja sekarang.Pernyataan di atas menjadi bukti yang konkrit bahawa peri pentingya ajaran agama dalam........... Sebagai contoh,ibu bapa harus menghantar anak-anak mereka ke kelas keagamaan agar mereka dapat .........................................
Ingatlah,seribu mancis belum tentu dapat menerangi kehidupan anda selama-lamanya,malah didikan agama yang sempurna akan menerangi kehidupan anda sepanjang hayat.
Didikan sejak kecil
Suatu hakikat yang tidak boleh diketepikan ialah, ibu bapa wajar mentarbiah ,mendidik dan menerapkan tentang........ dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti .......... Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, ......... secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan dan mendidik tentang .........sedikit demi sedikit dalam sanubari anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.Misalnya,ibu bapa yang merupakan guru terawal kepada anak-anak perlu menerangkan tentang......................... ( ayat contoh ). Natijahnya,anak-anak dapat mendalami dan menjadikan didkan ibu bapa sebagai garis panduan dalam kehidupan mereka.Ingatlah bahawa segala-galanya bermula di rumah.Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal ,Franklin D.Roosevelt.Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter utama agar anak-anak menjadi modal insan yang berketerampilan dan berdaya saing.Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh ke laut menjadi pulau,terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar.Tegasnya,ibu bapa perlu menjunjung amanah untuk mendidik anak-anak tentang ................................................................
KEMPEN /AKTIVITI
Fokus perbincangan yang selanjutnya ialah ibu bapa membawa/menggalakkan anak-anak ke kempen atau aktiviti yang bertemakan...... .Pelibatan anak-anak dalam aktiviti/kempen yang dianjurkan oleh Pihak kerajaan nescaya akan meluaskan horizon pemikiran tentang.........Contohnya, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke......... yang dianjurkan oleh .......... di seluruh negara. . Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan aktiviti/kempen sedemikian agar anak-anak tidak diibaratkan katak di bawah tempurung. Ibu bapa haruslah berkecimpung dalam kempen atau aktiviti tersebut agar menjadi pendorong atau pemangkin kepada anak-anak. Seorang sarjana barat Alex osborn pernah berkata bahawa "lampu Alladdin tidak bersinar sendiri,malah Alladdin yang akan menggosoknya terlebih dahulu .Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti seperti ........... Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda anak-anak supaya mengetahui tentang...... seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Mantan menteri Pembangunan wanita,Keluarga dan Masyarakat ,Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa kerajaan telah melaksanakan Bulan Kebangsaan 1 Malaysia untuk memperkukuh institusi kekeluargaan untuk membentuk masyarakat yang sejahtera dan harmoni.Sebagai komitmen berterusan,ibu bapa digalakkan untuk menganjurkan/menggalakkan anak-anak menyertai kempen /aktiviti yang bertemakan............... . Sudah terang lagi bersuluh bahawa , ibu bapa perlulah membawa/menggalakkan/mengadakan kempen atau aktiviti tentang ....................agar dapat melahirkan anak-anak muda yang berilmu , berintelektual dan sekali gus mampu mengibarkan jalur gemilang di puncak kejayaan.
Sebagai konklusinya,ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap hala tuju anak-anak mereka. Anak-anak merupakan amanah daripada Allah yang harus dijaga dengan baik.Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak terus teraba-raba dalam kegelapan dunia dan akhirnya hanyut dalam hambatan dunia yang semakin menggila. Seyogianya sebelum nasi menjadi bubur,ibu bapa perlu berusaha dalam membentuk individu yang mampu menyumnbang kepada pembentukan keluarga bahagia.Jangan pula kelak mengharapkan padi,lalang yang tumbuh.Anak-anak juga harus mengikut nasihat dan kata-kata ibu bapa untuk .....................................
Subur tumbuhnya pokok kelapa
Buahnya banyak bertali-tali
Turutlah kata ibu bapa
Jangan takbur sesekali
Maksud serangkap pantun di atas ialah anak-anak sewajarnya menurut kata-kata ibu bapa untuk Berjaya dalam hidup dan sekali gus merealisasikan harapan kerajaan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera.
Tajuk : Peranan anda dalam mengatasi masalah sosial / Jenayah
Oleh : K.ulaganathan
Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara
Remaja kini berperibadi cemerlang
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Pantun di atas memanifestasikan bahawa seseorang modal insan yang cemerlang dapat menjulang dan mengharumkan imej negara di persada antarabangsa.Remaja yang berakhlak mulia dan berbudaya cemerlang mampu menggalas,memikul obligasi sosial, merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk imamat negara seperti kata peribahasa melayu patah tumbuh,hilang berganti. Remaja merupakan aset yang amat ternilai walaupun dibandingkan dengan segunung intan.Hal ini kerana keutuhan sesebuah negara dapat diukur melalui personaliti remaja negara tersebut.Tampaknya,jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di pundak golongan remaja. Bekas presiden Indonesia pernah menyebut,”berikan saya sepuluh belia waja nescaya akan saya gegarkan dunia”.Nyatanya,remaja yang berkualiti dapat menyemarakkan dan memperkasakan keutuhan negara.Namun begitu,setelah 56 tahun kita menghirup nafas kemerdekaan,remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kedurjanaan seperti masalah jenayah.Amat jelas sekali persepsi dan kerangka pemikiran anak-anak muda di negara kita masih belum lagi mengalami anjakan paradigama sederap dan selaras dengan arus pembangunan fizikal negara. Sudah tentu,sesuatu perkara berlaku pasti ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon tidak akan berliuk-lintuk jika tidak ditiup angin. Sehubungan itu, masalah jenayah yang semakin menular dan diibaratkan seperti duri dalam daging di negara perlu diatasi sebelum kudis menjadi tokok.Masalah jenayah seperti pembunuhan,ragut,rompakan dan perbuatan maksiat perlu dibendung dengansegera demi memastikan negara terus maju mengikut acuan kita sendiri.Dalam konteks ini,remaja sendiri perlulah mengatur strategi dan membuat percaturan yang berhikmah untuk mengikis masalah jenayah agar berjaya dalam hidupnya.Sarjana Barat William J.segeal berkata “Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang.Tepuk dada tanya selera,apakah peranan anda dalam mengatasi masalah jenayah yang menjadi isu polemik dan sudah diketahui umum seperti kata peribahasa melayu bangkai gajah tidak ditutup dengan daun nyiur.
Sebagai pembuka kata dan mukadimah perbincangan,saya sebagai seorang remaja haruslah bijak memilih rakan untuk mengelakkan diri daripada perbuatan jenayah.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :Teman duduk ( pergaulan ) yang soleh adalah seumpama duduk di sampan orang yang mempunyai minyak kasturi.Jikalau dia tidak memberikan minyak itu kepadamu nescaya engkau akan memperoleh bau harumnya.Pemilihan rakan sebaya amat penting dalam pembentukan akhlak remaja. Hal ini kerana rakan sebaya sentiasa mempengaruhi perbuatan yang dilakukan oleh sesorang remaja. Remaja mudah meniru dan mencontohi perlakuan rakan sebayanya.Remaja perlulah memilih rakan sebaya yang mempunyai pegangan agama yang tinggi dan memiliki sikap –sikap mulia.Jika saya berkawan dengan seorang taulan yang berbudi pekerti yang tinggi nescaya dapat menghindarkan diri daripada masalah jenayah yang akan membinasakan masa depan .Misalnya,seorang rakan sebaya sentiasa mendorong saya untuk melakukan aktiviti –aktiviti yang bermanfaat seperti berkunjung ke perpustakaan,mengikuti seminar dan bersenam.Lebih-lebih lagi saya juga dapat bwrbincang dan berkongsi masalah dengan rakan sebaya. Oleh itu, remaja diseru pemilih rakan sebaya yang optimis,berakhlak mulia,berdisiplin dan sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan jenayah.
Sebelum retak pecah,sebelum nasi menjadi bubur golongan remaja perlulah memerah otak dan berikthiar untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin serius .Antara uslub yang perlu saya lakukan adalah dengan meluangkan masa dalam aktiviti yang berfaedah.Remaja merupakan individu yang penuh dengan keghairahan dan jiwa remaja begitu mudah memberontak serta ingin mencuba sesuatu yang mencabar. Seandainya mereka mempunyai masa terluang ,remaja akan terjebak dalam perbuatan jahat. Natijahnya remaja akan teraba-raba dalam kegelapan dunia dan akhirnya hanyut dalam hambatan dunia yang semakin menggila. Bagi mengelakkan situasi sedemikian saya akan mengisi masa lapang dengan menyertai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,bersenam dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong.keghalibannya,langkah mujarab sebegitu bukan sahaja dapat mengelakkan golongan remaja daripada arus hedonisme malah menjauhkan diri daripada masalah jenayah.sebagai bukti yang jelas dan nyata,remaja boleh membaca buku di perpustakaan pada masa lapang kerana’pembacaan yang baik menjadi makanan otak,mendengar muzik menjadi makanan jiwa’ .Dengan ini ,remaja dapat meluaskan horizon pemikiran mereka. Lebih-leibh lagi remaja juga boleh bersenam semasa masa lapang kerana otak yang cerdas lahir daripda badan yang cergas. Sebagai seorang remaja yang berwawasan ,saya juga akan menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel dan penyediaan jadual ini akan memastikan remaja seperti saya mengisi masa lapang dengan efektif. Lantaran itu,remaja tidak mempunyai masa dan ruang untuk terperosok dalam masalah jenayah.
Sebagai cetusan minda yang seterusnya, sebagai seorang remaja perlu belajar bersungguh-sungguh dan menetapkan matlamat hidup untuk mengelakkan diri daripada masalah jenayah.Dalam meniti arus pemodenan ilmu menjadi senjata utama untuk mengharungi pancaroba pada zaman digital ini. Peribahasa Arab ada menyatakan bahawa belayarlah sehingga benua China untuk menuntut ilmu.Mesej daripada peribahasa tersebut ialah sesorang individu perlulah rajin mencari dan sentiasa mendahagakan ilmu.Penguasaan ilmu menjadi azimat kepada seseorang individu untuk mengecapi kejayaan dalam hidup.Jika remaja mempunyai hala tuju yang tetap akan berhempas pulas untuk mencapainya dan tidak akan meruntun dalam masalah sosial. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Matlamat hidup memastikan saya lebih berdisiplin dan beriltizam untuk memperoleh kejayaan dalam hidup.Contoh yang relevan dengan senario di atas ialah saya akan mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar dapat menduga lautan yang dalam. Jadi,remaja tidak akan membinasakan masa depannya dengan terlibat dalam kegiatan jenayah yang akan memalapkan masa depan mereka.
Dalam nada yang berbeza,saya akan melengkapkan diri dengan didikan agama dan moral untuk mengelakkan diri daripada masalah jenayah.dalam konteks ini ,remaja yang masih mentah haruslah menjadikan agama sebagai penyuluh hidup.Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk jati diri dan akhlak mulia kepada seseorang individu.Jika kita memetik kata-kata seseorang cendekiawan yang pernah mengatakan bahawa permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal tuhan dan agamanya. Didikan agama akan menjadi perisai dan membentengi diri saya daripada segala perbuatan mungkar. Surah Luqman ayat 14 menyatakan bahawa Hai anakku ! dirikanlah solat,suruhlah mereka mengerjakan kebaikan,cegahlah mereka daripada berbuat kemungkaran.Jadi,amat jelas setiap individu wajid menunaikan solat untuk menghindarkan daripada kejahatan.didikan agama akan membibitkan sikap mahmudah seperti bersopan santun,hormat-menghormati dan berbudi bahasa dalam kalbu saya. Sebagai bukti yang jelas dan nyata,saya akan sentiasa menunaikan solat dan mengaji al-quran untuk memperkukuh keimanan diri saya.Rentetan itu,saya dapat membezakan antara perkara yang mungkar dan baik seperti kaca dengan permata.oleh itu,jelaslah bahawa agama menjadi pegangan hidup dan menerangi kehidupan kita sepanjang hayat.
Tuntasnya,Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahatir Muhammad pernah berkata,’modal insan atau remaja yang sempurna merupakan aset yang penting untuk membangunkan negara dan menghadapi pasaran pekerjaan yang semakin mencabar’. Memandang huraian di atas,remaja yang berazam dan beriltizam tinggi dapat menjadi pemimpin yang berwibawa dan menjulang nama negara di persada antarabangsa pada masa depan. Remaja seharusnya melaksanakan obligasi dengan penuh swadaya supaya tidak terperangkap dalam masalah jenayah. Sehubungan dengan itu, ayuh bangkitlah remaja,beranjaklah dari sisi lama hidupmu dan buka ruang kehidupan yang baru serta lakukan anjakan paradigma agar hidupmu sejahtera sepanjang masa!. ( 1074 )
RAMALAN 9
Tajuk : Peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak di rumah.
Mekar angsana pandang tak jemu
Bunganya luruh ke dalam raga;
Buku laksana ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga
Dasawarsa ini,isu masyarakat Malaysia yang dikatakan antara masyarakat yang malas membaca menjadi polemic dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi konsepsinya,membaca dapat ditakrifkan sebagai amalan muliay ang dapat mencambah biak ilmu pengetahuan. Melaui amalan membaca kita dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada di dalam ataupun di luar negara. Biasanya ,golongan pelajar perlu lebih kerap membaca kerana mereka berada dalam lingkungan dunia pendidikan.Amalan membaca bertepatan dengan cogan kata, ‘ Bangsa Membaca,bangsa berjaya ‘. Oleh itu,terdapat banyak prakarsa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak di rumah.
Isi pertama : prakarsa perdana yang boleh diimplementasikan oleh ibu bapa dalam memupuk amalan membaca ialah membeli bahan bacaan secara berkala.
Isi kedua : ibu bapa perlu menyediakan suatu ruangan sebagai perpustakaan mini di rumah
Isi ketiga : Ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak
Isi keempat : ibu bapa menjadi uswah hasanah yang syumul
Isi kelima : ibu bapa/ahli keluarga hendaklah sering membawa anak-anak ke perpustakaan atau ke kedai-kedai buku.
Isi keenam : ibu bapa hendaklah menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak mereka.
Kesimpulan :
Intihanya, ibu bapa harus sedar akan peri mustahaknya membaca kerana pujangga sering mengingatkan pembaca bahawa membaca jambatan ilmu. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas dan cergas. Oleh hal yang demikian,ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka jika anak-anak sudah berjinak-jinak dengan aktiviti membaca,kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan hal ini bertepatan peribahasa melayu kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Dengan ini sama-samalah kita menyelami dan menghalusi maksud tersirat serangkap pantun .
Cantik sungguh si bunga kejora
Buat hiasan di hari raya
Marilah sahut seruan negara
Bangsa membaca bangsa berjaya
Tajuk : Peranan ibu bapa dalam memupuk amalan membaca .
Masa bergerak pantas kerana pejam celik sahaja kita sudah berada pada alaf millennium di samping menelusuri ,meniti abad yang mendatang. Abad ke-21 telah menyaksikan pelabgai cetusan idea dan percubaan yang membanggakan telah dilaksanakan supaya negara Malaysia dapat mendabik dada kerana berjaya duduk setaraf,sebaris dan standing dengan negara atas angin yang moden bak kata pepatah,duduk sama rendah,berdiri sama tinggi. Sayang dan malang sekali, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini,terdapat lakaran suram yang membayangi tamadun dan peradapan masyarakat kita. Pada realitinya,tabiat atau budaya membaca dalam kalngan masyarakat masih berada pada takuk lama bagai hidup segan mati tak mahu malahan bilangan buku yang dibaca oleh mereka boleh dikira dengan menggunakan jari. Angka-angka dan data-data yang sahih lagi tepat telah didedahkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia amat memeranjatkan kerana rakyat Malaysia hanya membaca purata satu halaman daripada sebuah buku dalam masa setahun. Siapakah yang harus dipersalahkan ? pada hemat saya,sikap menuding jari tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malahan menambahkanburukkan situasi yang semakin parah ini. Oleh hal yang demikian,saya berpendapat bahawa seluruh strata masyarakat harus memerah otak dan keringat untuk merungkai kemelut ini. Memang tidak disangkalkan bahawa ibu bapa harus memainkan peranan vital untuk mengindoktrinasikan amalan membaca dalam lubuk hati anak-anak. Cepu kepala dan otak terus bersipongan dengan tanda Tanya,apakah peranan yang pragmatik dan dogmatik yang perlu dilakukan oleh ibu bapa membentuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak di rumah ?
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga akar umbi,ibu bapa perlu menjadi uswah hasanah yang syumul kepada anak-anak dalam menerapkan budaya membaca kepada anak-anak di rumah.Dalam konteks ini.ibu bapa wajar menunjukkan contoh yang baik dan menjadikan diri mereka sebagai idola kepada anak-anak. Hal ini kerana segala tindakan ibu bapa yang positif lazimnya menjadi ikutan anak-anak .Ibu bapa yang menakhodai bahtera rumah tangga hendaklah mempraktikkan amalan mulia ini di rumah agar anak-anak akan meneladani sikap mahmudah ibu bapa .Ibu bapa pada zaman digital yang berlumba-lumba untuk mencari kebendaan demi masa depan ahli keluarga seharusnya bijak mengatur masa untuk membudayakan amalan membaca di rumah mereka setiap hari di sebalik kesibukan mereka. Anak-anak yang berumur setahun jagung nescaya akan mengikut langkah positif ibu bapa mereka seperti bunyi peribahsa melayu air cucuran atap sudah tentunya jatuh ke atas pelimbahan.sebaliknyajika ibu bapa sendiri tidak mempraktikkan amalan ini malah selalu mewajibakan anak mereka membaca,senario ini bertepatan dengan peribahasa melayu seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ,ibu bapa harus menjadi suri teladan yang sempurna kepada ank-anak agar modal insan yang berketerampilan,berilmu pengetahuan,berdaya saing dan berminda kelas pertama dapat dilahirkan.
Tuhan mahu akan manusia berusaha dengan rajin untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dan bukan sewenang-wenangnya menadah tangan ke langit untuk mengaharapkan sesuatu hasil. Jadi amat jelas usaha yang gigih perlu untuk mengecapi kejayaan dalam hidup seperti peribahasa melayu’yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang.Rentetan itu,untuk menggapai kejayaan dalam hidup ,amalan membaca menjadi pemangkin utama yang wajar dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ibu bapa mestilah menyedikan jadual membaca kepada anak-anak dan ahli keluarga. Ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang tetap untuk melakukan pembacaan bersama-sama dengan ahli keluarga seperti pada hujung minggu. Peruntukkan masa ini amat vital bagi membolehkan ahli keluarga melibatkan diri dalam aktiviti membaca. Dengan menyediakan jadual membaca yang teratur,maka ibu bapa boleh berkongsi ilmu dan membudayakan amalan membaca dengan anak-anak mereka.Misalnya,ibu bapa boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga untuk membaca bahan bacaan seperti kitab agama,majalah,buku-buku cerita dan surat khabar.Ironinya,amalan membaca menjadi kebiasaan kepada anak-anak yang mempraktikkan amalan ini dalam rutin harian seperti bunyi peribahasa alah bisa tegal biasa. Selaras dengan kata-kata Yang amat berhormat dato Sri Hishammudin bin Tun Hussein’iaitu untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat yang sentiasa berfikiran kreatif dan berdaya saing dalam era komunikasi dan teknologi maklumat ( ICT ).amalan membaca seharusnya dijadikan asas yang kukuh dalam masyarakat. Tanpa ilmu dan maklumat,masyarakat Malaysia akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan di dunia yang semakin sengit persaingannya . Tegasnya,ibu bapa perlulah merangka jadual membaca yang fleksibel agar dapat memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.
Sebelum retak belah,sebelum bisul menjadi nanah dan sebelum nasi menjadi bubur,jika kita bersedia memerah otak dan keringat serta berikhtiar berhempas pulas,tentu ada formula penyelesaian dan nescaya bukanlah satu sahaja kerana di mana ada kemahuan,di situ ada jalan. Huraian di atas akan didalami dan dibugarkan dari perspektif pendirian sudut bacaan di rumah. Demi memahat amalan membaca dalam jiwa anak-anak,ibu bapa perlu menyediakan perpustakaan mini atau ruang bacaan di rumah. Suasana yang kondusif dan selesa perlu diambil kira oleh ibu bapa sewaktu menyediakan sudut bacaan di rumah. Dengan penyediaan perpustakaan mini,anak-anak tidak perlu bersusah payah keluar dari rumah untuk mendapatkan bahan bacaan dan mencari tempat yang selesa untuk membuat rujukan.Malah ,anak-anak lebih mudah mendapatkan bahan bacaan dengan hanya mencarinya di tempat yang telah disediakan.Perpustakaan mini di rumah dapat member peluang kepada anak-anak menghabiskan masa senggang dengan membaca buku dan sekali gus menghindarkan diri mereka daripada sebarang kebejatan sosial.Neville black,seorang ahli falsafah barat berpendapat bahawa ilmu pengetahuan adalah alat serta asset yang paling dominan sekiranya kita ingin bersaing dengan pihak lain pada zaman moden yang menuntut kemajuan.Oleh itu,anak-anak perlu mendahagakan ilmu dan sentiasa berusaha untuk menimba ilmu agar tidak diibaratkan seperti katak di bawah tempurung.Memandangkan penyataan di atas,jelaslah ibu bapa bertanggungjawab menyediakan persekitaran membaca yang kondusif sebagai usaha memupuk minat membaca dalam diri anak-anak.
Satu lagi obligasi ibu bapa dalam menerapkan amalan membaca kepada anak-anak muda ini ialah ibu bapa mestilah menjadikan aktiviti mengunjung I perpustakaan,kedai buku dan pesta buku sebagai salah satu aktiviti utama keluarga.Apabila mereka berada di perpustakaan atau di kedai buku,mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang diminati untuk dibeli atau dibaca.langkah proaktif ini akan membolehkan anak-anak lebih terdedah kepada bahan bacaan yang berkualiti dan baharu di pasaran. Pada masa yang sama juga ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mendaftar sebagai ahli di perpustakaan di sekolah atau perpustakaan awam agar dapat meminjam buku pada waktu senggang.Ketika mengunjungi kompleks beli belah,ibu bapa hendaklah membawa anak-anak mengunjungi kedai buku dan membantu mereka dalam membuat pemilihan bahan bacaan yang digemari dan mengikut kesesuaian. Umum mengetahui bahawa setiap tahun pihak kerajaan akan mengadakan karnival buku yang merangkumi pameran buku dan jualan buku di mana-mana sahaja di negara kita. Ibu bapa seharusnya memanfaatkan peluang keemasan seperti ini untuk membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak mereka dengan harga yang berpatutan.Natijahnya,anak-anak akan didedahkan secara terus tentang buku-buku terkini yang ada di pasaran dan juga dapat memantapkan hubungan kekeluargaan bak kata peribahasa melayu sambil menyelam minum air.Ibu bapa perlu membelikan bahan bacaan yang kualiti kepada anak-anak kerana’pembacaan yang baik menjadi makanan otak,mendengar muzik menjadi makanan jiwa”.Oleh itu,jelaslah bahawa ibu bapa haruslah membawa anak-anak mereka ke ekspo dan jualan buku yang diadakan agar dapat menyemai amalan membaca dalam kalngan anak-anak mereka.
Konklusinya ,amalan membaca mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada anak-anak yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara pada masa depan. Ibu bapa sebagai jentera pentadbiran setiap institusi keluarga perlu menyemai ,memupuk dan menerapkan amalan mulia ini dalam kalbu anak-anak sejak kecil lagi agar menjadi budaya anak-anak.Golongan remaja seharusnya dilengkapkan dengan ilmu yang akan menjadi senjata paling ampuh untuk diaplikasikan dalam kehidupan pada zaman globalisasi yang sangat mencabar ini. Usaha yang berterusan untuk membentuk anak-anak suka membaca perlu dibuat agar mereka dapat menjadi pelapis dan pemimpin yang berwibawa serta menjulang nama negara di persada antarabangsa. Anak watan Malaysia mestilah membina azam dan iltizam tinggi untuk menanam amalan membaca dalam jiwa mereka supaya mengecapi kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Biarlah pepohon terus menghijau,biarlah sang matahari terus bersinar dan biarlah Malaysia terus gemilang,cemerlang dan terbilang di jagatraya. ( 1228pp)
http://cikgutancl.blogspot.my/2017/11/tema-sasaran-spm-peranan-ibu-bapa.html