Contoh Karangan SPM
Penggunaan gajet seperti telefon bimbit menjadi pelengkap dalam kehidupan seharian remaja masa kini. Apakah kesan buruk ketagihan gajet terhadap anak-anak?
Marcapada, masalah kebejatan akhlak remaja masa kini semakin membarah sehingga tular dalam media sosial. Sikap remaja yang melanggar budi bahasa dan budaya masyarakat timur. Keadaan ini dikatakan berpunca daripada pengaruh melampau sehingga menimbulkan ketagihan gajet dalam kalangan remaja. Mereka terlalu leka sehingga leka akan tanggungjawap terhadap diri, keluarga dan pelajaran. Akibatnya, mereka mengalami pelbagai kesan buruk akibat ketagihan mereka terhadap gajet. Sebelum kudis menjadi tokak, masalah ini perlu dicegah daripada awal lagi kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Persoalannya, apakah kesan buruk ketagihan gajet terhadap anak-anak?
Salah satu kesan negatif yang dikenal pasti oleh pakar perubatan adalah gangguan perkembangan otak kanak-kanak. Menurut pakar kanak-kanak, mereka yang terdedah dengan gajet terlalu lama akan menyebabkan mereka menghadapi masalah kurang perhatian dan mereka juga menghadapi masalah kognitif iaitu masalah kesukaran untuk mempelajari, memproses, dan memahami sesuatu maklumat yang diberi atau diterima oleh kanak-kanak. Selain masalah tersebut, masalah peningkatan impulsif akan memberi kesan dalam kehidupan anak-anak, sehingga mereka gagal mengawal diri. Akibatnya, ibu bapa terpaksa mencari penyelesaian yang bijak agar tidak memberi kesan kepada anak-anak mereka seperti peribahasa Melayu bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putis tepung tidak berselerak.
Selain perpektif yang dinyatakan tadi, anak-anak yang kerap bermain dengan gajet akan menghadapi masalah. Akibat terlalu lama melihat skrin gajet, mata mereka akan menjadi letih dan anak mata akan mula berair. Impaknya, anak-anak akan mengalami masalah rabun mata dan lama-kelamaan ibu bapa terpaksa membuat cermin mata untuk anak-anak pada usia muda. Tambahan pula, mereka terlalu memberi tumpuan pada skrin gajet dalam tempoh yang lama mengakibatkan mata mereka menjadi juling. Mereka tidak dapat melihat dengan jelas menyebabkan prestasi mereka pembelajaran terjejas. Tegasnya, masalah ketagihan gajet akan menjejas masa hadapan mereka.
Di samping masalah penglihatan, masalah yang lebih besar dan sensitif yang perlu diberi perhatian adalah masalah obesiti dalam kalangan anak-anak. Mereka meluangkan masa terlalu lama bermain permainan dalam talian dengan menggunakan gajet masing-masing dalam tempoh terlampau lama. Keadaan ini menyebabkan pembakaran kalori tidak berlaku. Apatah lagi jika mereka bermain sambil menikmati kudapan yang tidak menepati amalan gaya hidup sihat, pasti masalah ini akan menjadi parah. Jelas sekali, ketagihan gajet turut memberi kesan pada kesihatan dan emosi kanak-kanak.
Tidak dapat disangkal masalah ketagihan gajet ini akan menyebabkan kanak-kanak kurang bersosial. Mereka seolah-olah memiliki dunia sendiri dengan gajet serta rakan sepermainan mereka di alam maya. Kecanggihan permainan dalam talian seperti Mobile Legend dan PUBG telah menyebabkan mereka saling berinteraksi dengan rakan sepermainan. Akibatnya, mereka tidak suka bersosial di luar dan kerap berada di dalam bilik ini gajet mereka. Kesemua situasi ini sedang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Secara tidak langsung gajet atau peranti ini akan menjadikan seseorang itu bersikap antisosial sekali gus menjadi punca seseorang itu hilang kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Tegasnya, ketagihan gajet ini akan memberi impak negatif dalam aspek sosial dan masyarakat.
Secara kolektifnya, masalah ketagihan gajet merupakan masalah sejagat yang perlu ditangani bersama oleh semua penyedia sistem permainan, pencipta permainan dan ejen penyebar permainan dalam talian agar mereka insaf akan kerosakan yang telah dilakukan oleh mereka di dunia ini hingga memberi kesan negatif pada masa depan seseorang. Oleh itu, ibu bapa berperanan besar dalam menangani masalah yang masih belum ketemu jalan penyelesaiannya.
Home
karangan spm
spm
Penggunaan gajet seperti telefon bimbit menjadi pelengkap dalam kehidupan seharian remaja masa kini. Apakah kesan buruk ketagihan gajet terhadap anak-anak?