LAPORAN DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2019 SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MAHKOTA.
Pada hari isnin, 17 Mei 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2016. Sambutan tersebut diadakan di Dewan Sri Mahkota dan dataran perhimpunan.
Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan Sri Mahkota pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh ketua murid sekolah iaitu Mohamad Hafizan bin Zulkefli. Dalam ucapannya, ketua murid mewakili semua murid menyampaikan ucapan selamat hari Guru dan ucapan terima kasih buat guru-guru, serta mendoakan mereka. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh pengetua sekolah. Sambutan hari guru ini dirasmikan oleh Encik Haji Awang selaku NYD PIBG pada kali ini. Majlis kemudian digamatkan dengan persembahan nyanyian lagu tema hari guru dan lagu "Kami Guru Malaysia" dan seterusnya bacaan ikrar hari guru yang diketuai oleh Ustaz Zamrul.
Majlis kemudian diteruskan dengan acara sukaneka yang bermula pada pukul 9.30 pagi. Guru-guru dan murid-murid menyertai pelbagai acara seperti membaling bola boling menggunakan buah kelapa, tarik tali, pertandingan menganyam ketupat terbanyak antara guru-guru perempuan dan sebagainya. Suasana begitu meriah dengan sorakan padu yang diberikan oleh murid murid untuk guru-guru kesayangan mereka. Murid-murid juga dibekalkan bungkusan makanan sambil melihat acara-acara yang sedang berlangsung. Aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan meriah sekali.
Setelah usai acara sukaneka, murid-murid dan guru berkumpul kembali ke dewan bagi menyaksikan persembahan oleh pelajar yang terlibat dalam persembahan pentas. Mereka memberi sepenuh tenaga dalam mempersembahkan persembahan mereka dengan baik. Persembahan seperti mendeklamasikan sajak, nyanyian buat guru, persembahan koir, tarian dan tayangan montaj yang dibuat oleh kelas terpilih. Guru-guru juga tidak lupa memeriahkan majlis dengan membuat persembahan nyanyian.
Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan acara pemberian cenderamata daripada murid kepada guru masing-masing dan pertukaran hadiah antara guru. Para pelajar beransur pulang manakala guru-guru dijamu dengan jamuan makan setelah majlis tamat.