-->

Type something and hit enter

Pages


On
 Karangan "Catatan sambutan hari guru di sekolah"

Soalan:

Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan sambutan  Hari Guru peringkat sekolah.
Tulis catatan kamu sepanjang sambutan tersebut.


Isnin, 16 Mei 2016

8.00 pagi

Semua guru dan murid berhimpun di Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Pada pagi ini semua guru memakai baju batik bertemakan warna merah. Sebelum acara sambutan hari guru bermula, Cikgu Mazlan selaku pengerusi majlis pada hari itu sibuk mencuba pembesar suara.

8.15 pagi

Semua murid dan guru berdiri tegak. Kami sama-sama  menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolahku Berjaya. Setelah selesai  menyanyikan lagu-lagu tersebut, semua murid dan guru dibenarkan duduk.    
     Kemudian, Cikgu Mazlan yang mempengerusikan majlis meminta semua guru berdiri di atas pentas untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan diikuti  dengan bacaan ikrar.

8.45 pagi

Ketua Murid tampil  ke depan  untuk  menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya Ketua Murid mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan para guru.  Dia juga mendoakan kesejahteraan guru-guru.

9.00 pagi

Guru Besar dipersilakan menyampaikan ucapan dan membaca perutusan Menteri Pendidikan. Semua guru dan murid memberi tumpuan dan mendengar dengan teliti. Setelah itu Guru Besar merasmikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2016.

9.30 pagi

Acara sukan yang melibatkan guru-guru dan murid-murid diadakan di padang sekolah. Guru lelaki bermain bola sepak dan lumba lari dalam guni manakala guru-guru perempuan pula bermain bola jaring serta berjalan dengan terompah gergasi. Kami sangat terhibur melihat telatah para guru.

11.00 pagi

Selepas rehat murid-murid dan guru-guru berkumpul semula di Dewan Gemilang. Acara seterusnya ialah persembahan murid-murid. Ramai murid yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti nyanyian, deklamasi sajak, lakonan dan lawak jenaka. Suasana dewan agak gamat dengan gelak   
ketawa kami melihat aksi-aksi lucu rakan-rakan yang membuat persembahan.

12.00 tengah hari

Seterusnya diadakan pula acara pemberian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru. Inilah kemuncak acara sambutan hari guru pada tahun ini. Murid-murid berebut-rebut memberikan hadiah kepada guru-  
guru. Pelbagai barangan yang terbungkus rapi dijadikan hadiah oleh  murid-murid untuk para guru

1.00 tengah hari

Semua acara sambutan hari telah berakhir. Kami semua dibenarkan pulang setelah mengemas semula dewan dan peralatan yang telah digunakan. Hari ini saya berasa sangat seronok kerana berpeluang merayakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Back to Top