Contoh Karangan SPM
WARGA TUA
Warga tua merujuk ibu, bapa,datuk atau nenek,bapa saudara atau ibu saudara yang sudah berumur. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Berdasarkan situasi ini, apakah langkah pragmatik yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka? Adakah usaha tersebut mampu membibitkan rasa dihargai dalam diri warga tua? Oleh itu, setiap persoalan yang berkaitan dengan peranan pelbagai pihak akan dikaji dengan teliti sehingga ke akar umbi.
Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, langkah efektif yang dapat mewujudkan penghargaan kepada warga tua ialah setiap ahli keluarga perlu menyayangi warga tua dengan sepenuh hati. Setiap ahli keluarga perlu menyayangi warga emas ini dengan perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi kerana warga tua merupakan insan yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa manakala bapa pula membanting tulang empat kerat memerah keringat mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Situasi ini dapat diwujudkan dengan sentiasa mengingati pengorbanan ibu bapa dan membalas jasa mereka dengan sebaik-baiknya seperti menyediakan tempat tinggal yang sempurna, menjaga mereka yang sudah tua atau uzur atau sentiasa menjenguk mereka yang tinggal di kampung dan jangan terlintas langsung di dalam fikiran untuk menghantar mereka ke rumah warga tua. Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa usaha yang utama untuk menghargai warga tua ialah menyayangi warga tua dengan sepenuh hati.
Selain itu, hujah seterusnya tentang peranan pelbagai pihak untuk menghargai warga tua ialah guru boleh mendidik pelajar agar menghormati warga tua. Peranan guru sangat penting untuk memupuk nilai menghargai warga tua dalam diri masyarakat khasnya murid-murid sekolah kerana warga tua yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Situasi ini dapat diwujudkan dengan menerapkan cara bertutur dengan sopan apabila berbicara dengan warga emas seperti tidak meninggikan suara atau menggunakan bahasa kesat kerana perbuatan sedemikian boleh mencalarkan hati warga yang berjasa ini. Contoh yang dapat dikongsi bersama-sama bagi menyokong hujah ini ialah amalan menghormati warga tua ada diterapkan oleh guru melalui subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang diajarkan di sekolah-sekolah bagi mewujudkan modal insan yang tahu menghargai warga tua. Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa peranan guru sangat penting dalam usaha menghargai warga tua.
Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan penghargaan terhadap warga tua. Hal ini perlu diberi perhatian mendalam kerana warga emas merupakan warga yang banyak berjasa dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi dan kestabilan poilitik negara. Aspirasi murni ini dapat dizahirkan apabila pihak kerajaan bersungguh-sungguh menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua yang ada di Malaysia. Sebagai tamsilnya, perkara ini boleh dilihat melalui program transformasi negara yang memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (B1RM) kepada warga tua bertujuan untuk meringankan beban sara hidup mereka serta memudahkan mereka untuk memiliki kehidupan yang lebih baik. Melalui prakarsa yang dibincangkan dalam wacana ini, nyatalah bahawa usaha pihak kerajaan akan membuatkan warga tua lebih disayangi dan dihormati.
Seterusnya, perbincangan yang keempat tentang peranan pelbagai pihak untuk menghargai jasa warga tua ialah media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan pengorbanan warga tua. Hujah ini perlu dipandang serius kerana dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya warga tua dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang dibincangkan ini mampu diwujudkan dengan menyiarkan sumbangan warga tua dalam memajukan negara atau menyelamatkan negara melalui dokumentari televisyen. Contoh yang dapat dibuktikan bagai merungkai segala persoalan ialah usaha saluran History yang disediakan oleh stesen televisyen berbayar Astro yang menyiarkan pengorbanan pihak polis mempertahankan balai bolis dalam tragedi Bukit Kepong wajar dipuji kerana usaha itu dapat menghargai sumbangan warga tua yang telah berkorban nyawa ketika mereka masih bertenaga suatu ketika dahulu. Berdasarkan mauduk yang dihuraikan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa langkah media massa menyiarkan kisah pengorbanan warga tua sangat penting untuk menyemai penghargaan kepada warga tua.
Akhir kalam, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Tanpa mereka siapalah kita. Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana pada suatu hari nanti, kita juga pasti akan melalui zaman emas tersebut dan itulah hakikat kitaran alam.