Tulis sebuah karangan yang bertajuk, " Sambutan Hari Kebangsaan".
Hari Kebangsaan disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Pelbagai acara diadakan bersempena dengan sambutan ini.
Pada hari itu, pemimpin negara berada di pentas utama. Antara pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini.
Acara dimulakan dengan upacara menaikkan bendera "Jalur Gemilang''. Semasa bendera dinaikkan, lagu "Negaraku" dinyanyikan. Setiap yang hadir menyanyikan lagu kebangsaan itu bersama-sama. Selepas itu, ikrar taat setia dilafazkan dengan penuh semangat.
Tidak lama selepas itu, upacara ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri daripada murid sekolah, pekerja sektor awam dan pekerja sektor swasta.
Acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan. Pelbagai persembahan seperti tarian, nyanyian dan sketsa diadakan. Persembahan ini meliputi pelbagai kaum dan negeri di Malaysia.
Sambutan Hari Kebangsaan disambut dengan meriah. Bagi yang tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca televisyen.