Contoh Karangan UPSR
Tulis sebuah karangan yang bertajuk, " Masa Itu Emas ".
Masa itu emas bermaksud masa itu sangat berharga. Kita tidak boleh membuang masa begitu sahaja. Masa seharusnya digunakan dengan sebaik- baiknya.
Kita mestilah pandai membahagikan masa. Masa yang cukup mestilah diperuntukkan untuk belajar dan berehat. Kita boleh membina jadual waktu untuk menyusun kegiatan harian kita.
Sikap suka membuang masa hendaklah dielakkan. Sebagai contoh, janganlah kita menghabiskan masa bermain permainan komputer terlalu lama. Kebanyakan masa yang ada tidak sepatutunya dihabiskan untuk berhibur sahaja.
Orang yang menghargai masa akan menggunakannya dengan sebaik- baiknya. Dia tidak akan melepak di pusat beli-belah. Sebaliknya dia akan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti membaca buku cerita.
Kesimpulannya, kita mestilah pandai menggunakan masa dengan berfaedah. Hal ini demikian kerana semua masa yang berlalu tidak akan berulang kembali.