Contoh Karangan SPM
SOALAN: ISU GEJALA SAMSENG DI SEKOLAH SEMAKIN LELUASA SEHINGGA MEMBIMBANGKAN BANYAK PIHAK. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SAMSENG INI?
Sedasawarsa ini, isu gejala samseng di sekolah sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia, peratus gejala samseng meningkat secara drastik dari semasa ke semasa sekali gus menyebabkan imej negara tercalar di persada dunia. Rekod polis telah menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar yang cerdik pandai telah menjadi bagai pelanduk di cerang rimba akibat gejala buli yang semakin ganas. Dalam hal ini,apakah punca gejala samseng yang menjadi duri dalam daging institusi pendidikan di negara ini?
Punca perdana yang mendorong aktiviti gejala samseng ini adalah ramai dalam kalangan pelajar kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana dengan kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa, seseorang itu akan menjadi lebih liar dan sukar dikawal oleh penjaganya. Kebiasaannya, pelajar samseng akan mempunyai sikap hedonisme dan bertindak mengikut nafsu. Lantaran itu, apabila nafsu mereka tidak dipenuhi, mereka akan melepaskan geram tersebut kepada seseorang. Hal ini jelas membuktikan bahawa mereka jarang menggunakan akal fikiran mereka yang waras dalam membuat sesuatu keputusan dan pertimbangan, persis kata orang tua-tua, akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, nafsu ialah rasuah yang akan menggulingkan menteri dan raja itu. Gejala samseng ini berlaku apabila pelajar yang lemah dan muda daripada mereka menjadi sasaran utama bagi samseng yang ingin memuaskan nafsunya. Sebagai contoh, pembuli tingkatan empat yang tidak dapat merokok untuk seharian suntuk akan melepaskan perasaan yang terpendam terhadap mangsa yang berada di tingkatan dua iaitu pelajar yang lebih muda daripadanya. Jika ibu bapa memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak mereka, maka gejala buli ini akan berkurangan dan mungkin akan menemui titik noktahnya. Jelaslah bahawa, isu gejala samseng di dada akhbar dapat dikurangkan apabila ibu bapa memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Dalam pada itu, pelajar kurang mendapat didikan agama dan moral secukupnya merupakan pencetus gejala samseng di sekolah. Dalam Al-Quran telah dijelaskan bahawa Islam merupakan agama yang syumul justeru Islam menyeru umat mansia melakukan kebaikan dan melarang umat manusia melakukan kejahatan. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, pelajar yang kurang didikan agama dan moral sudah pasti tidak tahu membezakan antara buruk dan baik. Selain itu,mereka juga tidak mempunyai misi hidup seperti kapal yang berlayar tanpa haluan. Sehubungan dengan itu, mereka sering melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan impaknya pada kemudian hari. Tambahan pula,umur mereka yang setahun jagung itu menyebabkan mereka tidak pernah terlintas yang masa depan mereka semakin kabur apabila mereka menjadi seorang samseng. Tamsilnya, seorang pelajar yang bergelar samseng di sekolah mungkin tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading sebaliknya menghabiskan hidup dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Seandainya pelajar mendapat didikan ilmu agama dan moral yang mustaid, sudah pasti gejala samseng dapat dikekang dengan mudah. Tegasnya, pelajar yang kurang didikan agama dan moral mudah terdorong menjadi seorang samseng yang seterusnya menjadi barah kepada masyarakat.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor gejala samseng leluasa dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana rakan sebaya akan mempengaruhi pertumbuhan sosial seseorang pelajar. Secara psikologi, gerak gerik dan perlakuan pelajar yang negatif lebih kuat pengaruhnya ke atas pelajar yang berkawan dan rapat dengannya. Pelajar yang menyimpang tingkah lakunya akan mencuba untuk mempengaruhi kawan-kawannya yang untuk menyertai tindakannya yang negatif itu. Di sebuah sekolah, pelajar bebas bergaul antara satu sama lain tanpa memikirkan bangsa,latar belakang dan kaum yang berbeza-beza yang dihimpunkan di dalam satu institusi pendidikan yang sama. Oleh itu, pelajar yang menjadi samseng itu dianggap sebagai nila setitik yang merosakkan susu sebelanga. Sebagai contoh, pelajar yang menjadi samseng akan menyebabkan prestasi sekolah itu menurun dan pada masa yang sama menjejaskan nama baik sekolah itu kesuluruhannya. Sekiranya pelajar menjauhi gejala samseng ,prestasi sesebuah sekolah akan terpelihara. Sudah terang lagi bersuluh, gejala samseng di sekolah dapat diatasi jika seseorang pelajar itu memilih rakan sebaya yang cenderung ke arah kelakuan positif.
Di samping itu,media massa merupakan penyumbang utama kepada gejala samseng dalam kalangan belia di bangku sekolah.Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada menyebarkan maklumat yang bermanfaat. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam jiwa remaja terutama pelajar sekolah. Adegan-adegan lucah telah menjadi halwa mata yang menjadi keutamaan bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru gaya dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya ‘punk’, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi gejala samseng yang semakin leluasa. Secara tidak langsung, aktiviti ini mencetus kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari identiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini.Seandainya, media massa menapis kandungan filem tersebut,kemungkinan peratus pelajar yang terjerumus dalam gejala samseng dapat dikurangkan.Pendek kata, media massa juga merupakan faktor utama gejala samseng semakin leluasa di sekolah.
Jika ditinjau dari aspek pendidikan pula, terdapat banyak ruang kosong yang harus dipenuhi bagi mengatasi gejala samseng di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pendidikan di Malaysia lebih banyak menekankan kecemerlangan akademik berbanding sahsiah.Pelajar sering di ajar cara untuk menjawab soalan bagi menghadapi peperiksaan berbanding cara untuk menjadi insan yang bersahsiah demi menjalani kehidupan yang sebenar. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia sering menguji pelajar dari aspek pendidikan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR),Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) berbanding sahsiah yang hanya diajar melalui subjek Sivik dan Kewarganegaraan.Berdasarkan sejarah,tamadun yang berjaya ialah masyarakat yang mempunyai adab dan sahsiah yang tinggi .Jika kerajaan memberikan penekanan sedikit terhadap pendidikan sahsiah pelajar, maka sudah pasti gejala samseng di sekolah akan berkurangan.Sesungguhnya, kerajaan harus menggubal satu sistem pendidikan negara yang lebih mementingkan sahsiah bagi mengatasi gejala samseng di sekolah.
Tuntasnya, isu gejala samseng di sekolah tidak seharusnya dibiarkan terus merebak. Semua pihak seharusnya bersinergi mengatasi gejala samseng ini yang sudah pastinya banyak memberi onar kepada banyak pihak. Ibu bapa memainkan peranan peri vital kerana mereka merupakan ihsan yang paling rapat dengan para remaja. Aforisme pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara menunjukkan betapa pentingnya remaja kepada negara. Oleh sebab itu, generasi sekarang yang sudah tersasar dari landasan yang benar perlu ditarik balik untuk kembali ke pangkal jalan agar negara kita mampu melahirkan generasi minda kelas pertama yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan juga cemerlang dalam bidang akademik.
(1017 patah perkataan)