-->

Type something and hit enter

Pages


On
Tulis sepucuk surat kepada datuk dan nenek kamu di kampung untuk memberitahu bahawa kamu akan pulang lewat ke sana pada musim cuti nanti.

                                                                                 No. 6G, Lorong 4E, Jalan Krokop,
                                                                                 98000 Miri.
                                                                                 6 Mar 2010.

Ke hadapan nenda berdua yang kini berada di Kampung Saratok dengan selamatnya.
Nenda,

Bagaimanakah keadaan nenda berdua di sana? Cucunda berharap agar nenda berada dalam keadaan sihat. Cucunda dan keluarga di sini, sihat-sihat sahaja.

Tujuan cucunda menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa cucunda akan pulang lewat ke kampung pada cuti persekolahan yang akan datang. Cucunda akan menyertai pertandingan bola tampar di sekolah. Pertandingan bola tampar itu adalah antara sekolah-sekolah rendah di daerah ini.

Cucunda berharap agar nenda berdua bersabar menanti kepulangan cucunda ke sana. Mungkin cucunda akan pulang dengan bonda saja. Ayahanda tidak dapat pulang ke kampung kerana terpaksa bertugas ke Korea.

Setakat ini sahaja yang dapat cucunda tuliskan pada kali ini. Doakanlah kejayaan cucunda dalam pertandingan itu. Semoga bertemu nanti.

                                                                               Cucundamu yang jauh,
                                                                               Isaac Ting
Back to Top