Contoh Karangan UPSR
Tulis sebuah karangan yang bertajuk " Guru Besar Saya".
Encik Tony Tie Hung Teck ialah guru besar saya. Beliau berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop, Miri.
Setiap pagi beliau pergi ke sekolah dengan menaiki kereta dan sampai di sekolah pada pukul enam pagi. Apabila sampai di sekolah, beliau melihat senarai tugas yang terletak di atas mejanya.
Pada setiap hari Isnin, perhimpunan sekolah diadakan. Beliau akan memberikan ucapan kepada semua pelajar tentang kebersihan, disiplin, kemajuan pelajar dan menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Selain itu, beliau juga mengajar pelajar tahun enam bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Beliau perlu menghadiri banyak mesyuarat yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta pihak sekolah. Beliau selalu sibuk dan dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan.
Tugas dan tanggungjawab beliau sangat berat. Walau bagaimanapun, beliau tetap akan berusaha untuk melaksanakan tugasnya dengan baik sekali.