Bermula dari tahun 2011, novel bagi Tingkatan Dua akan bertukar.
Salah satu novel yang telah dipilih ialah “DI SEBALIK WAJAH’. Hasil
karya dariapada Abang Saifuddin Abang Bohari.
Novel ini mengisahkan seorang budak balar, iaitu manusia yang dilahirkan tanpa pewarna semula jadi pada rambut dan kulitnya yang menyebabkan rambut dan kulit berwarna putih. Budak itu juga diberi nama yang agak unik, iaitu Doktor Fikri (Dia memang bukan seorang doktor perubatan atau doktor PHD).
Setiap ibu bapa yang menunggu kehadiran cahaya matanya akan berdoa agar memperoleh anak yang sempurna anggota badan, sihat dan comel. Oleh itu, adakah Cikgu Saiful dan isterinya Puan Halipah sanggup menerima kehadiran seorang anak yang cacat dari segi kulit, iaitu balar?
Dia menangis. Di Kolopak matanya tergenang
air mata kesal. Bayi di dalam bekas kaca itu sedang nyenyak
dengan nafasnya turun naik, pantas. Bibirnya begitu halus.
Kulitnya merah, memang jauh berbeza daripada warna kulit
bayi-bayi lain. Perlahan-lahan dia meletakkan telapak
tangannya di bawah kepala bayi berambut kuning keemasan
itu dan sebelah lagi tapak tangannya di bawah punggung.
Dengan berhati-hati dia mengangkatnya. Bayi itu menggeliat
menggerakkan kedua-dua belah tangan montelnya yang
bersarung. Ternyata bayi itu tidak seperti bayi-bayi lain.
Dia membenamkan hidungnya ke pipi bayinya yang
tidak seperti bayi-bayi lain.
Setelah membaca novel ini, cikgu ingin berkongsi sinopsis novel ini dengan pelajar dan rakan sejawatan. Semoga bahan tersebut dapat memberikan manfaat kepada anda. Cikgu berharap agar pelajar Tingkatan Satu tahun ini mengambil kesempatan dalam cuti sekolah untuk membaca novel tersebut.
Muat Turun Sinopsis bagi novel Di Sebalik Wajah