KARANGAN SPM - Peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahan untuk tatapan generasi akan datang.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, ini ialah peribahasa yang perlu kita jadikan pegangan dan panduan dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal sebagai permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk satu tempoh tertentu. Sejak dua tiga dekad ini, dapat kita saksikan betapa permainan tradisional semakin ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan masa kini. Pada masa yang sama, permainan elektronik semakin diagung-agungkan dalam kalangan masyarakat masa kini. Dalam konteks ini, permainan tradisional semakin dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia dek pengaruh permainan elektronik yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat seantero dunia. Persoalannya kini, adakah kita bersedia untuk melihat satu-satunya warisan daripada nenek moyang kita hilang begitu sahaja secara perlahan-lahan tanpa kita sedari, ibarat daun kering yang terbang ditiup angin? Adakah kita sanggup melihat masyarakat sekarang semakin jatuh jauh ke dalam kancah permainan elektronik yang sebenarnya tanpa kita sedar atau tidak banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan bagi seseorang itu sendiri. Persoalan yang sering menerjah dan menerawang di gawang minda fikiran kita ialah apakah peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan lagi permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia? Antara peranan pelbagai pihak yang boleh dilakukan ialah menganjurkan kelab permainan tradisional dan mengadakan kempen untuk mengangkat martabat permainan tradisional ke tahap yang lebih tinggi. Oleh hal yang demikian, pelbagai prakarsa yang konkrit, sistematik lagi pragmatik akan dikupas serta disegarkan dengan lebih terperinci demi kemaslahatan semua pihak yang masih tercari-cari tongkat mereka untuk dijadikan panduan.
Suatu hakikat yang tidak boleh dipertikaikan ialah ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya anak-anak. Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa sering menjadi suri teladan untuk anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa. Hal ini adalah kerana, setiap perbuatan ibu bapa akan dicontohi anak-anak seperti peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membelikan anak-anak permainan tradisional sebagai hadiah atau buah tangan sekiranya ibu bapa pulang dari bekerja di luar daerah seperti congkak dan gasing. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menurunkan ilmu yang dipelajarinya satu ketika dahulu kepada anak-anak mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain dengan permainan tradisional. Peribahasa yang berkaitan dengan hal ini ialah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Secara langsung, anak-anak dapat mewarisi permainan tradisional daripada ibu bapa mereka tentang teknik dan cara- cara bermain. Sekiranya, ibu bapa memainkan peranan mereka maka, permainan tradisional ini akan kekal sepanjang zaman walaupun sudah berdekad-dekad lamanya. Tegasnya, peranan ibu bapa amat signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional yang semakin ditelan zaman agar dapat terus diwarisi dari generasi ke generasi.
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan pihak sekolah juga merupakan salah satu usaha yang penting untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan remaja di Malaysia. Dalam konteks ini, pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah supaya pelajar lebih mengenali dan meminati permainan tradisional kerana tak kenal maka tak cinta. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menganjurkan kelab permainan tradisional sejak awal lagi supaya usaha-usaha lain dapat dilakukan melalui kelab tersebut. Dalam hal ini, untuk menarik minat pelajar menyertai program-program yang dianjurkan, pihak persatuan boleh menjemput tetamu dari luar yang mahir dalam permainan tradisional untuk membimbing mereka tentang cara dan teknik bermain permainan tradisional yang betul. Secara langsung, para pelajar dapat mendominasi permainan tradisional dengan lebih baik lagi kerana jauhari juga yang mengenal manikam. Tambahan pula, pihak sekolah boleh mengadakan acara dan pertandingan yang menarik yang boleh disertai oleh para pelajar dan guru. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak alatan permainan tradisional yang boleh digunakan di sekolah bagi memudahkan para pelajar untuk menggunakan alatan permainan tradisional. Secara tidak langsung, para pelajar akan lebih mendekatkan diri dengan permainan tradisional dan mengekalkan warisan bangsa dalam diri setiap pelajar. Begitu juga halnya dengan pengekalan permainan tradisional yang perlu ditekankan oleh setiap pihak agar warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Izharlah bahawa, pihak sekolah mestilah memainkan peranan untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan remaja di Malaysia.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ialah media massa perlu memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Umum mengetahui bahawa, media massa merupakan suatu medium yang sentiasa menguar-uarkan sesuatu berita dengan cepat, tepat dan sahih. Bertitik tolak daripada itu, pihak media massa boleh menghebahkan tentang permainan tradisional melalui surat khabar, majalah, radio, Internet dan televisyen. Tambahan pula, media massa boleh menganjurkan pertandingan melalui program seperti jom heboh dengan tawaran hadiah yang lumayan. Yang paling nyata ialah apabila media massa memaparkan iklan-iklan yang menarik mengenai permainan tradisional kita maka, masyarakat dari negara luar akan tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang permainan tradisional ini. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa media massa mampu mendominasi seluruh masyarakat di setiap ceruk rantau dunia. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sukan sepak takraw yang kini telah diangkat sebagai salah satu acara sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa iaitu piala dunia. Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa negara luar seperti Thailand kini telah menguasai sukan sepak takraw dan mampu menandingi Malaysia. Impaknya, media massa yang memaparkan sukan ini dapat mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat seantero dunia tanpa mengira perbezaan latar belakang, agama, bangsa dan negara. Jelaslah bahawa, media massa perlu bergerak dengan lebih giat lagi dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia agar diangkat lebih tinggi hingga ke peringkat antarabangsa dan membuka mata dunia tentang keistimewaan negara yang bernama Malaysia.
Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan merupakan peranan yg penting dalam mengekalkan permainan tradisional. Beritik tolak daripada itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dapat mengekalkan permainan tradisional dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri dan kebangsaan. Sebagai analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional yang hampir tenggelam oleh peredaran zaman. Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh memperluaskan permainan tradisional negara Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Melalui cara ini, rakyat dapat membuka mata bahawa permainan tradisional juga dapat dibawa ke peringkat antarabangsa dan mendapat perhatian di mata dunia. Sebagai contohnya, permainan wau dan layang-layang. Tambahan pula, ramai pelancong asing melawat ke Malaysia untuk melihat pertandingan layang-layang yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia pada saban tahun. Secara eksplisitnya, rakyat Malaysia tidak mudah untuk melupakan permainan tradisional yang semakin pudar di mata rakyat. Dalam konteks ini, pihak kerajaan boleh memperkenalkan program Cintai Permainan Tradisional agar rakyat mampu menyelami dan mempelajari permainan tradisional dengan lebih mendalam. Dengan cara ini, permainan tradisional tidak akan mudah terhakis pada zaman akan datang. Izharlah bahawa, pihak kerajaan mampu melestarikan permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia hingga ke tahap antarabangsa.
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirul kalam seluruh masyarakat Malaysia tidak seharusnya membiarkan warisan Malaysia yang berharga seperti permainan tradisional ini lenyap terus daripada muka bumi ini. Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni, isu ini akan dapat ditangani oleh masyarakat Malaysia dan warisan paling berharga ini akan tetap diamalkan dari generasi ke generasi akan datang. Tambahan pula, kita sebagai pewaris khazanah negara tidak mungkin akan membiarkan permainan tradisional ini terus menjadi sejarah yang hanya diketahui namanya sahaja dan tiada siapa pun yang dapat mewarisi kemahiran atau teknik bermain permainan tradisional untuk diturunkan kepada generasi pada masa akan datang. Bertitik tolak daripada itu, kita sebagai penerus warisan negara perlu mengambil inisiatif yang pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat memanifestasikan generasi pewaris negara yang tidak akan melupakan warisan mereka seperti kacang lupakan kulit. Dalam konteks ini, generasi sekarang perlulah memupuk rasa cinta akan warisan negara agar dapat menyanjung dan menghargai warisan negara dari rebungnya lagi. Pada masa yang sama, masyarakat Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam memastikan warisan negara ini sentiasa terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman serta terus hidup subur di dalam hati, fikiran dan diri masyarakat itu sendiri. Prakarsa yang diambil memerlukan komitmen yang padu daripada semua pihak dan bukannya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja. Kendatipun demikian, kita masih perlu menjangkau sehabis tangan bagi mempertahankan khazanah warisan tinggalan nenek moyang kita yang ulung ini agar tidak dilupakan terus oleh masyarakat. Marilah kita sama-sama menjangkau sehabis tangan untuk mencorakkan masa depan negara dengan warna seindah pelangi dalam merealisasikan misi dan visi kudsi Wawasan 2020.