-->

Type something and hit enter

Pages


On
Latar Tempat Novel Sejambak Bakti karyag Rejab F.I Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan,  Perlis Sebuah sekolah yang terdapat empat buah bangunan yang bercat kuning tersergam indah. Pengetua sekolah ialah Cikgu Syamsudin. Sekolah itu mementingkan disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Sekolah itu terdapat kedai koperasi, bangsal ternakan ayam telur dan sebagainya. Kebanyakan pelajar daripada keluarga petani. Salah satu peristiwa yang penting yang berlaku di sekolah itu ialah Munir dirotan oleh pengetua di hadapan perhimpunan kerana melanggar pelbagai masalah disiplin. Selain itu, Koperasi Sekolah itu telah berjaya memenangi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu. Tambahan lagi, terdapat peristiwa tenang pertemuan antara Razali dengan bapa kandungnya, iaitu Pak Ramli. Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayang Kedai koperasi itu diuruskan oleh seorang pembantu kedai, 12 orang pelajar dan empat orang guru yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Kedai koperasi itu menjual pelbagai bahan keperluan pelajar, seperti alat-alat tulis, baju sukan, buku dan sebagainya. Salah satu peristiwa yang berlaku di kedai koperasi itu ialah Munir telah mencerobahi kedai itu dan mencuri wang sebanyak RM200 serta sengaja menjadikan semua barangan jualan bertaburan di lantai. Bukan itu sahaja, dua orang polis telah datang ke kedai koperasi itu untuk membuat siasatan. Mereka mendapati bahawa pintu kedai tidak dikopak orang. Oleh itu, mereka mengesyaki penceroboh itu ialah pemilik kunci kedai koperasi. Akibatnya Razali telah dibawa ke balai polis untuk mendapat siasatan lanjut. Selain itu, terdapat peristiwa tentang semua ahli lembaga pengarah bekerjasama untuk mengemaskan bilik kedai koperasi itu sebagai persediaan untuk menghadapi Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah tetapi Munir tidak hadir dan bermain bola di padang. Rumah Razali Ramah Razali terdapat di kawasan sawah. Razali tinggal bersama dengan ibunya Mak Sopiah dan ayah tirinya, Pak Zakaria . Salah satu peristiwa yang berlaku di rumah itu ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu setelah mendengar fitnah daripada Munir bahawa Razali telah mencerobohi kedai koperasi dan mencuri wang. Peristiwa lain yang menarik ialah Munir datang ke rumah Razali dan meminta maaf kepada Mak Sopiah dan Pak Zakaria atas fitnahnya terhadap Razali sehingga nama keluarga mereka terjejas. Selain itu terdapat peristiwa ialah Razali meminta ibunya supaya memberitahu nama bapanya dan kedudukan bapanya ketika itu tetapi Mak Sopiah enggan memberitahu keadaan bapanya kepada Razali Pondok di tengah Sawah Pondok itu tidak jauh dari rumah Razali. Tempat itu sunyi dan lapang. Oleh itu saban hari, Razali akan mengulang kaji pelajar di pondok itu. Selain itu, dia juga mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengulang kaji di situ. Ketika menghadapi fitnah dan dimarahi oleh bapa tirinya, Razali akan berada di pondok itu untuk menenangkan jiwanya. Di samping itu, Razali juga membantu Munir dalam pelajaran di pondok itu setelah Munir insaf akan kesalahan. Maktab Kerjasama, Petaling Jaya Razali dan wakil-wakil sekolah lain telah dipilih untuk menyertai kursus seluruah koperasi sekolah Malaysia di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Razali telah mendapat banyak ilmu pengetahuan tenang koperasi dalam kursus itu.   Latar Masa Latar masa bagi novel ini ialah pada zaman sekarang. Terdapat latar masa pagi, petang dan malam. Latar masa pagi Peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah ketika Razali dan beberapa orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut kerana kedai koperasi mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual bertaburan di lantai. RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli. Peristiwa yang menarik yang lain ialah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah menenangi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu. Selain itu, peristiwa yang menarik ialah Razali dapat bertemu dengan bapa kandungnya, Pak Ramli pada waktu pagi juga. Latar masa petang Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah Razali telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam di tengah jalan setelah pulang dari sekolah. Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Peristiwa lain yang berlaku pada waktu petang ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah setelah mendengar fitnah daripada Munir dan Leong. Latar masa malam Peristiwa menarik yang berlaku pada waktu malam ialah satu lembaga hitam telah membuka pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu masuk ke dalam kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah kedai itu sehingga barang-barang di kedai itu besepah dan tunggang-langgang
Back to Top