Pada pendapat soalan ini agak sukar kerana memerlukan pelajar menjelaskan peranan anda untuk membantu golongan rakan sebaya kurang upaya. Penulisan anda perlu menggunakan kata ganti nama saya.
Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan berterusan daripada pelbagai pihak supaya mereka turut memberi sumbangan berkesan kepada negara.
Sebagai seorang pelajar, apakah peranan yang dapat anda mainkan untuk membantu atau menghargai golongan Orang Kurang Upaya (OKU)?
Takrif orang kurang upaya (OKU) ialah insan yang kurang bernasib baik kerana mengalami kecacatan kekal sama ada dalam bentuk kecacatan fizikal atau mental. Kecacatan fizikal seperti buta, pekak, cacat anggota, manakala cacat mental seperti ‘sindrom down’ dan tergencat akal. Mereka terpaksa mengharung suatu perjalanan sukar untuk hidup sempurna seperti golongan normal dek kecacatan yang dialami. Mereka mengalami perasaan rendah diri, tersisih daripada arus perdana masyarakat, dan sukar menghadapi kehidupan hari-hari mendatang tanpa sokongan ahli keluarga terdekat. Pada hari ini jumlah OKU di negara ini dalam semua kategori telah meningkat sehingga 4000 orang. Hal yang demikian, menunjukkan golongan tersebut tidak boleh dibiarkan meneruskan kehidupan dalam kedaifan. Mereka sepatutnya diberikan peluang untuk meneruskan hidup atas kudrat yang ada pada mereka atau dengan perkataan lain mereka harus berdikari.
Sebagai seorang insan yang sempurna fizikal dan mental saya haruslah bersukur kepada Allah kerana mengurniakan kesempurnaan anggota badan. Namun begitu, saya akan menghargai keberadaan insan orang kurang keupayaan yang hidup bersama-sama saya. Saya akan cuba untuk memotivasi mereka agar mereka meneruskan usaha sehingga berjaya dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana orang kurang upaya juga mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Sebagaimana kita sedia maklum, terdapat orang kurang upaya yang berjaya di negara kita, antaranya Prof. Ismail Saleh, pakar ekonomi negara, seorang penyarah dan beliau juga menjadi orang cacat pertama memperoleh ijazah kedoktoran, Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D Strike Solution pemasangan karpet terkenal di Malaysia, dan pernah memenangi anugerah OKU Kecemerlangan bahagian Keusahawanan Malaysia, dan Tuan Atan merupakan seorang peguam dan berperanan menggubal akta OKU di Malaysia. Oleh sebab itu, saya akan memberikan motivasi kepada rakan-rakan OKU yang berada di sisi saya untuk meneruskan kecemerlangan yang mereka ada berdasarkan kecemerlangan orang kurang upaya seperti saya nyatakan di atas. Sekiranya saya mampu memberikan motivasi kepada rakan-rakan OKU, saya yakin mereka mampu berjaya dalam kehidupan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Mereka juga boleh berjaya seperti orang lain sekiranya ada usaha kerana usaha itu tangga kejayaan. Tegasnya, saya akan cuba untuk memotivasi mereka agar meneruskan usaha mereka sehingga berjaya.
Selain itu, saya juga akan menggalakkan golongan sahabat OKU untuk menyertai mana-mana persatuan OKU yang terdapat di daerah, negeri ataupun peringkat kebangsaan. Hal ini kerana melalui persatuan seperti ini, golongan sahabat OKU akan dapat bertemu dengan rakan-rakan seperti mereka. Di tempat sebegini juga mereka dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman sebagai orang kurang upaya terutama berkongsi pengalaman kejayaan mereka dala kehidupan. Selain itu, di tempat-tempat sebegini juga mereka sedar bahawa mereka bukan keseorangan dan mereka mempunyai sahabat yang berusaha untuk terus berjaya dalam suasana negara yang sedang membangun. Bahkan juga, dengan adanya persatuan seperti ini, mereka akan mendapat banyak info berkaitan golongan orang kurang upaya malah mereka juga akan tahu bantuan-bantuan yang boleh mereka dapati sekarang sama ada melalui bantuan badan bukan kerajaan dan kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan dan sebagainya. Sesunggunhya, dengan menyertai badan-badan atau persatuan OKU, sahabat-sahabat OKU akan dapat memotivasikan diri mereka untuk berjaya sebagaimana kejayaan sahabat OKU lain. Bahkan juga mereka akan berasa diri mereka tidak dipinggir oleh masyarakat dan mereka juga boleh berjaya seperti orang lain. Sekiranya, sahabat OKU dapat menyertai persatuan OKU, mereka akan mampu berjaya seperti orang lain kerana mereka juga mempunyai hak untuk berjaya. Tegasnya, sebagai rakan saya akan menggalakkan golongan sahabat OKU untuk menyertai mana-mana persatuan OKU yang terdapat di daerah, negeri ataupun peringkat kebangsaan.
Sebagai seorang sahabat OKU, saya juga akan menggalakkan mereka untuk mendaftar diri ke Kementerian Pendidikan untuk mengikuti pendidikan khas yang menempatkan pelajar OKU. Selain itu, saya akan cuba menyedarkan rakan-rakan OKU betapa pentingnya mereka mengikuti pembelajaran di sekolah pendidikan khas ini. Sebagaimana kita sedia maklum Kementerian Pendidikan Malasyia telah mewujudkan sekolah pendidikan khas untuk mengelakkan pelajar OKU tercicir dari aliran pendidikan perdana. Di sekolah pendidikan khas, pelajar OKU akan mendapat pendidikan sejajar dengan kebolehan mereka, di samping mereka akan didedahkan kepada kemahiran sama ada teknik atau vokasional untuk mereka dapat meneruskan kehidupan. Oleh sebab itu, objektif sekolah pendidikan khas adalah untuk mendedahkan mereka kepada pembelajaran mengikut kebolehan agar pendidikan yang mereka terima dapat mendedahkan mereka untuk berdikari apabila dewasa nanti tanpa memerlukan bantuan daripada ibu bapa. Sekiranya, sahabat-sahabat OKU saya dapat mengikuti pendidikan di sekolah pendidikan khas ini, mereka akan dapat meneruskan kehidupan mereka seperti rakan-rakan mereka yang lain. Tegasnya, Sebagai seorang sahabat OKU, saya juga akan cuba menggalakkan mereka untuk mendaftar diri ke Kementerian Pendidikan untuk mengikuti pendidikan khas yang menempatkan pelajar OKU.
Selain itu, sebagai seorang rakan OKU, saya akan cuba untuk memberi penerangan yang jelas kepada ibu bapa rakan OKU supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah pendidikan khas. Hal ini kerana ada sebilangan ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka digelar sebagai OKU kerana mereka beranggapan bahawa anak-anak mereka perlu menerima pembelajaran seperti pelajar-pelajar yang lain. Oleh sebab itu, saya akan cuba untuk menjelaskan betapa ruginya ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menerima pendidikan aliran perdana. Namun, saya bukan bertujuan untuk memperlekeh sahabat OKU atas kekurangan yang mereka alami tetapi saya cuma perlu meyakinkan ibu bapa OKU bahawa kerajaan amat prihtain dan cuba sedaya upaya membantu golongan OKU. Sekiranya ibu bapa terus menghantar anak-anak mereka mengikuti pendidikan aliran perdana, sudah pasti anak-anak mereka akan tercicir berbanding pelajar-pelajar lain bukan OKU. Tambahan pula, sekiranya anak-anak mereka dapat menerima pembelajaran di sekolah berpendidikan khas banyak agensi kerajaan akan memberikan bantuan kepada mereka setelah mereka menamatkan pengajian di sekolah aliran pendidikan khas. Bahkan juga, anak-anak mereka akan dapat bersaing dengan rakan-rakan OKU yang lain untuk mendapat tempat dalam peperiksaan antara pelajar OKU. Tegasnya, sebagai seorang rakan pelajar OKU, saya saya akan cuba untuk memberi penerangan yang jelas kepada ibu bapa rakan OKU supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah pendidikan khas.
Akhirnya, sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk murid bekerperluan khas terutama apabila program pemerkasaan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) dijalankan oleh pihak kerajaan. Sebanyak 23 program khusus boleh disertai rakan-rakan pelajar OKU seperti kemahiran yang ditawarkan antaranya penyediaan dan pembuatan makanan, operator pengeluaran pemprosesan makanan dan proses kimpalan arka kepingan logam dan sebagainya. Dengan ada pendidikan khas seperti di atas, murid berkeperluan khas akan dapat menimba ilmu untuk mereka gunakan apabila mereka dewasa nanti. Sekiranya, rakan-rakan OKU, dapat meneruskan pelajaran di Sekolah Vokasional mereka akan dapat menimba ilmu dan menggunakan ilmu tersebut untuk kepentingan mereka apabila dewasa nanti. Perlu diingat, sebagaimana saya nyatakan di atas banyak golongan OKU berjaya d Malaysia seperti antaranya Prof. Ismail Saleh, pakar ekonomi negara, seorang penyarah dan beliau juga menjadi orang cacat pertama menerima memperoleh ijazah kedoktoan, Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D Strike Solution pemasangan karpet terkenal di Malasyia, dan pernah memenangi anugerah OKU Kecemerlangan bahagian Keusahawanan Malaysia, dan Tuan Atan merupakan seorang peguam dan berperanan menggubal akta OKU di Malaysia. Tegasnya, sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk murid berkerperluan khas.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sebagai rakan pelajar OKU saya perlu memainkan peranan untuk membantu mereka untuk berjaya seperti orang lain. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa Melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU. Mereka juga berhak untuk berjaya seperti rakan-rakan mereka di aliran perdana tetapi perlu betul caranya. Diharapkkan dengan usaha-usaha yang saya lakukan di atas saya akan dapat membantu rakan OKU untuk berjaya. Semoga mereka akan berjaya seperti rakan-rakan seangkatan dengan mereka.