-->

Type something and hit enter

Pages


On
PECUTAN UPSR: Contoh-Contoh Karangan UPSR BM Untuk Murid Lemah

Penulisan karangan merupakan bahagian yang paling lemah untuk murid-murid dalam menjawab Peperiksaan UPSR Bahasa Melayu Kertas 2 (penulisan). Untuk mendapat markah yang tertinggi atau untuk lulus bahagian ini, murid-murid kenalah tahu merancang isi-isi dalam karangan mereka. Di bawah merupakan contoh-contoh karangan BM untuk murid-murid lemah. Diharapkan koleksi karangan ini dapat menjadi rujukan untuk calon-colon UPSR tahun ini.

Contoh-contoh karangan Bahasa Melayu:

1. Hobi Saya

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang. Setiap orang ada hobi.

Hobi saya ialah membaca mengulangkaji buku. Saya dapat banyak faedah dengan membaca. Saya membaca buku pada masa lapang.

Membaca memberikan ilmu pengetahuan kepada saya. Saya selalu meminjam buku dari perpustakaan. Saya meminjam buku-buku seperti buku rujukan, sejarah, cerita dan lain-lain.

Tabiat membaca juga dapat memperbaiki bahasa saya. Saya dapat mempelajari istilah-istilah baru. Amalan murni ini banyak membantu dalam pelajaran saya. Saya dapat mengulangkaji pelajaran dengan senang.

Saya akan mengamalkan hobi ini untuk selama-lamanya.

2. Perpustakaan Sekolah Saya

Perpustakaan merupakan suatu gedung ilmu. Di sekolah saya ada sebuah perpustakaan.

Perpustakaan sekolah saya kecil tetapi cantik. Di dalam perpustakaan ada pelbagai jenis buku. Contohnya seperti buku rujukan, buku cerita dan majalah. Buku-buku disusun teratur dan rapi.

Kami boleh meminjami buku dari perpustakaan. Buku-buku yang dipinjam mesti dipulangkan dalam masa 2 minggu. Kami juga boleh membaca buku dan membuat ulangkaji di perpustakaan.

Murid-murid tidak dibenarkan bising di perpustakaan. Seorang guru ditugaskan untuk menjaga perpustakaan. Guru perpustakaan sekolah saya ialah Puan M.Selwe.

Saya sangat suka akan perpustakaan sekolah saya. Ia mendatangkan banyak faedah kepada saya.

3. Aku sebuah basikal

Aku sebuah basikal. Nama saya ialah 『BMX』. Saya dilahirkan di sebuah kilang membuat basikal di Shah Alam.

Badan saya diperbuat daripada besi. Saya berwarna biru. Badan saya dipasang dengan dua tayar.

Setelah siap, saya dihantar ke kedai menjual basikal. Saya dihantar melalui sebuah lori ke kedai. Pemilik kedai telah membersihkan saya. Saya dipamerkan di kedai. Beliau meletakkan tanda harga pada badan saya.

Pada suatu hari, datang seorang budak ke kedai. Nama budak itu ialah Rajan. Dia melihat saya selama satu jam. Dia tertarik hati pada diri saya. Dia terus membeli saya pada harga RM 3,000.

Rajan menjaga saya dengan baik. Dia menunggang saya ke sekolah tiap-tiap hari. Rajan mencuci saya dua kali seminggu. Saya berasa gembira dan bangga mendapat tuan sepertinya.

4. Kebaikan menonton televisyen

Televisyen merupakan alat elektronik yang dicipta oleh manusia. Kini, setiap rumah ada televisyen.

Terdapat banyak kebaikan dengan menonton televisyen. Televisyen memberi maklumat kepada penonton. Televisyen menyiarkan laporan-laporan berita. Melalui berita, kita mengetahui peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, televisyen juga memberi pengetahuan kepada penonton terutamanya kepada para pelajar. Rancangan-rancangan pelajaran seperti TV Pendidikan amat berguna kepada pelajar.

Di samping itu, televisyen juga menjadi media di antara penjual dan pembeli. Televisyen menayangkan iklan-iklan menarik tentang sesuatu barang. Iklan menolong melariskan jualan barang.

Kesimpulannya, menonton televisyen memang menyumbangkan banyak kebaikan kepada manusia.

5. Perkhemahan Pengakap

Pada cuti penggal yang pertama, kami ahli pasukan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladan Tupah mengadakan perkhemahan di pinggir Hutan Lipur,Perak. Rombongan kami bertolak pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki sebuah bas.

Kami tiba di sana selepas sejam. Setelah menurunkan semua kelangkapan yang dibawa, kami pun menjalankan tugas masing-masing. Kami bekerjasama mendirikan khemah, mencari kayu api dan menjerang air.

Kerja-kerja memasak dan mengambil air dilakukan oleh ahli pengakap yang lain. Mereka mengambil air dari sungai yang berhampiran dengan tapak perkhemahan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perkhemahan. Antaranya ialah kawad kaki, pertolongan cemas, mendaki gunung dan pertandingan khemah terbersih.

Perkhemahan yang diadakah selama tiga hari itu, banyak memberi pengetahuan dan pengalaman kepada kami. Kami berasa sungguh seronok.

6. Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum lebih mendatangkan kebaikan kepada para pelajar.

Kegiatan kokurikulum merangkumi persatuan,kelab, permainan dan sukan. Ia kini diadakan di semua sekolah. Dengan adanya kegiatan kokurikulum, para murid akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Dengan ini murid-murid dapat mengasah bakat mereka yang sedia ada.

Melalui kegaitan kokurikulum ini juga, murid-murid dapat dilatih menjadi seorang yang berdisiplin. Contohnya, melalui penyertaan di dalam pasukan pengakap, murid-murid dikehendaki menghormati pemimpin dan sentiasa menjaga disiplin diri.

Di samping itu, melalui aktiviti kegiatan kokurikulum, murid-murid akan dilatih untuk bekerjasama serta saling menghormati antara satu sama lain. Dengan ini negara kita dapat terus hidup dengan aman.

Justeru itu, melalui kegiatan aktiviti kokurikulum ini juga, murid-murid dapat dilahirkan sebagai seorang yang berjaya. Contohnya murid yang menyertai permainan bola sepak, dengan tunjuk ajar yang sempurna ia boleh menjadi seorang pemain bola sepak profesional suatu hari nanti.

Oleh yang demikian, setiap murid harus menyertai kegiatan kokurikulum yang diadakah di sekolah demi kebaikan masing-masing.

7. Pengalaman Bercuti Yang Menarik

Pengalamanku yang paling indah ketika bercuti di sebuah kawasan perkampungan yang terletak di Lubuk Tertua, Terengganu. Kami sekeluarga menginap di sebuah rumah tumpangan.

Pada sebelah petang, kami telah dijamu dengan masakan lazat seperti ikan masak lemak, nasi goreng Terengganu dan sebagainya. Pada waktu malam pula, aku berjalan di tepi pantai ditemani oleh ayah.

Pada keesokkan hari, kami telah melawat ke dusun buah-buahan. Kami telah merasa buah-buahan di situ seperti durian,manggis dan rambutan.

Selain itu, kami juga memancing di sungai yang berdekatan. Airnya jernih dan sejuk sekali. Kami menangkap ikan yang besar.

Setelah tiga hari berada di sana, kami pulang semula ke rumah. Aku berasa sungguh gembira dan seronok kerana berpeluang merasai pengalaman yang menarik seperti ini.

8. Hari Sukan Sekolah

Pada hari Sabtu, 23 Mac 2015 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan yang keenam. Hari sukan telah bermula pada pukul 2.00 petang.

Tepat pukul 2.30 petang, acara dimulakan. Upacara dimulakan dengan lintas hormat oleh murid-murid. Sukan tahunan telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Encik Hamid.

Kemudian diadakan acara larian seperti 100 meter, 400 meter dan 4X400 meter. Acara lompat jauh dan lontar peluru juga diadakan. Peserta dari rumah hijau, kuning, biru, merah dan ungu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Pada jam 4.30 petang, acara untuk ibu bapa dan guru telah diadakan. Sebelum acara berakhir pada jam 6.00 petang, Arvind dan Pavitrah telah diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati. Selain itu, rumah ungu telah menjadi johan.

Murid-murid telah membersihkan padang. Saya berasa gembira pada hari sukan.

9. Ucapan wakil murid pada Hari Guru

Yang hormat Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar serta rakan-rakan sekalian.

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tujuannya adalah untuk mengenang jasa dan perjuangan guru.

Guru sentiasa mendidik kami supaya menjadi manusia yang berguna . Ia adalah satu tugas yang berat. Namun, ia tetap dilaksanakan demi kepentingan kami.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat anda selama ini. Kami akan mengamalkan segala ilmu yang diajar untuk mencapai cita-cita kami pada masa hadapan.

Back to Top