IMENSI
MASYARAKAT
Sebagai
menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan
bahawa terdapat beberapa langkah yang dapat dipraktikkan untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era globalisasi ini, sikap
mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin
menebal. Jika hal ini dibiarkan,
semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara
kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan bermula
daripada sekarang. Cogan
kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat”
perlu terus subur mewangi dalam kehidupan kita sehari-hari. Golongan remaja seharusnya menyuburkan semangat
kejiranan kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak
pemerintahan pada masa hadapan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan
usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk
sebelah tangan tak akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi
ibarat berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing untuk menghidupkan semangat kejiranan di negara kita. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang
mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.
SOALAN:
Semangat kejiranan merujuk aspek kesefahaman dan
hubungan erat sesama jiran. Kerajaan telah melancarkan slogan ‘Jiran Sepakat
Membawa Berkat’ untuk mengembalikan semangat kejiranan yang kian luntur dalam
kalangan masyarakat di negara ini. Anda ingin menulis sebuah rencana yang
bertajuk “Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan
Masyarakat”.
Tulis rencana anda itu selengkapnya.
Dimensi : Masyarakat dan negara
Format :
Rencana
Tema : Senario Masyarakat Kita:
Tradisi Kejiranan dalam Masyarakat (Tingkatan 4)
Aras : Sederhana
Kehendak soalan:
- Calon dikehendaki menulis rencana yang bertajuk “Langkah-langkah MemupukSemangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat”
- Karangan mestilah dalam bentuk format rencana yang betul.
- Karangan berformat : Tajuk ( - 1m jika tiada)
: Nama penulis (Berunsurkan nama
manusia) (-1m jika tiada)
- Jika calon tidak menulis mengikut format, markah maksimum kepujian (66 – 79).
Rangka Jawapan:
1. Ibu bapa menjadi suri teladan
2. Program rukun tetangga di
kawasan perumahan mesti dihidupkan semula oleh masyarakat setempat
3. Penduduk setempat mengadakan
aktiviti gotong-royong
4. Masyarakat setempat dan pihak
kerajaan mengadakan
majlis-majlis rumah terbuka
5. Masyarakat setempat perlu
membudayakan amalan kunjung-mengunjungi
KARANGAN CONTOH:
Langkah-langkah
Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat
Oleh
: Zainab binti Muhammad
Dalam
mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara
yang kian membangun seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan
dengan negara maju lain. Namun begitu,
isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan
marhaen di Malaysia. Dewasa ini,
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin
terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan
membudayakan hidup bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan
sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia
tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan
perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan
merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita
amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah
Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan,
belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita
ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan
yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, beberapa langkah yang pragmatik
harus diambil bagi memupuk semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.
Langkah yang paling pragmatik untuk memupuk semangat
kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak.
Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada
anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada
anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai
contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun
mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah
tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat
kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam
kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang
harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa
maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam
mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara
pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa
mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.
Memetik
wasitah nirmala seterusnya, uslub lain untuk memupuk semangat kejiranan dalam
masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga di
kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana program rukun
tetangga berfungsi sebagai perisai
untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam
hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana
masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga.
Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda
kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya, senario ini
akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku
sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Menurut
Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni.
Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan
semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.
Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya
adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong oleh ahli komuniti atau
badan bukan kerajaan (NGO). Melalui
aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang
tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh
diadakan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan taman,
menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila berkumpul
dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain
yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka
dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang
mengatakan bahawa tak kenal maka tak
cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain barulah
benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang penyayang dapat
dilahirkan di samping dapat menerapkan pelbagai nilai murni. Tun
Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan
diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai
murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan kediaman juga akan menjadi
bersih dan terpelihara daripada penyakit demam denggi. Jelaslah bahawa aktiviti
gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga
hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan
perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka,
jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing
dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli
dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah
yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis
rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Maka,
dengan adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan”
bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai
hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata
bidalan, “serumpun seperti serai, seikat
seperti sirih”. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan
penganjuran program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam mewujudkan institusi
kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang.
Pendek kata, majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan
dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Lontaran idea yang
seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam
kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat
kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita.
Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami
oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita
mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa
berat mata memandang berat lagi bahu
memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.
Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan
dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita.
Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh
jiran kita. Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.