Karangan Lengkapkan Cerita
Soalan : Lengkapkan cerita di bawah.
Aku dan beberapa orang rakan baru sahaja sampai di pantai itu. Kami terus mencari tempat untuk berehat, tiba-tiba...
Aku dan beberapa orang rakan baru sahaja sampai di pantai itu. Kami terus mencari tempat untuk berehat, tiba-tiba aku ternampak seorang kanak-kanak tenggelam timbul di permukaan air. Aku juga ternampak tangan kanak-kanak tersebut terkapai-kapai seperti sedang lemas.
Aku menjerit meminta bantuan sambil berenang ke arah kanak-kanak itu. Dengan pantas aku menarik tangan kanak-kanak itu dan berenang ke pantai semula.
Orang ramai yang berada di situ membantu saya mengangkut kanak-kanak itu. Seterusnya kanak-kanak itu diberi bantuan kecemasan. Seketika kemudian kanak-kanak itu mula sedar walaupun nampak lemah.
Bapa kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepada aku kerana menyelamatkan anak beliau. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada aku agar lebih berhati-hati pada masa akan datang. Aku bersyukur dengan pengetahuan berenang aku, aku mampu menyelamatkan orang lain.
Aku dan kawan-kawanku membatalkan hasrat untuk terus berkelah di situ. Selepas menikmati bekalan yang dibawa, kami terus pulang ke rumah.