Contoh Penulisan Karangan Menggunakan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan.
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Aktiviti
manusia telah menyebabkan bekalan air berlaku di beberapa tempat di
negara kita sehingga mendatangkan pelbagai kesusahan kepada banyak
pihak.Berikan komen anda.
Kebanyakan murid kelas 5 Sains mengeluh kerana soalan yang saya berikan
sukar. Sememangnya soalan di atas sukar sekiranya muird tidak meneroka
alam siber untuk mencari maklumat. Maklumat yang saya paparkan merupakan
di atas hanya fakta asas, dan pelajar perlu mencari banyak lagi untuk
menghasilkan karangan yang bermutu.
Penulisan karangan di atas, mengkehendaki anda menyatakan aktiviti manusia menyebabkan bekalan air berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga mendatangkan pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.
SILA RUJUK BAHAN MAKLUMAT PADA CORETAN SEBELUMNYA
CONTOH PENGENALAN BERDASARKAN KATA-KATA PEMIMPIN
PERKARA
|
PENERANGAN
|
PENGENALAN JENIS KATA-KATA PEMIMPIN
|
"Kita
tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam
sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma
Gandhi.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Berdasarkan
kata-kata Mahatma Gandhi di atas, jelas menunjukkan alam sekitar amat
penting kepada generasi akan datang terutama kelestarian sungai sebagai
sumber air minuman dan sumber makanan kepada masyarakat.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Namun,
akibat daripada sikap manusia yang mementingkan diri sendiri bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing mengakibatkan pencemaran
sungai yang berfungsi sebagai sumber air bersih untuk minuman berlaku
dengan berluas-luasa.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Seyogia,
sebagai insan yang mempunyai akal fikiran dan faham akan kepentingan
sungai seharusnya bertanggungjawab menjaga khazanah alam semulajadi
kurniaan Tuhan.
|
FRASA MENARIK
|
Sudah
terhantuk baru tergadah, begitulah situasinya akan berlaku sekiranya
sungai-sungai di negara kita tercemar kerana untuk mengembalikan
kelestariannya amat sukar malah memerlukan kos yang tinggi.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya
sikap dan budaya masyarakat yang cakna akan kepentingan sungai tidak
tersemat di jiwa, sudah pasti sungai-sungai di Malaysia akan terus
tercemar.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya,
apakah aktiviti manusia menyebabkan berlakunya masalah bekalan air
sehingga menyebabkan berlakunya kesusahan kepada banyak pihak?
|
MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Sebagai
permulaan, saya ingin menyelongkar permasalahan pembuangan sampah sarap
dalam kalangan penghuni di bandar-bandar besar sebagai punca utama
masalah bekalan air sehingga menyusahkan pihak tertentu.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Mengikut kajian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan setiap
individu membuang sisa pepejal 1 kilogram setiap hari (Jaringan
Kerajaan Tempatan,1999) Jika semua sampah yang dihasilkan oleh seluruh
penduduk dikumpulkan selama 1 bulan sahaja, sampah berkenaan akan
memenuhi kira-kira empat buah Menara Kuala Lumpur!
|
AYAT HURAIAN 2
|
Oleh
sebab itu, kenyataan di atas amat memeranjat dan menakutkan,
masyarakat, sedangkan sampah buangan berkenaan dikendalikan oleh pihak
kementerian yang bertanggungjawab belum lagi sampah yang dibuang
warganegara tanpa rasa bertanggungjawab ke dalam sungai.
|
AYAT CONTOH 1
|
Sebagai
contoh, antara sungai yang paling tercemar di Malaysia ialah Sungai
Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang, dan Sungai Pencala
di Kuala Lumpur serta Sungai Segget di Johor.
|
AYAT CONTOH 2
|
Begitu
juga pencemaran terkini yang berlaku di Sungai Semenyih menyebakan
bekalan air di negeri Selangor bermasalah sehingga menyebabkan bekalan
air untuk pengguna di sekitar negeri berkenaan tergendala.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Selain
itu, akibat permasalahan air di Selangor yang berlaku baru-baru ini
bukan sahaja memberi impak kepada isi rumah tetapi juga menjejaskan
operasi premis penjualan makanan, dan kilang yang yang amat bergantung
kepada sumber air untuk meneruskan operasi mereka.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya,
masalah pembuangan sisa buangan manusia dapat dikawal sudah pasti
masalah pencemaran sungai di Malaysia dapat dikawal dan bekalan air
minuman terawat tidak akan berlaku serta premis yang bergantung kepada
air sebagai sumber operasi mereka tidak akan terjejas.
|
FRASA MENARIK
|
Peribahasa
Melayu ada mengatakan, "Oleh sebab nila setitik habis susu
sebelanga," begitulah keadaannya dengan permasalahan air yang berlaku di
negara kita.
|
AYAT PENEGAS
|
Sudah
terang lagi bersuluh, antara punca pemasalahan air di negara kita
berlaku adalah kerana pembuangan sampah sarap dalam kalangan penghuni di
bandar-bandar besar tanpa kawalan sehingga mencemarkan sungai.
|
MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEDUA:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Selanjutnya,
saya akan mengulas dan memberi pendapat berkenaan permasalahan bekalan
air berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga menyusahkan
pelbagai pihak dengan kata kunci sikap tidak bertanggungjawab pengusaha
perindustrian sebagai faktor permasalahan bekalan air.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Sebagai
sebuah negara maju, setiap pengusaha perindustrian domestik mengambil
kesempatan untuk menjalankan operasi mereka dan pada masa yang sama
mereka berusaha mengaut keuntungan tanpa mengendahkan kelestarian
sungai.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Hal
ini demikian berlaku kerana sikap pengusaha berkenaan untuk mendapatkan
keuntungan berlipat ganda dalam menjalankan operasi mereka sehingga
meninggalkan tanggungjawab sosial
|
AYAT HURAIAN 3
|
Berbalik
semula kepada Sungai Semenyih yang didakwa sering tercemar dan perkara
ini bukan sahaja berlaku pada tahun 2017 tetapi berlaku pada tahun
1980-an apabila didapati sumber air sungai berkenaan menjadi tempat
pembuangan najis khinzir.
|
AYAT HURAIAN 4
|
Oleh
sebab pembangunan negara, kini pencemaran terkini akibat daripada
ledakan kemajuan industri, Sungai Semenyih dicemari dengan bahan buangan
industri seperti minyak, gris, hasil buangan pepejal industri sehingga
menyebabkan loji penapisan air terpaksa ditutup.
|
AYAT CONTOH
|
Akibat
penutupan loji penapisan air berkenaan lebih kurang 450 kawasan
terjejas kerana tidak mendapat bekalan air, contohnya melibatkan Daerah
Petaling Jaya, Puchong, Seri Kembangan, Daerah Hulu Langat di Bangi, Bandar Bukit Mahlota, Kajang Semenyih, dan juga Kawasan sekitar Daerah Kuala Langat.
|
UNSUR KBAT
|
Jika,
masalah pencemaran berkenaan tidak dapat dielakkan sudah pasti krisis
air di sekitar kawasan yang dinyatakan di atas akan berterusan dan akan
melibatkan kesusahan kepada penduduk serta akan merugikan negara apabila operasi perindustrian di kawasan berkenaan terjejas.
|
FRASA MENARIK
|
Oleh
sebab itu penguatkuasaan undang-undang dan penyitaan industri yang
tidak menjalankan operasi secara bertanggungjawab perlu dilakukan kerana
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
|
AYAT ARAHAN
|
Tegasnya,
sikap tidak bertanggungjawab pihak pengusaha perindustrian merupakan
faktor berlakunya masalah penyaluran bekalan air kepada pengguna.
|
MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Seterusnya,
saya akan terus menyelongkar faktor permasalahan bekalan air dengan
kata kunci pembalakan secara tidak terkawal antara punca masalah
penyaluran air kepada pengguna.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Sebagaimana kita sedia maklum, hutan berfungsi sebagai ekologi kerana
fungsinya sebagai “Peparu Bumi” kerana peranannya sebagai tadahan air
hujan.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Oleh
sebab itu, aktiviti pembalakan tanpa kawalan dan pembalakan haram akan
membinasakan hutan semulajadi anugerah Tuhan dan
menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak .
|
AYAT HURAIAN 3
|
Seyogia,
pembalakan yang dijalankan di kawasan berhampiran dengan sungai yang
menjadi sumber bekalan air utama perlu dibanteras kerana impaknya boleh
menyebabkan kuantiti air akan berkurangan.
|
AYAT HURAIAN 4
|
Tambahan
pula dengan pertambahan penduduk yang semakin ketara dan mengikut
Bancian Penduduk pada tahun 2017 jumlah penduduk Malaysia seramai 32
juta memerlukan pihak kerajaan mencari sumber bekalan air baru untuk
kegunaan generasi pada masa akan datang.
|
AYAT CONTOH
|
Sebagai
contoh negara dikejutkan dengan aktiviti pembalakan haram dan
pembalakan tidak terkawal seperti di Sungai Benus di Hutan Lipur
Lentang, Pahang, Kampung Binjai Manis, Terengganu, dan juga Kawasan
hutan di Kuala Krai, Kelantan.
|
UNSUR KBAT
|
Jika
pembalakan tidak terkawal dan pembalakan haram terus-menerus
menelanjangi muka bumi negara serta pertambahan penduduk semakin
meningkat, sudah pasti kawasan tadahan hujan dan empangan air yang
menampung bekalan air negara akan terancam.
|
FRASA MENARIK
|
Sudah
pasti, peristiwa krisis air yang berlaku di Klang pada tahun 1998 dan
di Durian Tunggal Melaka pada tahun 1991 menjadi pengajaran kerana
apabila nasi sudah menjadi bubur sudah pasti tidak ada berguna lagi.
|
AYAT PENEGAS
|
Sudah terang lagi bersuluh, pembalakan secara tidak terkawal antara punca masalah penyaluran air kepada pengguna.
|
MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEEMPAT:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Tidak
dapat disangkal, vandalisme yang dilakukan oleh pihak tidak
bertanggungjawab juga merupakan punca bekalan air terawat tidak dapat
disalurkan kepada pihak pengguna.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Sebagaimana
kita sedia maklum, kawasan punca air bersih, dan kawasan empangan air
merupakan kawasan larangan kerana kawasan berkenaan penyumbang utama air
bersih untuk rawatan di loji pembersihan air sebelum disalurkan kepada
pengguna.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Pihak
pengedalian pembersihan air terawat seperti Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn. Bhd (Syabas ) menyatakan vandalisme antara punca bekalan
air bersih terawat gagal disalurkan kepada orang ramai.
|
AYAT CONTOH
|
Sebagai
contoh pada tahun 2013, loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1
dan Fasa 2 dan LRA Rantau Panjang terpaksa ditutup kerana pencemaran
akibat tumpahan minyak diesel.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Selain
itu, penutupan LRA juga berlaku akibat kecurian dan vandalisme injap
pam rawatan air dan juga komponen peralatan penting loji rawatan air.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Sebagai
langkah berjaga-jaga pihak syarikat air berkenaan terpaksa memasang
Sistem Pemantauan Air Mentah untuk mengelak pencemaran berulang pada
masa akan datang.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya,
pihak pengendalian air terawat berkenaan tidak cakna dan gagal mengesan
pencemaran dan perbuatan tidak bertanggungjawab mencemarkan loji
rawatan sudah pasti bukan sahaja syarikat berkenaan mengalami kerugian
besar malah masyarakat pengguna air juga akan menerima impaknya di
samping kerugian kepada pengusaha industri yang bergantung harap kepada
bekalan air terawat.
|
FRASA MENARIK
|
Oleh
sebab itu, kerjasama yang erat bagai aur dengan tebing amat perlu dalam
kalangan pekerja syarikat air berkenaan serta bantuan masyarakat
setempat untuk mengatasi masalah vandalisme.
|
AYAT PENEGAS
|
Kesimpulannya,
vandalisme yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab juga
merupakan punca bekalan air terawat tidak dapat disalurkan kepada pihak
pengguna.
|
MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KELIMA:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI
|
Namun begitu, masalah bekalan air juga tertakluk kepada kejadian alam terutama faktor kemarau berpanjangan.
|
AYAT HURAIAN 1
|
Sebagaimana
kita sedia maklum, keadaan cuaca negara akibat tempias musim panas
berkait rapat pembawaan fenomena El Nino yang berlaku di beberapa negara
Asia.
|
AYAT HURAIAN 2
|
Walaupun
tempias fenomena El Nino tidak kritikal tetapi bahang kepanasan tetap
dirasai akibat kehadiran monson barat daya yang membawa bahang
kepanasan.
|
AYAT CONTOH
|
Paling
terkesan dengan bahan kepanasan dan penggunaan air pada tahap puncak
sudah pasti kawasan padat penduduk seperti di Lembah Klang.
|
AYAT HURAIAN 3
|
Selain
menerima penggunaan air yang maksima dalam kalangan isi rumah,
permintaan air yang tinggi dalam sektor industri pembuatan, dan
pembangunan industri pembinaan telah meningkatkan kuantiti penggunaan
air berganda setiap hari.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya,
pembekalan air tidak dilakukan secara sistematik, dan pihak pengguna
air tidak cakna dengan sikap berjimat cermat menggunakan air semasa
waktu puncak, sudah pasti krisis bekalan air berlaku seperti berlaku di
Lembah Klang pada tahun 1998 sertakrisis air di Durian Tunggal Melaka
pada tahun 1991.
|
FRASA MENARIK
|
Permasalahan
air ini perlu diselesaikan secara kolaborasi pelbagai pihak sama ada
pembekal air, pengguna air terdiri daripada isi rumah dan sektor
perindustrian bagaikan menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak
putus, tepung tidak berterabur.
|
AYAT PENEGAS
|
Tegasnya, masalah bekalan air juga tertakluk kepada kejadian alam terutama faktor kemarau berpanjangan.
|
Ayat Penyimpul
|
Sebelum
saya mengakhiri penulisan saya ini, saya ingin menegaskan aktiviti
manusia merupakan penyumbang utama permasalahan pembekalan air kepada
pengguna sehingga menimbulkan menimbulkan pelbagai masalah kepada
pelbagai banyak pihak.
|
Ayat cadangan
|
Sebagaimana
saya perkatakan di atas, tangan-tangan nakal masyarakat
seperti pembuangan sampah sarap dalam kalangan penghuni di bandar-bandar
besar, masalah sikap tidak bertanggungjawab pengusaha perindustrian,
sikap pembalakan secara tidak terkawal, masalah vandalisme yang
dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab, dan tidak boleh disangkal
faktor cuaca iaitu kemarau berpanjangan juga antara faktor berlakunya
masalah pembekalan air kepada kepada pengguna sehingga menimbulkan
menimbulkan pelbagai masalah kepada pelbagai banyak pihak.
|
Ayat huraian cadangan
|
Berdasarkan
faktor-faktor di atas, masalah pembekalan air akan berlaku secara
berterusan selagi sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat
tidak diubah.
|
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
|
Oleh
sebab itu, usaha berterusan bermula daripada akar umbi iaitu institusi
keluarga, diikuti kalangan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, serta
pihak kerajaan untuk menyedarkan segelintir masyarakat yang lebih
mengutamakan nilai indvidualistik sebagai keutamaan mereka.
|
Ayat cadangan tambahan jika ada.
|
Selain
itu, saya juga ingin menyatakan punca masalah pembekalan air berlaku
bukan sahaja faktor di atas, malah juga masalah kecurian air oleh
pihak-pihak tidak bertanggungjawab dan masalah pertambahan penduduk
juga merupakan antara penyebab masalah berkenaan berlaku.
|
Unsur KBAT
|
Jika
masalah yang diperkatakan di atas tidak diambil peduli, sudah pasti
masalah pembekalan air terawat kepada pengguna yang terdiri daripada isi
rumah dan serta sektor industri tidak alan berlaku.
|
Frasa menarik
|
Kita
harus sedar masalah pembekalan air terawat bukan menjadi isu setempat
malah telah menjadi isu nasional dan perlu diambil tindakan serta
keutamaan kerajaan untuk menyelesaikannya ibarat menarik rambut di dalam
tepung, rambut tidak putus tepung tidak bertarabur.
|
Ayat Harapan
|
Konklusinya,
sebagai warganegara yang prihatin, kita perlu melakukan usaha
berterusan untuk menangani masalah bekalan air terawat dengan
berkolaborasi dengan pihak berkuasa agar masalah berkenaan tidak terus
berleluasa.
|
ALHAMDULILLAH KARANGAN DI ATAS SUDAH SAYA LENGKAPKAN.
KESIMPULANNYA, UNTUK MENULIS KARANGAN DIMENSI NEGARA
MEMERLUKAN PELAJAR BANYAK MEMBACA DAN BIJAK MEMBINA AYAT YANG GRAMATIS. KEMUNGKINAN AYAT YANG SAYA BINA PANJANG TETAPI
PELAJAR TIDAK PERLU MENULIS AYAT SEPANJANG AYAT SAYA. CUMA, SAYA MENGHARAPKAN PELAJAR DAPAT MELIHAT BAGAIMANA CARA PENGOLAHAN DAN PENGEMBANGAN IDEA DAN HURAIAN SERTA KEMATANGAN SEMASA MENGARANG. PELAJAR PERLU BINJAK MENGARANG MENGGUNAKAN KREATIVITI MASING-MASING.
KESIMPULANNYA, UNTUK MENULIS KARANGAN DIMENSI NEGARA
MEMERLUKAN PELAJAR BANYAK MEMBACA DAN BIJAK MEMBINA AYAT YANG GRAMATIS. KEMUNGKINAN AYAT YANG SAYA BINA PANJANG TETAPI
PELAJAR TIDAK PERLU MENULIS AYAT SEPANJANG AYAT SAYA. CUMA, SAYA MENGHARAPKAN PELAJAR DAPAT MELIHAT BAGAIMANA CARA PENGOLAHAN DAN PENGEMBANGAN IDEA DAN HURAIAN SERTA KEMATANGAN SEMASA MENGARANG. PELAJAR PERLU BINJAK MENGARANG MENGGUNAKAN KREATIVITI MASING-MASING.