Contoh Karangan SPM
Kebaikan amalan melancong di dalam negara bersama-sama keluarga (KELUARGA)
Melancong dapat ditakrifkan sebagai pergi bercuti atau berlibur ke sesuatu tempat untuk makan angin atau menenangkan fikiran sama ada bersama-sama dengan keluarga ataupun dengan rakan-rakan. Dewasa ini, destinasi-destinasi pelancongan di dalam negara semakin mendapat sambutan dan perhatian dalam kalangan warganegara tempatan mahupun orang luar. Hal ini merupakan hasil daripada usaha-usaha kerajaan mengadakan kempen dan mempromosikan destinasi pelancongan tempatan seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Melaka dan lain-lain destinasi kepada rakyat pribumi Malaysia dan rakyat luar negara. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara boleh berkembang setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali, Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha memperkenalkan Malaysia dilakukan secara giat malah disokong oleh rakyat jelata. Sehubungan dengan itu, salah satu obligasi yang perlu dipikul oleh ibu bapa ialah ibu bapa seyogianya membawa ahli keluarganya melancong di dalam negara dengan lebih kerap untuk memartabatkan industri pelancongan negara di peringkat global. Berpijaklah di bumi yang nyata bahawa melancong bersama keluarga di dalam negara sememangnya membawa pelbagai kemaslahatan yang tidak dapat dinafikan. Marilah kita bersama-sama menghalusi dan meneliti keberkesanan aktiviti melancong bersama keluarga tercinta di tanah tumpahnya darah kita sendiri kerana kata orang, ”tak kenal maka tak cinta”.
Kebaikan yang perdana ialah hubungan kekeluargaan dapat dipererat. Dalam sesebuah institusi keluarga, kesibukan melayani aktiviti harian masing-masing memang tidak dapat dinafikan. Si ibu dan si ayah sibuk dengan kerjaya mereka manakala si anak pulak sibuk dengan tugasan sekolahnya. Situasi ini menyebabkan masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga amat terbatas. Sehubungan dengan itu, aktiviti melancong di dalam negara bersama keluarga ini sudah pasti dapat menyediakan satu ruang untuk ahli keluarga merapatkan hubungan yang kian renggang. Kata orang, yang jauh kita dekatkan. Oleh itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak bercuti di dalam negara pada musim cuti sekolah di pusat peranginan seperti di Tanah Tinggi Cameron, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Percutian seumpama ini dapat menenangkan fikiran seisi keluarga kerana berada di kawasan yang jauh dari kesibukan. Bukan itu sahaja, Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan. Ibu bapa dan anak-anak dapat memahami antara satu sama lain. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh lalu keluarga yang sakinah dapat dilahirkan. Tegasnya, melancong di dalam negara dapat mempererat hubungan kekeluargaan agar menjadi bagai isi dengan kuku.
Selain itu, percutian di dalam negara bersama keluarga juga dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan anak-anak daripada berleluasa. Melancong merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengisi masa lapang kita. Lazaimnya, semasa cuti persekolahan bermula anak-anak akan mempunyai banyak masa terluang. Sekiranya masa ini tidak dirancang dengan bijak oleh ibu bapa maka anak-anak akan hanyut dalam dunia hedonisme yang akhirnya akan membawa kedurjanaan dalam kehidupan anak-anak. Oleh itu, di kesempatan ini ibu bapa sering merancang percutian terutamanya di dalam negara untuk mengisi masa terluang ahli keluarganya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Destinasi percutian yang sering menjadi tumpuan ibu bapa pada musim cuti persekolahan ialah taman tema air yang kini dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Taman tema yang sering dikunjungi oleh ahli keluarga ialah Taman Tema Sunway Lagoon, Taman Tema Bukit Gambang dan Taman Tema Air A’Famosa. Kesannya, anak- anak akan terhindar daripada melakukan perkara negatif terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh lalu keluarga yang harmoni dan marem dapat dilahirkan. Izharlah bahawa penglibatan anak-anak dalam gejala tidak sihat dapat dielakkan melalui aktiviti melancong bersama keluarga di dalam negara.
Seperkara lagi, ilmu pengetahuan ahli keluarga juga dapat ditingkatkan. Ilmu yang berharga ialah ilmu yang diperoleh melalui pengalaman yang dialami sendiri. Jadi, membawa ahli keluarga melancong di dalam negara membolehkan ahli keluarga kita menimba ilmu pengetahuan yang akan kita ingati selagi hayat dikandung badan. Janganlah kita taksub dengan keunikan dan keistimewaan di negra orang sedangkan keunikan di negara sendiri masih seperti katak di bawah tempurung. Jika situasi ini berlaku, sudah pasti kita akan berasa malu apabila pelancong asing bertanyakan keunikan negara kita kepada kita yang kecetekan ilmu tentang negara sendiri. Sebagai contoh, kunjungan ke tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan Georgetown dapat mendedahkan banyak sejarah negara kepada keluarga kita terutamanya kepada generasai muda. Kita sepatutnya menghargai pengiktirafan ’Tapak Warisan Dunia’ yang telah diberikan oleh UNESCO kepada Melaka dan Georgetown. Bandaraya Melaka perlu dijelajahi oleh ahli keluarga kerana bandar ini kaya dengan peninggalan sejarah Tanah Melayu seperti Kota A’Famosa, Bangunan Stadthuys, Perigi hang Li Po, Makam Hang Tuah dan sebagainya. Kunjungan ke bandar-bandar bersejarah ini sudah pasti dapat mengukuhkan pengetahuan ahli keluarga kita tentang sejarah negara yang dipelajari di sekolah. Secara implisitnya, khazanah sejarah tanah air akan terus terpelihara dan sentiasa terpahat dalam memori setiap anak watan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ringkasnya, ilmu pengetahuan ahli keluarga tentang keunikan negara sendiri dapat dicapai melalui aktiviti melancong di dalam negara bersama keluarga.
Jika kita kaji dari perspektif yang berbeza, aktiviti melancong di dalam negara bersama-sama dengan keluarga juga dapat meningkatkan ekonomi negara supaya dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain di seantero dunia. Hal ini disebabkan oleh setiap ahli keluarga tidak perlu membazirkan wang mereka untuk bercuti ke luar negara kerana bagi mereka, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Oleh itu, apabila ahli keluarga melancong di dalam negara sahaja, pengaliran wang ke luar negara dapat dielakkan seterusnya negara dapat menggunakan pusingan wang tersebut untuk memajukan sektor pelancongan negara lagi. Malah, kemasukan pelawat-pelawat asing juga dapat meningkatkan kadar tukaran wang sekali gus dapat menambahbanyakkan jumlah pendapatan negara. Sektor perhotelan memperoleh laba yang besar apabila para pelancong menginap di hotel seperti Hotel Seri Malaysia, Hotel Vistana Kuala Lumpur dan Hotel Bahagia Langkawi. Hal ini dibuktikan melalui pertumbuhan pesat bangunan-bangunan hotel di serata pelosok negara. Di samping itu, terdapat juga motel dan chalet didirikan oleh pengusaha pusat-pusat peranginan bagi kemudahan pelancong yang datang. Semakin banyak tempat penginapan dibina, maka semakin banyak peluang pekerjaan terbuka kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, kadar pengangguran rakyat kita semakin menurun. Jelaslah bahawa melancong bersama keluarga dalam tempatan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam nada yang berbeza, melalui aktiviti pakej pelancongan bersama-sama keluarga di dalam negara juga dapat meningkatkan taraf destinasi pelancongan negara di mata dunia. Perkara ini dikatakan demikian kerana apabila sesebuah pusat pelancongan itu sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara, pelancong lain yang sebelum ini tidak pernah melawat tempat tersebut akan mempunyai semangat inkuiri untuk melihat sendiri keistimewaan dan keunikan destinasi tersebut. Oleh itu, apabila destinasi tersebut sering menjadi tumpuan dan sebutan seperti Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron, maka tempat tersebut tidak akan putus-putus menerima pelawat seperti air yang mengalir di kali. Dengan demikian, destinasi pelancongan tersebut akan diiktiraf sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang tersohor. Seterusnya, misteri dan keanehan yang terdapat di dalam negara juga menyebabkan pelancong ingin menerokai alam tersebut seperti misteri bunga Refflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia. Secara tidak langsung, hal ini memberikan tempias kepada industri tempatan terutamanya industri desa. Oleh itu, kita tidak dapat menafikan lagi bahawa lawatan-lawatan di dalam negera membolehkan destinasi pelancongan di dalam negara dinobatkan di peringkat antarabangsa.
Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa melancong di dalam negara bersama-sama dengan keluarga banyak memberikan kebaikan sama ada kepada institusi keluarga tersebut, mahupun negara kita, Malaysia yang indah permai ini. Industri pelancongan ini sememangnya menjurus ke arah kemajuan ekonomi sesebuah negara. Malah, industri pelancongan juga menjadi pemangkin bagi industri-industri lain untuk sama-sama berkembang maju dan seterusnya menambahkan hasil ekonomi negara. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga haruslah menyokong industri pelancongan tempatan untuk memartabatkan industi ini di persada antarabangsa. Namun begitu, usaha ini tidak seharusnya diletakkan atas pundak kerajaan dan keluarga sahaja kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Oleh itu, marilah sekalian rakyat Malaysia bersatu ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan bersemangat tinggi setinggi Gunung Everest untuk mempopularkan industri pelancongan di pentas dunia. Diharapkan komitmen jitu daripada pelbagai pihak dapat merealisasikan harapan kita agar suatu masa nanti destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia akan mendapat publisiti yang meluas, malah mendapat perhatian semua penduduk dan menjadi destinasi pelancongan yang terunggul di mata dunia. Oleh itu, rakyat Malaysia yang berhasrat untuk bercuti di luar negara perlu berfikir terlebih dahulu kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar, biarlah industri pelancongan negara terus maju di seantero dunia. Malaysia Boleh!