SOALAN:
Jelaskan
dua perwatakan watak utama yang dapat memberikan teladan kepada pembaca
berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari. (7 markah)
JAWAPAN:
Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Adnan Wira
Bangsa, hasil karya Abdul Latip bin Talib, Leftenan Adnan yang merupakan
watak utama telah memaparkan beberapa perwatakan yang dapat memberikan
teladan kepada pembaca.
Antara perwatakan Leftenan Adnan yang dapat diteladani oleh pembaca ialah beliau merupakan seorang anak yang rajin membantu keluarganya dengan melakukan pelbagai pekerjaan. Buktinya, Adnan banyak membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi dan memungut buah durian di dusun duriannya. Di sekolah pula, Adnan terkenal sebagai seorang pelajar yang rajin dan pintar. Beliau telah menjuarai pertandingan pidato dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di sekolahnya. Sikap kerajinan Adnan juga amat dikagumi oleh teman-teman dan guru-gurunya.
Selain itu, sebagai seorang tentera, beliau memiliki semangat cinta
akan negara yang tinggi. Untuk mencapai cita-citanya, Adnan menolak
jawatan guru pelatih dan memohon jawatan askar. Semasa menjalani latihan
ketenteraan, beliau bekerja keras bukan kerana pangkat tetapi baginya
menjadi kewajipan seorang anggota tentera untuk menjalankan
tanggungjawab dan amanah sebaik-baik mungkin. Ini membuktikan bahawa
Adnan merupakan seorang yang bersemangat patriotik.
PERWATAKAN WATAK UTAMA NOVEL TIRANI
1. Seorang
yang cekal dan tabah – cekal dan tabah menghadapi dugaan dan masalah
yang berlaku dalam dirinya, kerjayanya serta rumah tangganya yang dibina
bersama-sama dengan Zahid.
kerja-kerja Chalet Tajau Emas dan masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarganya, terutama dengan
Izzati iaitu anak perempuannya.