SOALAN 1
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu watak sampingan lelaki dan perwatakannya. (7 markah)
JAWAPAN 1 :
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latif bin Talib, terdapat satu watak sampingan lelaki.
Watak sampingan tersebut ialah Pak Saidi.
Pak Saidi mempunyai seorang isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai
tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Pak Saidi
tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
Perwatakan Pak Saidi adalah seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap
keluarganya. Sebagai contoh, Pak Saidi tidak mahukan anak-anaknya
ketinggalan dalam arus pendidikan semasa. Beliau mahu masa depan menjadi
lebih baik. Oleh itu, Pak Saidi menghantar anak mereka ke sekolah aliran Inggeris walaupun beberapa orang penduduk kampung membantah perbuatannya.
JAWAPAN LAIN:
1. Seorang
ketua keluarga yang pandangan jauh. Contohnya, Pak Saidi berpandangan
bahawa pelajaran di sekolah Melayu hanya setakat sekolah rendah sahaja.
Sekiranya bersekolah aliran Inggeris, anak-anaknya berpeluang menyambung
pelajaran ke sekolah menengah dan ke sekolah tinggi. Mereka berpeluang
menjawat jawatan yang tinggi. Bagi Pak Saidi, anak-anak perlu dilengkapi
ilmu pengetahuan kerana mereka bakal mentadbir negara ini pada masa
akan datang.
2. Seorang
ayah yang penyayang. Contohnya, Pak Saidi mengajarkan anak-anaknya seni
mempertahankan diri untuk anaknya melindungi diri sendiri daripada
sebarang ancaman dan bahaya. Pak Saidi juga tidak lupa mendoakan
anak-anaknya supaya mereka berbakti kepada agama
dan bangsa.
3. Seorang yang berani. Sebagai
contoh, kematian Leftenan Adnan masih belum memuaskan Jeneral
Yamashita. Oleh itu, dia mengarahkan Leftenan Renya Mutugachi untuk
menjejaki keluarga Leftenan Adnan. Kehadiran tentera Jepun ke kampungnya
telah diketahui oleh Pak Saidi. Pak Saidi sempat membunuh askar Jepun
dengan kerisnya sebelum beliau ditembak mati. Keberanian Pak Saidi yang
luar biasa dapat kepujian daripada penduduk Sungai Ramal.
NOVEL TIRANI – RAIDAH