SOALAN 3(i)
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utamanya. (7 markah)
JAWAPAN
Berdasarkan
novel yang telah saya pelajari iaitu novel Tirani karya Beb Sabariah,
terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utamanya iaitu
Waheeda.
Salah satu konflik yang dihadapi oleh Waheeda ialah penentangan hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda
merupakan seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung mancung
kerana hidung asalnya pesek. Hidungnya yang kemet atau pesek ini
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat
Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Waheeda memasang
niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan
kepada ibunya, Raidah. Akan tetapi, bapa Waheeda tidak menggalakkankan
kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk
anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.
Selain
itu, Waheeda juga menghadapi konflik dengan tuduhan suaminya, Zahid.
Zahid telah menemui Waheeda di sebuah bilik penginapan penghuni di
Chalet Tajau Emas. Zahid berasa cemburu dan salah sangka atas kesetiaan
Waheeda itu. Rentetan daripada peristiwa itu, Zahid telah mempertikaikan
status anak yang dilahirkan oleh Waheeda setelah meneliti ciri-ciri
fizikal yang terdapat pada anak perempuannya itu.
KONFLIK WATAK UTAMA LEFTENAN ADNAN
1. Penentangan daripada Budin -
Penentangan ini bermula pada perlawanan bola sepak antara Kampung
Sungai Merap dengan Kampung Sungai Ramal. Budin daripada pasukan Kampung
Sungai Merap tidak berpuas hati kerana kekalahan di tangan pasukan
Kampung Sungai Ramal. Mereka mengatur pula perlawanan tinju antara
kedua-dua pasukan. Budin akan bertinju dengan Adnan. Akhirnya, Budin dan
Adnan bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka
menjadi sahabat.
2. Pelekehan
rakan-rakannya – Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana
keluarganya pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya
telah menjadi orang buruan Inggeris.Walau bagaimanapun, Adnan sabar
dengan lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak
rakan-rakan sekampungnya itu.
SOALAN 3(ii)
Konflik
yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang.
Berdasarkan novel kajian anda, nyatakan peranan watak utama dalam
menyelesaikan konflik.
JAWAPAN
Setiap
novel mempunyai beberapa unsur yang membuatkan novel tersebut menarik
untuk dibaca. Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira
Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib, terdapat unsur konflik yang
membuatkan novel tersebut semakin berkembang.
Konflik pertama yang timbul dalam cerita adalah apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris.Walau bagaimanapun, Adnan sabar dengan lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.
Selain itu, konflik yang timbul dalam novel Leftenan Adnan adalah ketika pertempuran Batalion Kedua Askar Melayu dengan pendaratan askar Jepun di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Dalam pertempuran ini, askar Jepun telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan menyebabkan banyak terkorban dan banyak askar India British melarikan diri. Namun begitu, semangat Leftenan Adnan tidak berputus asa lalu bertahan dan berjaya menggagalkan askar Jepun tetapi pada hari ketiga askar Melayu yang bertempur terpaksa berundur. Askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan.
Di samping itu, terdapat satu lagi konflik dalam novel di mana konflik berlaku di antara askar Melayu dengan tentera Jepun pada masa terakhir Perang Dunia Kedua. Pada masa ini Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya.Walaupun mereka semakin kehabisan peluru sedangkan asakan tentera Jepun semakin bertambah, semangat askar Melayu tidak pernah berkurang dan terus berjuang mempertahankan diri dan maruah negara.