-->

Type something and hit enter

Pages


On
Contoh Karangan SPM

Perkhidmatan Bas Awam: Masalah dan Cara Mengatasi

Masalah-Masalah :

Masalah utama perkhidmatan bas awam ialah tidak cukupnya perkhidmatan yang dijalankan sama ada pada waktu sesak atau pada luar waktu sesak. Ketidakcukupan perkhidmatan bas awam telah menimbulkan kesan masa menunggu yang lama di perhentian bas dan kelewatan untuk sampai ke tempat tujuan.

Kekurangan kemudahan perkhidmatan bas seperti tempat menunggu bas dan kemudahan stesyen ialah satu lagi masalah perkhidmatan bas awam dan menimbulkan kesukaran dan tidak selesa kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas awam untuk perjalanan.

Masalah juga dialami dari segi kurangnya laluan perjalanan bas awam di kawasan perumahan dan perindustrian terutamanya yang terletak di pinggir bandar. Kekurangan laluan perjalanan bas awam menyebabkan penumpang terpaksa berjalan kaki melebihi jarak keselesaan berjalan kaki untuk mendapatkan perkhidmatan bas awam.

Usaha Mengatasi :

Sebagai usaha untuk mengatasi masalah perkhidmatan bas awam, langkah jangka panjang dan langkah segera dikemukakan. Langkah jangka panjang meliputi cadangan-cadangan satu sistem perkhidmatan bas awam yang baharu dan satu organisasi pengurusan yang baharu dan lebih cekap.

Manakala langkah segera meliputi cadangan-cadangan menambahkan kekerapan perkhidmatan harian, menambah bilangan bas, mengadakan laluan perjalanan bas yang baharu, membaiki kemudahan-kemudahan penumpang, membaiki jalan dan mengadakan kempen galakan penggunaan bas awam.
Back to Top