-->

Type something and hit enter

Pages


On
Contoh Karangan Fakta UPSR

FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Menyertai kegiatan kokurikulum boleh mendatangkan pelbagai kebaikan dan juga merupakan aktiviti yang wajib kita sertai.
Tuliskan faedah menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.

FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH      

                  Aktiviti kokurikulum merupakan sesuatu aktiviti di luar bilik darjah. Aktiviti ini dilakukan setelah tamat waktu persekolahan. Jika kita menyertai kegiatan kokurikulum, ia boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada kita. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang wajib kita sertai.

                 Antaranya kita boleh mengisi masa lapang yang terluang dengan aktiviti yang berguna. Contoh aktiviti yang boleh kita lakukan ialah bermain hoki, memasak dan menimba ilmu. Kesannya, masa kita yang terluang tidak akan disia-siakan dengan aktiviti maksiat seperti merokok, pergaulan bebas, lumba haram dan lain-lain lagi.

                Selain itu, kita boleh mencergaskan badan dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Contohnya bermain badminton, bermain bola sepak dan lain-lain lagi. Kesannya, badan kita menjadi cergas dan otak kita menjadi cerdas.

                Di samping itu, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya membuat gajet dalam kumpulan, memasak bersama-sama rakan ketika menyertai pertandingan dan lain-lain lagi. Kesannya, tali persahabatan kita dengan rakan-rakan kita akan bertambah erat dan kita juga akan akan mendapat lebih ramai rakan daripada kaum dan bangsa yang lain.

              Seterusnya, kita dapat menyertai pertandingan yang dianjurkan sama ada dalam peringkat daerah, peringkat negeri, peringkat kebangsaan ataupun peringkat antarabangsa jika kita menyertai aktiviti kokurikulum. Kita akan terpilih untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan dalam sesuatu pertandingan seperti bermain bola sepak, bermain tennis, bermain ping-pong dan lain-lain lagi. Kesannya, kita dapat mengharumkan nama diri, keluarga, sekolah, negeri dan negara sekiranya kita berjaya dalam sesuatu pertandingan dan kita juga akan mendapat sijil, pingat dan piala.

           Kesimpulan, banyak faedah yang kita perolehi sekiranya menyertai aktiviti kokurikulum. Antaranya mengisi masa lapang, mencergaskan badan, mengeratkan hubunga silaturahim dan menyertai sesuatu pertandingan yang dianjurkan. Jadi mariah kita menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah.
Back to Top