-->

Type something and hit enter

Pages


On
Contoh Karangan SPM

Karangan Rangsangan: Tanggungjawab Rakyat Malaysia Untuk Memacu Pembangunan Negara

Dalam usaha Malaysia mengejar pengiktirafan sebagai ‘negara maju’, sudah pasti tidak terkira aral yang bakal melintang untuk mendapat gelaran yang begitu signifikan ini. Namun mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata  ‘Sesungguhnya bangsa yang Berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup’. Hal ini menunjukkan bahawa jika rakyat tidak menanam jati diri yang kukuh lagi utuh, nescaya kita akan dilihat sebagai sasaran yang mudah oleh kuasa Barat yang rakus. Oleh itu, kita hendaklah memahami dan melaksanakan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia dengan penuh komitmen untuk memacu pembangunan Negara.

Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk menjadi penyumbang kepada pembangunan Negara antaranya ialah dari pihak diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat penting dalam pembangunan Negara kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan berhasil. Setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia yang sah di sisi undang-undang mestilah memiliki sifat sayang dan cinta akan tanah air sendiri. Kesedaran kepentingan semangat patriotik dalam diri setiap warganegara hendaklah dipupuk supaya dapat menyemarak rasa bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah negara yang selamat, maju dan makmur. Perkara yang kedua berdasarkan perspektif individu juga, kita wajib mentaati raja sebagai pemerintah tertinggi. Kita sewajarnya menghormati pemimpin sebagai wadah untuk memupuk sikap bertolerasi dan saling berkaitan antara rakyat dan pemimpin.

Dalam masa yang sama, semua rakyat perlu mengutamakan sikap saling bersatu dan menjunjung aspirasi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum yang selaras dengan konsep 1Malaysia. Konsep yang telah diperkenalkan oleh Dato’ Seri Haji Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri kini mampu menjaminkan keamanan dan keharmonian negara. Selain itu, semua pihak perlu berusaha dengan gigih untuk membangunkan potensi ekonomi negara. Kerajaan bertanggungjawab memanfaatkan segala potensi dan hasil mahsul negara untuk faedah rakyat. Melalui strategi ini, tidak mustahillah kita dapat melahirkan negara yang boleh bersaing dalam sektor ekonomi terutama menjelang hasrat Wawasan 2020.

Yang di-pertuan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pernah bertitah, “Perkukuhkah diri dan pikullah tanggungjawab kita sebagai warga yang benar-benar cintakan tanah air. Sesungguhnya Malaysia adalah hak, lambang maruah dan kedaulatan bersama. Untuk itu, masa depan negara kita haruslah dicorak dan diadun oleh kita semua,”. Marilah kita berganding bahu bersama-sama menyongsong tanah air agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.
Back to Top