Contoh Karangan UPSR
Karangan Jenis Biografi - Kehidupan Seharian Seorang Penoreh Getah
Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya :
• tokoh-tokoh sejarah
• pemimpin tanahair
• tokoh sukan
• dan lain-lain
Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan.
Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir.
Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis.
Soalan
Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pekacik anda itu dalam bentuk karangan.
Pengenalan rumah pakcik tidak jauh dari kebun getah
kepunyaan sendiri
Perenggan ke-2 keluar dari rumah awal pagi menunggang basikal
Perenggan ke-3 memakai topi berlampu suluh kerana masih gelap
menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok
Perenggan ke-4 susu getah dikumpul
dimasukkan ke dalam baldi kecil dipindahkan ke sebuah tangki besar
Penutup kerja siap pada pukul 12.00
hantar susu getah ke pusat penjualan
Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu kepunyaan dirinya sendiri.
Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang sebuah basikal.
Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja-kerja emnoreh getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gelap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.
Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan susu getah itu ke dalam sebuah takungan besar.
Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pakcik saya akan menghantar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.