-->

Type something and hit enter

Pages


On
 DIMENSI GLOBAL

SOALAN:
Aktiviti  pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan meninggalkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.
Bincangkan.

Dimensi           : Antarabangsa
Format             : Tiada
Tema               : Rumah Terbuka Rakyat Malaysia: Kemanusiaan Sejagat  (Tingkatan 5)
Aras                 : Tinggi

Kehendak soalan:

    Pelajar mesti menyatakan kebimbangan aktiviti pemerdagangan manusia oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan rakyat di seluruh dunia.
    Pelajar hendaklah memberikan contoh negara-negara yang sering berlaku kes pemerdagangan manusia.
    Pelajar hendaklah memahami konsep pemerdagangan manusia.


Cadangan isi (kesan):
1.      Mencemarkan imej negara di mata dunia
-       Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu  
     permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia - Menunjukkan negara lemah
     dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang - Negara dianggap sebagai sarang jenayah.
2.      Mengancam keselamatan dan keamanan negara
       -       Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak   
            yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran, pusat hiburan, rumah urut dan 
            sebagainya - Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk
            mengumpulkan kekayaan.
3.      Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara terlibat
-    Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.  Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan  rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat.
4.      Peningkatan masalah sosial di negara terlibat
       -   Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, 
           minum arak dan sebagainya.
5.      Penularan penyakit berjangkit.
      -   Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular
           dalam kalangan masyarakat.
Cikgu Anelyza di 11:55 AM
Back to Top