-->

Type something and hit enter

Pages


On

KELUARGA BAHAGIA

SIAPAKAH KELUARGA KITA?Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah, ibu dan beberapa orang anak. Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua yang lebih banyak seperti datuk, nenek, dan pak cik serta mak cik pula.

KEPENTINGAN KELUARGA BAHAGIA
1. Mengelakkan suami isteri daripada bertikam lidah – tidak berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan.
2. Wujud sikap tolak-ansur serta sikap saling menyayangi antara ahli keluarga - sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud sebaik-baik kamu adalah sebaik-baik orang terhadap keluarganya dan aku adalah sebaik-baik orang terhadap keluargaku – kurang tekanan hidup
3. Dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dalam hidup
4. Negara lebih harmoni - jenayah semakin berkurangan
5. Negara lebih maju – banyak pelaburan asing

PUNCA KERETAKAN INSTITUSI KEKELUARGAANKonflik adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga (Patricia Noller dan Mary Anne Fitzpatrick,1993)

1. Kurang kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai suami/ayah dan isteri/ ibu dan anak
2. Kurang bijak menguruskan masa - obses mencari harta duniawi – sibuk bekerja memenuhi tuntutan nafkah kehidupan – enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing 3. Ekonomi keluarga yang kurang mantap - menghadapi tekanan hidup
4. Mengabaikan pendidikan agama
5. Campur tangan ahli keluarga - bukan untuk berdamai

LANGKAH MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

1. PERANAN IBU BAPA- Memberikan didikan agama & moral yg teguh – Albert Einstein, agama tanpa ilmu adalah buta manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh– dapat membezakan hak dengan batil
- Memantau pergerakan anak-anak yang baru berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinangMencurahkan kasih sayang yang secukupnya – bagai menatang minyak yang penuh
- Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak – jangan terlalu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan - Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim

2. PERANAN ANAK-ANAK
- menuruti ajaran ibu bapa
- harus belajar bersungguh-sungguh - mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa
- memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya
- mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit

3. PERANAN AHLI KELUARGA- saling menghormati dan memahami
- bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
- Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai, saling membantu dan bekerjasama bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

4. PERANAN SEKOLAH
- Menanamkan nilai kasih sayang dalam proses pembelajaran (rendah, menengah & IPT)
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Keegoan masih belum menebal – mudah ditegur dan dididik
- Nilai ini dapat dijadikan budaya hidup – alah bisa tegal biasa
- dapat diaplikasikan ketika melayari kehidupan berkeluarga

5. PERANAN KERAJAAN- Mengadakan kempen kesedaran besar-besaran dan berterusan tentang pentingnya sebuah keluarga yang bahagia
- Menyedarkan golongan ibu bapa
- Menganjurkan pelbagai program tentang kebahagiaan rumah tangga atau program yang menjurus ke arah kelahiran keluarga bahagia
- Mantan Perdana Menteri, PAK LAH – merasmikan kempen Keluarga Penyayang Aspirasi Negara

RUMAHKU SYURGAKU
Back to Top