CONTOH KARANGAN PUNCA REMAJA SUKA MELEPAK
Perbuatan melepak di kalangan remaja didapati masih berlaku. Pada pendapat saya, isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh pemimpin masyarakat. Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya perbuatan melepak.
# Sikap Negatif Remaja Sendiri
Sebab berlakunya perbuatan melepak ialah sikap remaja sendiri. Remaja yang melepak tidak mempunyal cita-cita yang jelas dan kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang tidak diamalkan ialah menghargai waktu. Oleh itu, sewajarnya para remaja menghargai masa mereka kerana `masa itu adalah emas'.
# Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga menjadi penyebab kepada perbuatan melepak. Terdapat remaja yang terpengaruh dengan rakan untuk pergi ke pusat membeli-belah dan melepak di sana. Semasa melepak, terdapat remaja yang mengganggu ketenteraman orang ramai dengan membuat bising. Terdapat juga remaja yang berdua-duaan dan melakukan perbuatan yang kurang bermoral.
# Faktor Keluarga
Sikap keluarga juga menjadi penyebab perbuatan melepak di kalangan remaja. Terdapat ibu bapa yang kurang memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak¬anak. Akibatnya anak-anak berasa bosan berada di rumah. Akhirnya anak-anak bertindak keluar dari rumah untuk menghiburkan hati dengan berjumpa rakan-rakan, maka terjadilah perbuatan melepak.
# Sikap Tidak Kisah Masyarakat
Sikap masyarakat juga boleh menjadi penyebab kepada perbuatan melepak. Terdapat ahli masyarakat yang menganggap perbuatan melepak di kalangan remaja adalah 'perkara biasa'. Tambahan pula remaja yang melepak itu bukan merupakan ahli keluarga mereka. Perbuatan melepak yang tidak ditegur ini pasti akan berterusan dan akhirnya meruglkan para remaja, masyarakat dan seterusnya negara kita.
# Penguatkuasaan Undang-Undang Kurang Ketat
Penguatkuasaan undang-undang yang kurang ketat daripada pihak berkuasa dan pihak kerajaan juga menjadi penyebab perbuatan melepak. Buat masa Ini tiada undang undang yang membolehkan remaja yang melepak ditangkap. Justeru, remaja menganggap perbuatan melepak ini tidak salah di sisi undang-undang. Oleh itu, perbuatan melepak ini semakin menjadi-jadi di kalangan remaja.